Assalamualaikum
Berkhidmat di POLISAS 1991-2002 . Banyak kenangan di sini. Bertemu jodoh di sini. Semua anak-anak juga dilahirkan di sini.
Januari 2020 , aku perlu ke
POLISAS untuk mendapatkan satu dokumen penting bagi tujuan persaraanku. Allah Ar-Rahmaan Ar Rahiim ,Maha Pengasih dan
penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
Dipermudahkan segalanya urusanku.
Diaturnya perjalananku dengan begitu sempurna . Alhamduliah
Kebetulan aku juga perlu ke Kuantan bagi menghantar Aha
ke UIA kerana sesi kuliahnya akan bermula . Kami juga mengambil peluang
menjenguk abang Luqman, Adda dan Ammar Yusuf di Terengganu. Anna pula sedang
bercuti panjang. Maka kami hanya perlu menambah satu hari lagi cuti untuk urusan
tersebut. Alhamdulilah
Hikmah terbesar yang dapat dirasakan adalah dapat
bertemu rakan-rakan sejawat yang lama ditinggalkan. Boleh saling bermaafan
lagi. Sama-sama semakin tua ..sungguhpun ceria sahaja. Ada antara rakan kami yang
telah pun pergi menemuiNya. Sedih juga teringatkan mereka.
Allah juga ingin membuka mata dan hatiku. Sepanjang berkhidmat
di POLISAS aku mempunyai sahabat karib yang sering ku dengar rintihannya tetapi
yang membantu aku pada hari itu bukan sahabat tersebut. Rakan yang membantu aku
ini bukanlah rapat sangat suatu waktu dahulu tetapi jelas dia saorang sahabat yang sangat ikhlas dan baikhati.
Sungguh Allah ingin membuka mata dan hatiku bahawa
bersahabatlah dengan semua orang. Bila membantu, ikhlaskan hati, niatkan kerana Allah. Jangan mengharapkan balasan dari orang yang dibantu
sebaliknya ikhlaskan kerana Allah. Juga jangan menghakimi orang tetapi bersangka baik.
Allah Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa
dan kesalahan. Ampunkanlah aku yang banyak kekurangan ini. Sesungguhnya hanya
Allah sahaja Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala
cela dan kekurangan.
Sebagai hambaNya yang lemah kita perlu ingat setiap yang berlaku ada pengajaran dan ambillah hikmahNya dan berubah menjadi lebih baik.
Alhamdulilah selesai urusan di POLISAS. Insya Allah dengan izinnya kita bertemu lagi.
No comments:
Post a Comment