Dah 2 minggu sakit dan tak bekerja. Diuji dengan sakit ini bermakna bukan sekadar saya seorang diuji malahan semua ahli keluarga. Alhamdulilah suami menjaga saya seperti menatang minyak yang penuh. Kerisauan suami jelas kelihatan dari perlakuannya. Menjaga makan dan minum, mandi dsbnya. Dalam hati berdoa semoga Allah pinjamkan kesihatan tubuh badan dan umur kepada saya, suami dan semua ahli keluarga supaya kami boleh menjadi muslim yang baik.
Anak-anak yang telah membesar iaitu abang, Dayah dan Nina kelihatan sedih dan mereka juga takut mungkin kehilangan saya. Sebenarnya saya juga takut Allah menjemput saya pada masa ini kerana merasakan bahawa diri tidak bersedia, amal tidak seberapa utnuk menghadapNya dan dalam masa yang sama kesihan dengan anak-anak. Sekiranya Takdir menentukan ini adalah penghujungnya mampukan mereka menghadapinya, berjayakah mereka mengatasi segala tanpa ummi. ..sedangkan saya terlalu memanjakan mereka dan suami dalam semua hal. Saya menyelesaikan hampir semua perkara, semoga Allah memberi ku peluang dengan menyembuhkan penyakit ini. Ameen.
No comments:
Post a Comment