Showing posts with label LUQMAN. Show all posts
Showing posts with label LUQMAN. Show all posts

Sunday, September 10, 2023

Cucu Merdeka 31.08.2023

Assalamualaikum

Adda admitted 29.08.23. Baby suspected besar. Dr scan berat baby around 3.5kg. Memandangkan Adda bersalin Yusuf secara Czer so Dr advised  kena admitted untuk pemantauan. Tp sehingga 31.08 masih belum contraction yang kuat. 

Kami already make a plan to visit them on 31.08 till 2.9. So awal pagi kami bertolak ke Tganu. Ummi,Abah, Aha , Ana, Dayah and Sofia.

Sampai Tganu dalam kol 4 ptg terus ke homestay yg terletak berhampiran rumah abang.

Around 9pm Adda bersalin secara Czer juga. Seorang baby girl yang comel seberat 3.5kg. Alhamdulilah both sihat.


Semoga Abang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Aamiin


Sweet Aisya


Aisya Cutest Smile captured

She so cute and adorable. My sweet little girl.

Pic Nekmi with Ammar Yusuf (2020) and Aisya Nadraa (31.08.2023)

Semoga Aisya Nadraaa binti Luqman Hafizuddin membesar dengan sihat, menjadi anak solehah penyejukmata dan hati ummi dan abinya. Berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat.

Tahniah Abang dan Adda.

Now every year, kita akan cuti celebrate birthday Aisya Nadraa. 

Si Cute Sofia

Sofia dapat cousin girl. Semoga silaturrahim sentiasa terjalin dgn baik zuriat dan keturunan ku.

Aisya dan TyHa


Abang Long Ammar Yusuf






بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَــوْهُوْبِ لَكَ، وشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ[1]

Maksudnya: “Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu, agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.”

Aamin Ya Rabb





Monday, August 9, 2021

Duhai Anak

ASSALAMUALAIKUM

Menjadi ibubapa suatu pengalaman yang menakjubkan dan suatu rezeki. 

Walaupun penat , anak mesti diberi layanan dan kasih sayang. 

Ammar Yusuf memanjakan diri bila abinya balik dr oncall.  

Permudahkan urusan anakku Ya Allah. Semoga keluarga mereka sentiasa bahagia  dan dalam rahmat Allah. Ameen

Abang luqman direzekikan bertugas di Hopital Kuala Terengganu, kampong isterinya. Alhamdulilah keluarga mertuanya sangat mengambil berat dan menyayanginya. 

" Maka nikmat yang  mana kau dustakan" Ar Rahman..

Wednesday, November 18, 2020

JODOH ANAK2 1, 2 dan 3

Alhamdulilah 

Anak  No 1, 2 dan 3 telah pun diketemukan jodohnya. 

1. Dr Luqman Hafizuddin  dan Dr Wan Syuhaida pada 24.08.218
2. Dr Nur Hidayah dan Dr. Mohamad Alif  Nazmi pada 01.11.2020
3. Nur Amanina dan Syed Najjmi pada 12.06.2020



“Marriage is not a perpetual honeymoon, it is the BIGGEST sacrifice in social relations” -Mufti Menk

Semoga anak2 ku dan cinta hati mereka berbahagia hingga ke Jannah dan dikurniakan zuriat keturunan yang soleh/solehah. Ya Allah, hanya padaMu kami berharap dan meminta pertolongan. Perkenankanlah doa kami. Ameen Ya Rabb

Sunday, April 19, 2020

DR LUQMAN HAFIZUDDIN ABDUL HADI @ abang

Assalamualaikum


Flashback ni sebab rindu dengan anak sulong ku ini.





Penghujung Julai 2019, aku bersama Acik dan Anna ke Kuantan atas urusan kerja. Acik jadi driver kami. Kebetulan Acik belum lagi mendapat pekerjaan setelah tamat pengajiannya dalam Diploma Automotif. Sementara Anna belum memulakan pengajian. Kembarnya Aha telah pun  memulakan pengajian Asasi di UIA Gambang, Kuantan.

