Friday, March 13, 2026

READ, LEARN, MUHASABAH , SYUKUR

Assalamulaikum

Selagi hidup kita akan berdepan dengan ujian yang Allah berikan khusus bg kita. Ujian setiap manusia tak sama. Itu menunjukkan kekuasaan Allah kerana hanya Dia yang tahu setiap mahluk ciptaaannya. Jangan pertikaikan tu tapi ambillah pendekatan Berdamai dgn Takdir dan berusaha untuk  menjadi hambanya yng lebih baik.

Lately  akibat selalu baca threads maka banyak masalah org lain yang kita terbaca dan kadang2 menghantui kita.

Kisah doktor pelatih tu amat memberi kesan kepada emosi saya. Kesian dia. 
Terkenang kembali akan kisah anak2 doktor saya semasa menjalani housemanship.

Anak sulong merupakan pelajar yang selalu cemerlang, menjadi pemimpin di mana2 tempat dia belajar antaranya Ketua Pengawas sekolah rendah, TImbalan ketua pengawas di MCKk, Kapten bola baling wakil state , leader juga semasa Ib dan U. Dia seorang yang berdisiplin  tetapi sopan.

Tp menangis juga dia apabila dipanggil bodoh dalam posting pertama. Sbb dia tidak menyangka profession ni ramai yang kasar dan kurang empati. Marah juga saya. Bayangkan orang baru dapat lesen , boleh ke terus memandu laju dan cekap. Tp pesan saya...kita x boleh ubah orang lain, kita hanya boleh ubah diri kita dan berdoa kpd Allah. Dia yang mengatur segalanya. 
Alhamdulilah...tamat HO dan ada ujian juga seterusnya. Bila kita ingat bahawa setiap ujian itu adalah reminder untuk kita selalu ingat kepada Nya, maka hati akan menjadi tenang.
Anak ke 2 

1st posting lagi macam2 berlaku..rezeki dia terjumpa jodoh dgn MO di situ. Perjalanan posting pertama walaupun macam2 hal tp tamat. Posting ke 2, 3, 4, 5 semua ada ujian. Tp posting ke 6 dah semakin baik. Hati kita pun semakin lega. Dah nak habis HOship dia pun nikah. Alhamdulilah.

Tp setiap ujian mereka  tu kami bersama2, doa kami tak pernah putus. Alhamdulilah ayukur atas nikmat Allah berikan
Semoga  Allah takdirkan yang baik2 bagi kami semua. Aamin


Thursday, March 12, 2026

2026 dah

ALHAMDULILAH. 
Syukur Alhamdulilah .Masih bernafas lagi. Semoga 2026 tahun yang banyak kenangan manis, tenag dan bermakna. Rezekikan kami perkara yang baik2 Ya Allah.

Ramadhan baru perasan saya dahnsemakin malas menulis. Kehidupan yang tenang, routine yang biasa menyebabkan malas menulis. 
Ramadhan kali ni kami berdua sahaja. Semua anak2 dah ada kehidupan masing. Kembar tetap bersama. Cuma acik keseorangan di JB. Hopefully Allah hadirkan dia peneman yang menbahagiakan dia soon. Aamin
Ini routine acik pergi dan balik kerja. For now, sayalah gf dia. Msg him constanly. Semoga Allah melindungi dan merahmatinya selalu. Aamiin

Ini pic masa kami visit dia dalam Ramadhan ni. Belanja kami buffet Ramadahan yang amat sedap dan tempat selesa di JBorn JB. 

Family Abang 

Aisya Nadra yang qute. Alhamdulilah.

Dr Luqman: Ramadhan dan hari biasa , tugas seperti sama je. 
Abang  sangat dedicated and passionate dgn kerja dia. Alhamdulilah. 
Semoga Allah bantu dia menjadi doktor pakar muslim yang berjaya dunia dan akhirat

Hudzaifah baru 5 thn..excuse him


Sofia ikut Dadda ke masjid. 

Dia lah cucu yang selalu ada dgn mimi.

Ramadhan di Kuantan

My youngest cucu Ameena

Penat scroll phone tp x jumpa pic kembar.

RAMADHAN KAREEM.






Saturday, November 22, 2025

18.11.2025 Acik Making History

Assalamualaikum

Lama tidak menulis.

Hari ni acik membuat satu keputusan yang besar. Kami berdua turut sama memberi sokongan. Sepjg malam dan perjalanan kami berdoa" Ya Allah. Sekiranya baik bagi acik permudahkanlah sekira tidak.baik.bagi acik jauhkanlah. Hanya Engkau  tempat kami berserah dan kami mohon pertolongan. Aamiin"

Kami di tanya ttg acik. Dia anak bongsu ke?. Mungkin org itu melihat acik dah dewasa tetapi kami sanggup datang dari jauh untuk menemaninya pada saat itu. 

