Tuesday, January 14, 2020
BE A GOOD PARTNER
Assalamualaikum
Rutin pagi saya sarapan bersama suami adalah masa yang paling sesuai bersembang pasal anak-anak.
Tapi pagi ini rasa kecewa apabila dia menyuarakan kekesalan kerana tidak mendidik/mendisiplinkan anak dengan baik. Padahal masalah mereka tidaklah seteruk mana.
Mengesali perkara yang telah berlalu adalah sesuatu yang tidak boleh diperbetulkan.
Bila kita rasa anak2 kita kurang sempurna dari segi tindakan dan ilmunya sedangkan mereka dah pun dewasa - tindakan kita atau mereka?
Saya mencari jawapan terbaik...
Doa seorang ibu adalah mustajab..teruskan berdoa.
Usaha juga perlu dilakukan dengan memberikan nasihat secara berterusan.
Doa dan doa lagi.
Jangan tinggalkan Allah dalam setiap tindakan kita.
Tanamkan di pemikiran kita bahawa tiada manusia yang sempurna.
Setiap manusia perlu memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik setiap masa.
The best word to describe - lakukan CQI - Continous Quality Improvement.
Bahasa mudah : MUHASABAH
Teringat kata-kata seorang ustazah " Mungkin ada dosa kita pada setiap anak-anak kita". Allahu....sungguh benar.
Maka kitalah yang perlu meminta maaf dan memperbaiki hubungan kita dengan mereka dan hubungan kita dengan Allah.
Semoga anak-anak ku sentiasa mengingati Allah dalam apa jua yang mereka lakukan. Dan Allah membantu mereka menjadi hambaNya yang berjaya di dunia dan akhirat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NZ
Assalamualaikum Tulis sini.... Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya. TIdak ikut mana2 pakej Meloncat happy. Tp n...
No comments:
Post a Comment