Assalamualaikum
Flashback ni sebab rindu dengan anak sulong ku ini.
Penghujung
Julai 2019, aku bersama Acik dan Anna ke Kuantan atas urusan kerja. Acik jadi
driver kami. Kebetulan Acik belum lagi mendapat pekerjaan setelah tamat pengajiannya dalam
Diploma Automotif. Sementara Anna belum memulakan pengajian. Kembarnya Aha
telah pun memulakan pengajian Asasi di UIA Gambang, Kuantan.
Kami mengambil
peluang menziarahi Aha. Sampai je di Kuantan, ambil Aha di UIA. Bawa Aha
shopping dan makan. Then hantar Aha balik hostelnya.
Otw balik
hotel anak sulong ku call.
"
Assalamualaikum ummi. Ummi kat mana?"
" Ummi
kat Kuantan. Baru tengok Aha. Otw balik hotel" aku menjawab dengan nada
gembira.
Senyap...
" Abang
ok ke?. Adda ok ke?" Menantu ku Adda sedang hamil anak mereka yang
pertama.
Tiba-tiba aku
dengar bunyi tangisan. Abang nangis..... Aku pun rasa nak menangis sama sebab anak
sulong ku ini jarang meluahkan perasaannya. Ini mesti dah tak boleh tahan lagi.
Aku berhentikan
kereta di bahu jalan untuk lebih fokus dengan perbualan kami.
He is crying
" Kenapa
bang? Kenapa abang sedih? Beritahu ummi." Risaunya aku
"Abang
lambat buat kerja mi. Abang tak pandai mi" sedih sayu suaranya.
" Mana
ada orang baru kerja terus pandai. Semua ada probation period. " jawapanku
untuk menenangkan hatinya
" Selalu
kena marah sebab lambat. Sistem banyak berkomputer tetapi kena belajar sendiri.
Rasa frust bila tak ada orang yang nak ajar" macam-macam lagi keluhannya.
" Just
like driving.... abang. Take sometime untuk pandai. Mula2 dapat lesen, nak
memintas lori or bas pun kita tak beranikan. After some time , dah ada
pengalaman sebab dah selalu drive. skill acquired, judgement dah pandai , kita
pun bawa kereta makin laju. Semakin lama dan kerap memandu, speeding dan overtaking
bas and lorry menjadi no problem." nasihat ku menggunakan analogi ku
yang aku rasa logik.
" Now
abang kat at early stage. Keep learning ok. Don't worry. Semua orang melalui
perkara yang sama. Dayah pun gitu".
Learning by
doing
Learning
by observing
Learning by
others
Learning by
asking
Learning by
reading
Learning by
praying
Learning by
staying positive
Learning by
teaching others
Remember, your
favourite quote " Diamonds are created under pressure "
so hold on, it be your time to shine soon.
Bila sebut
quote tu suaraku berubah intonasi , suara besar sikit as joking.
Dia yang diam
dari tadi tergelak kecik. Uhhh lega rasa hati..
Mesti dia
teringat semula ucapan dia sebagai Penghulu di depan kawan2nya dalam
program PTM sebelum memulakan kerjanya sebagai doktor di Hospital Kuala
Terengganu. Quote ni abang selalu ulang2 untuk memotivasikan
kawan-kawannya.
Kerjaya Doktor
ni memang kena sangat dengan quote tersebut lah rasanya. Pressure kerjaya
lain taklah seteruk kerjaya ni.
" Don't
pressure yourself dengan meletakkan target yang tak realistic. Give yourself
ruang untuk bernafas" pesan ku lagi.
Knowing him...
he always set a target for himself. Kadang2 rasa kesian dengan dia sebab
berusaha sangat untuk mencapai apa yang dia setkan. Dia juga rasa malu jika
dirinya tidak competent dalam bidang yang disukainya. Tambahan lagi dia selalu
meletakkan dia sebagai benchmark kepada adik-adiknya. Kesian anakku ni.
" Ok mi.
Terimakasih mi doakan abang dan Adda" dia mengakhiri perbualan kami
dengan lembut seperti biasa.
Terasa sedih
dan sayu juga kerana tidak dapat bersama-sama abang pada saat abang
memerlukan saya untuk meluahkan perasaan.
Malam tu aku
buat keputusan untuk terus menjenguk abang di Terengganu. Kami bergerak ke sana
selepas urusan ku selesai di Kuantan. Terkejut abang melihat kami apabila dia
dan Adda balik dari kerja malam itu. Dia memeluk ku erat sambil menangis dan
mengucapkan terimakasih. Dia memang anak yang baik.
Terimakasih
Allah kerana memberi aku anak-anak yang baik. Memberiku ilham juga idea
yang baik untuk menenangkan dan mendorong mereka semasa mereka sangat memerlukannya. Semoga mereka sentiasa
bersemangat dan berjaya dalam pekerjaaannya dan menjadi muslim yang hebat di
dunia dan akhirat
Ketika saya
menulis kisah ini, abang dah pun berada dalam posting ke 3. Alhamdulilah abang
makin matang.
Sabda
Rasullullah saw kepada saidatina Aishah,
"
Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu
pekerjaan , dia melakukannya dengan itqan (baik, sempurna dan teliti) ".
Riwayat
Al-Baihaqi
UPDATE:
9.7.2021 : Alhamdulilah , Luqman berjaya complete HO dan meneruskan tugas sebagai MO di hospital yang sama. Semoga perjalanan dia seterusnya dipermudahkan dan cita-citanya menjadi doktor pakar tercapai dan sentiasa memberi khidmatnya dengan dedikasi dan cemerlang. Ameen
No comments:
Post a Comment