Kami mengambil peluang menziarahi Aha. Sampai je di Kuantan, ambil Aha di UIA. Bawa Aha shopping dan makan. Then hantar Aha balik hostelnya.

Otw balik hotel anak sulong ku  call.

" Assalamualaikum ummi. Ummi kat mana?"

" Ummi kat Kuantan. Baru tengok Aha. Otw balik hotel" aku menjawab dengan nada gembira.

Senyap...

" Abang ok ke?. Adda ok ke?" Menantu ku Adda sedang hamil anak mereka yang pertama.

Tiba-tiba aku dengar bunyi tangisan. Abang nangis..... Aku pun rasa nak menangis sama sebab anak sulong ku ini jarang meluahkan perasaannya. Ini mesti dah tak boleh tahan lagi.

Aku berhentikan kereta di bahu jalan untuk lebih fokus dengan perbualan kami.

He is crying

" Kenapa bang? Kenapa abang sedih? Beritahu ummi." Risaunya aku

"Abang lambat buat kerja mi. Abang tak pandai mi" sedih sayu suaranya.

" Mana ada orang baru kerja terus pandai. Semua ada probation period. " jawapanku untuk menenangkan hatinya

" Selalu kena marah sebab lambat. Sistem banyak berkomputer tetapi kena belajar sendiri. Rasa frust bila tak ada orang yang nak ajar" macam-macam lagi keluhannya.


" Just like driving.... abang. Take sometime untuk pandai.  Mula2 dapat lesen, nak memintas lori or bas pun kita tak beranikan. After some time , dah ada pengalaman sebab dah selalu drive. skill acquired, judgement dah pandai , kita pun bawa kereta makin laju. Semakin lama dan kerap memandu,   speeding dan overtaking bas and lorry menjadi  no problem."  nasihat ku menggunakan analogi ku yang aku rasa logik.

" Now abang kat at early stage. Keep learning ok. Don't worry. Semua orang melalui perkara yang sama. Dayah pun gitu". 

Learning by doing
Learning by  observing
Learning by others
Learning by asking
Learning by reading
Learning by praying
Learning by staying positive
Learning by teaching others

Remember, your favourite quote  "  Diamonds are created under pressure "   so hold on, it be your time to shine soon.

Bila sebut quote tu suaraku berubah intonasi , suara besar sikit as joking.

Dia yang diam dari tadi tergelak kecik. Uhhh lega rasa hati..

Mesti dia teringat semula ucapan dia sebagai Penghulu  di depan kawan2nya dalam program PTM sebelum memulakan kerjanya sebagai doktor di Hospital Kuala Terengganu.  Quote ni  abang selalu ulang2 untuk memotivasikan kawan-kawannya.

Kerjaya Doktor ni  memang kena sangat dengan quote tersebut lah rasanya. Pressure kerjaya lain taklah seteruk kerjaya ni.

" Don't pressure yourself dengan meletakkan target yang tak realistic. Give yourself ruang untuk bernafas" pesan ku lagi.

Knowing him... he always set a target for himself. Kadang2 rasa kesian dengan dia sebab berusaha sangat untuk mencapai apa yang dia setkan. Dia juga rasa malu jika dirinya tidak competent dalam bidang yang disukainya. Tambahan lagi dia selalu meletakkan dia sebagai benchmark kepada adik-adiknya. Kesian anakku ni.

" Ok mi. Terimakasih mi doakan abang dan Adda"  dia mengakhiri perbualan kami dengan lembut seperti biasa.

Terasa sedih dan sayu  juga kerana tidak  dapat bersama-sama abang pada saat abang memerlukan saya untuk meluahkan perasaan.

Malam tu aku buat keputusan untuk terus menjenguk abang di Terengganu. Kami bergerak ke sana selepas urusan ku selesai di Kuantan. Terkejut abang melihat kami apabila dia dan Adda balik dari kerja malam itu. Dia memeluk ku erat sambil menangis dan mengucapkan terimakasih. Dia memang anak yang baik.

