3 Jun 2011 saya merasakan sakit belakang yang amat sangat. Tidak merasakan ianya akan mengakibatkan kesan yang amat serius lalu saya pun bekerja seperti masa. Kesilapan ini menyebabkan keadaan saya menjadi lebih teruk sehinggakan saya tidak boleh tidor dan dimasukkan ke hospital. Kesukaran untuk berdiri dan duduk menyebabkan saya memikirkan yang bukan-bukan dan saya semakin sedih. Di dalam hati saya memikir dan mencari di mana kesalahan saya sehingga saya diuji sebegini rupa. Saya beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah atas segala kesilapan saya lakukan dan memohon Alllah memulihkan kesihatan saya kepada sediakala kerana sesungguhnya Allah yang berkuasa.
Apabila kita ditimpa kesakitan, akan menjadikan kita lebih memahami penderitaan orang yang ditimpa sakit dan semoga kita menjadi orang yang bertimbangrasa , menziarahi dan membantu mereka yang sakit.
Ujian ini sengaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah, tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah dan sekaligus membuang rasa bangga diri. Semoga dengan ujian sebegini menjadikan kita semakin hampir dengan Allah Pencipta.
Bolehkah kita menerima hakikat sakit itu tanda Allah sayang pada kita. Semakin berat penderitaan, semakin pahala dilipatgandakan. Hadis ini mungkin boleh memujuk hati kita menerima kenyataan bahawa Rasulullah juga pernah diuji dengan sakit.
Sahabat Abdullah bin Mas’ud ra. berkata:
Saya menjenguk Rasulullah saw. sedangkan beliau sedang menahan sakit kerana demam, saya berkata: ”Wahai Rasulullah, sungguh engkau kelihatan sedang menahan rasa sakit yang berat?” Rasulullah saw. berkata: ”Benar, sesungguhnya saya sedang menahan sakit sebagaimana dua orang di antara kalian.” Abdullah berkata: Saya berkata: ”Hal itu kerana engkau mendapatkan dua pahala.” Rasulullah saw. menjawab: ”Benar”, kemudian baginda melanjutkan: ”Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)
Terubat hati dan jasad saat membaca hadith ini. Semua orang pernah sakit. Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengalami sakit. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah.
Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang sedang berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah swt., doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”
Sakit ini juga boleh jadi angkara sikap diri kita sendiri yang tidak menjaga hak tubuh badan. Semoga Allah mengampuni diri kitai yang serba lemah.
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu.” ( As Syura: 30)
Semoga Allah mengampuni doas-dosaku dan memberi aku peluang untuk sembuh seperti biasa. Ameen
No comments:
Post a Comment