Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

ASSALAMUALIKUM

Alamdulilah......Bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur kita semua sehingga dapat menikmati Tahun Baru 2013.  Pagi ini 1 Jan 2013 dimulakan dengan ucapan Syukur Kehadirat Ilahi aaas nikmatnya ini.. Semoga Allah memberiku dan suami  kesempatan melihat anak-anak kami  dewasa dan berjaya mencapai cita-cita mereka. Seterusnya menjadi muslim dan muslimah yang baik.

Pagi-pagi lagi Cinta Hati Saya (meminjam perkataan yang cantik dari  ShilaAmzah) telah mengajak saya exercise dengan basikal yang baru dibelikannya (2 hari lalu). Macam orang muda pulak .... pink color.



Dia terlalu risaukan kesihatan saya kerana saya agak malas untuk bersenam. Sejak saya mengalami Slip disc pada tahun lepas, saya cepat berasa penat dan terlalu berhati-hati dalam semua kerja yang saya lakukan. Akibatnya saya semakin mengembang dan....tentunya berat. Ini tidak bagus bagi mereka yang mengalami masalah Slip Disc.

Pagi 1 Jan 2013, kami berbasikal melalui jalan-jalan kampong Tedong Pekan dan Tedong Pantai. Agak jauh jugaklah perjalanan kami. Dalam perjalanan, kami berhenti sarapan di salah sebuah warong. Kali terakhir kami membuat aktiviti ini bersama anak-anak pada 2010. Tidak pernah terfikir, akan merasai pengalaman ini lagi . Kami merasa gembira dan bahagia dapat melakukanya bersama-sama . Ku panjatkan syukur pada mu ya Allah atas nikmatmu . Syukran Ya Allah memberikan aku lelaki ini....seorang yang amat menyayangi aku dan menerima aku  seadanya... Semoga jodoh kami dipanjangkan hingga kesyurga.. Ameen..

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...