Sunday, January 20, 2013

Adik Saya Dr Ishaireen bt Dalib

Assalamualaikum.

Dr Ishaireen  adalah adik saya yang bongsu iaitu anak ke 14.
Dia adalah merupakan doktor pakar sakit puan di Putra Specialist Hospital,  Melaka.  Idola anak-anak saya.


Dr Ishaireen dan puteri kesayangan Aishah Sarah


Sejak kecil bercita-cita nak jadi doktor. Kadang-kadang bosan juga apabila kami bermain-main  bersama dia. Apa-apa permainan- masak-masak ke, kawin-kawin ke , dia tetap nak jadi Doktor.

Sebagai seorang doktor pakar sakit puan, pesakit memerlukan perkhidmatannnya tanpa mengira masa tetapi dia dapat menerimanya begitu sahaja. Kami adik-beradik yang tak boleh menahan perasaan kesian, tetapi dia menganggapnya 'small matter'.

 Mungkin minat yang tinggi dalam bidang ini, menyebabkan beliau sentiasa bermotivasi tinggi dalam melakukannya. 

Semoga Allah sentiasa membantu beliau dalam pekerjaannya dengan berbagai cara , idea , penyelesaian masalah dan ketenangan hati supaya beliau dapat membantu setiap pesakitnya dengan sebaik-baiknya. Dan dalam masa yang sama memohon Allah  memberikan dia kesihatan yang baik, kekuatan minda dan permudahkan segala urusannya, keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat. Ameeen..

Kesimpulan saya :Motivasi yang tinggi adalah disebabkan oleh minat yang mendalam dan akhirnya terhasillah kerja yang berkualiti. Insyaalllah.







Dr. Ishaireen Binti Dalib  
 Bilik: 319 . 
Putra Specialist Hospital , Melaka
Tel no:  06-2848404
MBBS (Bangalore), MOG (UKM)


 Sekadar Perkongsian;

Apa itu minat?
Apa signifikan nya minat dengan pekerjaan.


Menurut John Holland, minat adalah aktiviti atau tugas-tugas yang membangkitkan perasaan ingin tahu, perhatian, dan memberi kesenangan atau kenikmatan. Minat dapat menjadi indikator dari kekuatan seseorang di bidang-bidang tertentu di mana dia akan termotivasi untuk mempelajarinya dan menunjukkan komitmen kerja yang tinggi. Bakat sukar  berkembang dengan baik apabila tidak dimulakan dengan adanya minat pada bidang yang akan diceburi.
 
Kerja yang berkualiti - minat + tindakan menurut ajaran Islam

Untuk menjadikan sesuatu kerja itu berkualiti, konsep dan nilai yang dianjurkan dalam ajaran Islam perlu disemai dan dipraktikkan dalam urusan seharian supaya akhirnya ia dapat diserap dan diaplikasikan sebagai budaya kerja yang berkualiti dalam pekerjaan.

Nilai-nilai tersebut ialah:
i.       Setiap perbuatan yang baik hendaklah disertakan dengan niat yang suci dan ikhlas kerana Allah SWT.
ii.       Islam mengehendaki penganutnya melakukan sesuatu lebih daripada apa yang dikehendaki mengikut peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. melalui konsep ihsan.
iii.      Nabi Muhammad s.a.w. adalah qudwah hasanah yang par-excellence. Justeru itu, tanggungjawab setiap orang Muslim adalah melakukan tugas secara cemerlang, cekap dan mahir.
iv.       Seseorang Muslim hendaklah bermuhasabah tentang kerja yang telah dilakukan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri serta melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

Rujukan;

http://myais.fsktm.um.edu.my/7064/1/07_Sarina_%26_Fadillah.pdf




No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...