Thursday, October 4, 2012

Abang Saya Ir Hj Mohamad bin Dalib


Assalamualaikum

Adik beradik saya ramai -14 orang.   Ini Abang saya yang ke 5 tapi dalam keluarga dia yang ke 9. Selalu berceloteh di radio atau TV RTM.  Beliau seorang yang baik hati, peramah , penyayang dan semua nilai murni ada pada nya. Alhamdulilah.  Beliau adalah Pengarah Bahagian Automotif, JPJ , Putrajaya. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup beliau dan keluarganya.

Jika kelapangan dengar /tontonlah:
Isnin 3.00pm di Radio IKIM :  Bersama Ir Hj Muhammad bin Dalib untuk mengetahui cara terbaik mengendalikan kenderaan. Selamat mendengar.




Abang saya baru sahaja di kurniakan "Datuk" dan 'Dato' " pada tahun 2014. Semoga title ini tidak mengubah personaliti beliau yang terkenal dengan ramah dan tidak ada birokrasi.

Datuk Haji Ir Mohamad bin Dalib


Tahniah ..bang. Kami tumpang gembira dan bangga. Semoga diberi kesihatan yang baik , ilmu terus dikongsi bersama ummah. Amin



http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/10-minit-melirik-ir-mohamad-dalib-1.269064




updates: Dah bersara




16 comments:

  1. Saya amat kenal dengan beliau... kami belajar di satu university di Sundeland U.K sekitar 1996. Memang peramah...dan baik hati..

    ReplyDelete
  2. Saya baru je 1st time dengar segmen beliau di Ikim hari ni. Akan ikuti segmen setiap Isnin ni nanti insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah. Semoga pengalaman dan info beliau memberi manafat bagi semua pendengar dan menambah pahalaNya sebagai bekalan. Ameen.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Beliau jiran sewaktu menetap di kg bukit belacan, Ampang. Kalau tak silap, dgn kak Idah

    ReplyDelete
  5. oh ye ke. Saya pun selalu datang ke rumah tu. Sekarang tinggal sejarah.

    ReplyDelete
  6. Dia adalah bos sy semasa bahagian pemeriksaan.good person.

    ReplyDelete
  7. Dia bermula dari bawah sebagai pemeriksa kenderaan. Lama dah saya kenal walau bukannya rapat sangat. Dari pejabat di Petaling Jaya hingga ke Putrajaya. Mulanya kenal abang beliau En. Abdul Rahim Dalib yg berkerja di MISC sebagai pegawai kewangan. En. Mohamad adalah contoh seorang yang berkerja keras untuk memperbaiki diri dengan usaha sendiri. Beliau amat berterimakasih kerana kerajaan Malaysia memberikannya biasiswa utk melanjutkan pelajaran. Dia juga bersikap terbuka menerima kaedah dan perubahan teknologi. Tidak ramai pegawai kerajaan yang begini. Selalunya mereka sangat rigid dan sangat sukar menerima perubahan. Teruskan kecemerlangan Tn Hj Ir Mohamad ....

    ReplyDelete
  8. Dia bermula dari bawah sebagai pemeriksa kenderaan. Lama dah saya kenal walau bukannya rapat sangat. Dari pejabat di Petaling Jaya hingga ke Putrajaya. Mulanya kenal abang beliau En. Abdul Rahim Dalib yg berkerja di MISC sebagai pegawai kewangan. En. Mohamad adalah contoh seorang yang berkerja keras untuk memperbaiki diri dengan usaha sendiri. Beliau amat berterimakasih kerana kerajaan Malaysia memberikannya biasiswa utk melanjutkan pelajaran. Dia juga bersikap terbuka menerima kaedah dan perubahan teknologi. Tidak ramai pegawai kerajaan yang begini. Selalunya mereka sangat rigid dan sangat sukar menerima perubahan. Teruskan kecemerlangan Tn Hj Ir Mohamad ....

    ReplyDelete
  9. Terimakasih atas komen yang membanggakan. Semoga abang-abang saya sentiasa dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Sy pun mncari. Nk jmput utk ceramah jgk. Sesapa yg tau mcmana nk cntact Datuk, mohon share ye!

      Delete
  11. Saya pernah mendengar sesi perkongsian beliau di ikim fm dan saya juga ada membeli dan membaca buku beliau 'Anda & Kereta'. Kini saya mengaji dalam bidang kejuruteraan automotif (tahun pertama)di univ tempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teimakasih. Syukur dia menjadi inspirasi anda. saya doakan semoga anda dipermudahkan urusan dan berjaya dengan cemerlang.

      Delete

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...