Monday, June 13, 2011

PIRIFORMIS SYNDROME

SP adalah satu gejala sakit saraf pada punggung disebabkan kekejangan otot punggung iaitu otot Piriformis yang terletak pada lapisan dalam otot punggung betul-betul di atas saraf skiatik. Saraf skiatik terletak dikiri dan kanan punggung dan adalah saraf besar (sebesar ibu jari) yang berfungsi menghantar isayarat pada otot kaki di bawah lutut. Apabila kekejangan berlaku pada otot piriformis ia akan menekan secara langsung saraf skiatik dibawahnya menyebabkan berlakunya keradangan pada saraf tersebut. Sakit saraf akan berlaku dimana pesakit akan mengalami sakit mencucuk-cucuk dan kebas pada punggung dan menjalar ke kaki terutama pada belakang peha dan betis. Kadang-kadang pesakit akan menerima seakan rejatan eletrik pada kaki hingga ke tapak kaki. Biasanya pesakit tidak boleh duduk lama kerana tekanan pada punggung akan menyebabkan sakit bertambah kuat. keadaan kronik, akan berlaku ketidak seimbangan ketika berjalan  kerana otot punggung menjadi kecut dan lemah kerana kurang digunakan. Punca Sindrom Piriformis?
Insiden ini adalah 10 daripada 37% yang mengidap sakit belakang yang kronik. Puncanya ialah menggunakan otot piriformis yang keterlaluan

Kecelaruan Diagnosis.
Kecelaruan diagnosis sering berlaku kerana gejala klinikal sindrom piriformis amat mirip kepada cakera tergelincir (slip disc). Kebolehan doktor membezakan kedua keadaan ini sangat penting kerana  sindrom Piriformis tidak memerlukan pembedahan  sebaliknya memerlukan suntikan dan senaman yang khusus. Masalah cakera tergelincir atau stenosis tulang belakang boleh dikesan melalui MRI dan selalunya memerlukan pembedahan . Kecelaruan membuat diagnosis sering berlaku kerana kedua-dua kesakitan ini amat mirip sekali. Lebih menyulitkan lagi Sindrom Piriformis dan Kegelinciran Cakera ini berlaku serentak.          

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...