Jawapan saya. Dia bukan anak bongsu. Anak ke 4. Kami ada 6 anak dan kami mmg treat setiap anak kami macam anak bongsu. Selalu support mereka dan cuba bersama2 dalam apa pun keadaan mereka selagi ada hayat dan rezeki kesihatan, kemampuan. Mengambil kesempatan atas anugerah Allah kepada ibubapa yang dijanjikan doa yg mustajab maka kami sentiasa mendoakan mereka takmkira masa dan ketika apatah lagi setiap kali solat untuk kesejahteraan mereka. 

Semoga Allah membantu kami menjadi hambanya yang bersyukur dan kekal dalam iman. Aamiin


Saturday, October 25, 2025

Nostalgia



Menyelusuri jalan-jalan masa lalu, bukan untuk mencari apa yang hilang, tapi untuk mengucap syukur — atas segala yang pernah ada.


Cerita 26 Okt 2025

Assalamualaikum

Lama tak menulis.  

Hari ni sama je seperti hari2 selalu. 

Alhamdulilah

Alhamdulillah ‘ala nikmatil Islam, 
Alhamdulillah’ ala nikmatil Iman, 
Alhamdulillah ‘ala nikmatil hidayah..”

Aamiin Ya Rabb.

Berdoalah selagi ada hayat ini. Minta lah apa sahaj yang baik2 kerana Allah Maha Kaya dan Pemurah.

Istighfarlah selagi ada hayat ini supaya dosa yang kita lakukan mendapat pengampunanNya.

Bersedekah lah walaupun sedikit. Ini salah satu tanda syukur kita kpd Allah atas nikmatNya yang tidak terhitung. 

Semoga bermanafaat.


Tuesday, April 8, 2025

Kunjungan yang Meninggalkan Kesan


Assalamualaikum

Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.

Kami adalah rakan sekerja sejak sekian lama. Beberapa kali sebelum ini, dia pernah menyuarakan hasrat untuk berbesan dengan keluarga kami. Namun, setiap kali perkara itu dibangkitkan, kami sering merasakan diri tidak layak. Anak beliau seorang Hafiz, imam, dan memiliki banyak ilmu agama, sedangkan anak kami biasa-biasa sahaja. Maka setiap kali dibincangkan, saya hanya mampu berkata bahawa jodoh anak-anak akan datang pada waktu yang ditentukan oleh Allah.

Namun, kunjungan kali ini amat berbeza. Dengan nada yang tenang, dia memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan beliau menghidap penyakit buah pinggang tahap 4. Dan katanya, dia mungkin hanya ada lebih kurang dua tahun jangka hayat.

Allahu… saya benar-benar terkejut dan tergamam mendengarnya.

Beratnya rasa di hati. Tak sangka dalam senyum dan gurau, ada cerita duka yang dia simpan.

Ya Allah, pinjamkanlah kami semua kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat. Berikanlah kekuatan kepada sahabatku menghadapi ujian ini dengan tabah dan redha.

Monday, April 7, 2025

Pesanan Untuk Anak-anakKu

Bismillahirrahmanirrahim Untuk anak-anak ummi tersayang: 

Luqman, Hidayah, Nina, Syukri, Aha & Anna

Assalamualaikum anak-anakku,

Ummi tulis surat ini dengan penuh kasih dan rindu. Perjalanan membesarkan kalian adalah satu kenangan yang paling berharga dalam hidup ummi. Tiada kata yang cukup untuk menggambarkan betapa bersyukurnya ummi kerana dikurniakan kalian—penyejuk mata, penawar hati.

Dari tangisan pertama, ke langkah pertama, hingga ke kejayaan-kejayaan kecil dan besar yang kalian capai, semuanya tersemat indah dalam memori ummi. Setiap peluh, air mata dan doa yang ummi titipkan tidak pernah sia-sia. Hari ini, kalian sudah berdikari, melangkah ke alam pekerjaan dan rumahtangga. Alhamdulillah, ummi bahagia melihat kalian menemui jalan masing-masing.

Anak-anakku, Pesanan ummi, jangan pernah lupakan Allah dalam setiap langkah. Jadilah insan yang jujur, bertanggungjawab, penuh kasih sayang dan sentiasa merendah diri. Hormatilah pasanganmu, jagalah keluarga dengan penuh amanah. Dunia ini hanya sementara, jadi carilah keberkatan dalam setiap perkara yang kalian lakukan.

Ingatlah, doa ummi sentiasa mengiringi kalian. Dalam sujud ummi, nama kalian satu persatu ummi sebut—mohon agar Allah lindungi, berkati dan bahagiakan hidup kalian dunia dan akhirat.

Dengan penuh cinta, 
Your One and Only,
Ummi

READ, LEARN, MUHASABAH , SYUKUR

Assalamulaikum Selagi hidup kita akan berdepan dengan ujian yang Allah berikan khusus bg kita. Ujian setiap manusia tak sama. Itu menunjukka...