Friday, June 17, 2011

Bagiamana Cara Mengubati Penyakit Piriformis Syndrome

Sila rujuk entry terdahulu tentang Piriformis Syndrome untuk lebih jelas tentang penyakit ini. Symptom penyakit ini lebih kurang sama dengan slip disc. Setelah MRI dibuat , disahkan bahawa terdapat slip disc tetapi mild. Oleh yang demikian saya juga dijangka menghadapi masalah PS ini.
Untuk mengatasi masalah ini , saya disarankan untuk menjalani rawatan fisioterapi dan dalam masa yang sama makan beberapa pil yang related to saraf  iaitu TRAMUNDIN dan LYRICA. Setelah menjalani beberapa kali fisioterapi saya dapati ianya sedikit membantu mengurangkan rasa sakit (mcm cramp) pada punggung, belakang paha dan betis. Rawatan yang diberikan semasa fisio adalah hot pad, ultrasound , traction dan diajar beberapa excersie yang kita boleh amalkan setiap hari.


Saya bernekad untuk berusaha sendiri untuk pulih dengan cepat. Oleh yang demikian saya amalkan ;


1. Exercise yang diajar berulangkali walaupun terasa sakit, saya kuatkan hati demi diri dan anak2. Ini adalah antara exercise yang saya buat.
Piriformis stretch—Supine Hip and Knee—Supine piriformis stretch Piriformis stretch—Supine



2. Deep Massage
Deep massage (manual release) by a physical therapist (suamilah) is thought to enhance healing by increasing blood flow to the area and decreasing muscle spasm.


Guna minyak urut dan massage di betis, belakang paha dan punggung yang sakit. Tapak kaki jangan letak nanti licin bila berjalan dan boleh menyebabkan lagi teruk.


3. Hot Water Bag
Letak hot water bag di tempat yang sakit dan juga di pinggang  berulang kali . Lega sikit.


4. Amalkan membaca Yassin, Al Quran dan Zikirullah juga sembahyang sunat walaupun dalam keadaan berbaring kerana DIA yang menentukan segalanya.



AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- 
Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.
CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang) 
Maklumat di atas saya ambil dari link ini, untuk penyakit 2 lain boleh rujuk link ini.
http://tauhidulwujudiah.webs.com/himpunandoadoa.htm

Semoga Allah Menyembuhkan saya .Ameen.

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...