Saturday, January 19, 2013

SAKIT ......TIDAK KENAL USIA

ASSALAMUALAIKUM.

Sepanjang minggu lepas, saya menerima berita tentang saudara dan rakan yang diuji dengan keuzuran. Bermula dengan rakan sejawat Nisa yang  mengidap ketumbuhan di rahim dan suspected cancer. Baru berumur 34 tahun.

Hari yang sama -mendapat khabar kawan baik ditempat kerja lama- Kak Ina, dimasukkan ke hospitak KL disebabkan cancer reoccur dibahagian usus. Berumur 50 tahun. 

Esoknya - mendapat dimaklumkan baby anak saudara (anak kakak) Fatihah Aisyah  suspected tumor di jantongnya . Baby berumur beberapa hari.

Hari yang sama - meminta rakan sejawat membantu saya dalam penganjuran majlis tetapi rakan tersebut tidak mampu disebabkan isterinya (juga rakan sejawat) disahkan mengalami masalah jantong dan perlu segera dibawa ke Hospital Pakar Muar. Berumur lebih kurang 35 tahun... Lemah rasa badan.

Mental dan fizikal sangat letih memikirkan keadaan kawan-kawan ini. Tiba-tiba dapat masej dari Shima -Mak kawan baik Hidayah, Mak nya dimasukkan ke Hospital Melaka dan akan menjalani pembedahan usus. Beliau menghidap cancer usus. Berumur 70 tahun.

Hari ini - saya dimaklumkan bahawa kawan baik Abang Luqman dimasukkan ke hospital kerana batok berdarah.....Beliau baru berumur 20 tahun..

Apa peringatan Allah kepada saya dan semua ?. Dia berkuasa atas segala mahluknya. Ujiannya tidak mengenal usia....

Semoga semua kawan-kawan saya tabah dalam menghadapi ujian Alllah ini. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan seterusnya segera semboh dari segala penyakit..

 Betul ke...dikatakan bahawa kesabaran itu adalah lebih mudah dari kesyukuran.



No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...