Thursday, June 16, 2011

ULASAN BUKU1 : UMAR ABDUL AZIZ

Alhamdulilah , satu buku habis di baca. Buku yang amat bagus. Bahasa dan susunan ayat yang amat  mudah difahami .

PTS Umar Abdul Aziz - Bayangan Khalifah al Rasyidin
Umar bin Abdul Aziz adalah dari keturunan, Khalifah Umar al Khattab. Nama sebenarnya adalah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua.
Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah/683 Masihi. Namun pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada tahun 63 Hijrah/684 Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut. 
Umar Abdul Aziz  terkenal sebagai seorang Khalifah yang adil, bertimbangrasa dan senantiasa mendahulukan rakyat daripada diri dan keluarganya sendiri.  Keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna.
Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim. Bacalah Novel ini untuk mengetahui  lebih lanjut keperibadian Umar Abdul Aziz dan mengapa dia dianggap sebagai bayangan khalifah al Rasyidin. 
Dalam mengkagumi keperibadian Umar Abdul Aziz, saya juga teramat kagum dengan isterinya iaitu Fatimah anak kepada Khalifah Abdul Malik. Walaupun beliau anak seorang khalifah tetapi keperibadian sangat mulia, senantiasa menyokong suaminya walau dalam apa pun keadaan. Mematuhi suami sehingga sanggup mengorbankan harta yang dimiliki, kesenangan yang dirasai demi mendapat keredhaan Allah.

Saya juga mengkagumi anak-anaknya , yang redha menerima peninggalan yang tak seberapa dari segi material selepas kematiannya iaitu seorang khalifah.  Tetapi mungkin mereka melihat nilai-nilai keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh bapanya adalah  panduan yang jelas ke arah mendapat keredhaan Allah. Mashaallah..
Semoga anak2 ku juga akan senantiasa mencari keredhaan Allah dan senantiasa berada di landasan yang betul. Ameen



No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...