Assalamualikum
4 minggu tempoh PKP terasa sangat panjang. Apa pengajaran yang kita dapat. Buka mata dan minda.
Bersyukur, berdoa dan berbuat baik.
Masa panjang untuk kita berkurung tetapi masa untuk kematian bila- bila sahaja.
Apakah kita merasa bahawa kita akan terselamat?
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Buka mata dan hati. Apa yang boleh bantu ?
Yang kaya ada caranya
Yang kurang berada juga ada caranya.
Tambahkan ilmu, positifkan pemikiran , tingkatkan amalan.
Melihat membaca dan mendengar kisah kematian dan cara pengebumian mangsa penyakit COVID19 ini amat menakutkan aku. Aku tak mahu kematian sebegini Ya Allah. Berilah aku peluang kematian yang menenangkan.
Melihat, membaca dan mendengar kisah kesedihan ahli keluarga mangsa COVID19 ini menginsafkan aku.
Melihat, membaca dan mendengar kisah pengorbanan frontliner semasa dalam pandemik ini mengkagumkan aku.
Tempoh ini , ibu-ibu menjadi surirumah sepenuh masa. Tentu penat . Penat dirasa kerana membuat kerja yang sama berulang-ulang..
Dah lupa pernah rasa penat begini semasa anak-anak masiha kecil . Setiap hari kita akan menjadi superwomen dan kadang-kadang tarzan.
Kenangan ini tak mungkin dilupakan.
Allah berikan pengalaman ini sekali lagi tetapi ketika umur dah semakin senja. Anak-anak semakin dewasa pada usia. Karenah masih sama. Nak kan dimanjakan sahaja. Tapi kita nikmatilah tempoh ini dengan sabar dan laluilah dgn baik agar kita tidak akan kesal apabila tempoh ini berlalu.
No comments:
Post a Comment