Terimakasih Allah kerana memberi aku anak-anak  yang baik. Memberiku ilham juga idea yang baik untuk menenangkan dan mendorong mereka semasa mereka sangat memerlukannya. Semoga mereka sentiasa bersemangat dan berjaya dalam pekerjaaannya dan menjadi muslim yang hebat di dunia dan akhirat

Ketika saya menulis kisah ini, abang dah pun berada dalam posting ke 3. Alhamdulilah abang makin matang.

Sabda Rasullullah saw kepada saidatina Aishah,

" Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan , dia melakukannya dengan itqan (baik, sempurna dan teliti) ".
Riwayat Al-Baihaqi


UPDATE:
9.7.2021 Alhamdulilah , Luqman berjaya  complete HO dan meneruskan tugas sebagai MO di hospital yang sama. Semoga perjalanan dia seterusnya dipermudahkan dan cita-citanya menjadi doktor pakar tercapai dan sentiasa memberi  khidmatnya dengan dedikasi dan cemerlang. Ameen




Tuesday, November 19, 2019

RINDU PULAK

Dr Luqman Hafizuddin di Hospital Sultanah Nur Zahirah

Dr Nur Hidayah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah

Nur Amanina di Public Bank IT, Bangi


Syukri Hanif di Honda Bangi


Nur Faraha di UIA, Gambang
Nur Farhana UITM, Alor Gajah




Teka manasatu Ana dan Aha


Abang dan isteri Dr Wan Nor Syuhaida  



Dari Seorang jadi berdua
Kemudian menambah ahli , SATU demi SATU dan diakhiri  dengan DUA.
Kemudian SATU demi SATU juga diakhiri denga DUA meninggalkan sarang.
Sekarang sarang hanya tinggal kami. 
Mereka  telah berhijrah dan memulakan perjalanan.

Semoga Allah permudahkan urusan anak-anakku dan menantu tersayang.
Seterusnya kejayaan, kebahagian dan keberkatan milik mereka dan kami.

Ameen




Sunday, September 9, 2018

Sunday, July 8, 2018

2018 - Achievements.

ALHAMDULILAH.

1. DR LUQMAN HAFIZUDDIN
2. DR NUR HIDAYAH
3. Nina
4. SYUKRI HANIF - SEM 5, KKTM

Semoga terus berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.

DR LUQMAN HAFIZUDDIN

Alhamdulilah

Wednesday, September 7, 2016

2 Terbang dekat 2 Peneman Kami

Assalamualaikum


Dua orang lagi terbang dekat je . Hampir setiap hujung minggu boleh jumpa.  

Hidayah di RCMP, Ipoh, Perak




 dan

Syukri di KKTM, Masjid Tanah, Melaka



Dua orang lagi peneman kami yang sedang berjuang untuk PT3. Fighting Ana dan Aha




Tuesday, September 6, 2016

Abang Luqman Terbang Lagi



 Assalamualaikum

Anank sulong saya terbang pulang ke USM KLE India pada 2 September 2016 bagi meneruskan pengajiannnya di Tahun 4.

packing...
huh berat ni..



Di KLIA bersama Adda dan Family










bye...



Tyson waiting for you...
Empty.....missing  

Cuti abang agak lama kali ini. Banyak memori dengannya. Kembar start missing abang..jom gi ambil acik...so kami ke KKTM Masjid Tanah, ambil acik.







3 bulan - banyak yang kami lalui bersama. Alhamdulilah.....Bersyukur kepada Allah atas segala-galanya. Semua merindui abang dan Nina termasuk dia ni....Temah



Pengorbanan yang kecil untuk memberikan suatu impak yang besar buat diri, keluarga , masyarakat dan agama. Insya Allah akan berjaya. Aaminn.



Semoga Allah membimbing kita selalu untuk mendapatkan ilmu yang berkah, yang akan mengantarkan kita dekat kepada-Nya.




Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...