ASSALAMUALAIKUM
Rabbi Yassir Wala Tu Assir. |
15.08.2021
Memulakan perjalanan dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Di bibir suami sentiasa membaca doa dan mengingatkaku untuk membaca doa.
La haulawala kuwata illa billah....
Tiada daya dan upaya bagiku hanya pertolongan Allah semata. Ameen
Dalam pukul 11 pagi kami memulakan perjalanan ke Gopeng, Perak. Esok kami akan membawa Tok Yah ( my FIL) mendapatkan suntikan vaksin dos ke 2 di PWTC. Jauhkan. Tinggal di Gopeng Vaksin di Kuala Lumpur.
BIL daftarkan FIL under him as dependent. Sebab tu dia perlu divaksin di KL.
Dos 1 done. Tiada alahan. Alhamdulilah. Kali ini BIL kena kurantin so kami perlu membantu bawa Tok Yah dapatkan suntikan ke 2 vaksin.
Alhamdulilah amat mudah urusan mendapatkan kelulusan rentas negeri.
Kami merancang untuk singgah di Bangi melawat Nina, Najjmi dan Hudzaifah. Dah rindu sangat dgn Nina dan Hudzaifah.
Kami berhenti di RnR Seremban membeli Burger King [ fav saya] dan Top up kad touchnGo. Tiba2 saya sedar signal high temperature lit up.
Radiator fan jammed. Sebab tu enjin menjadi panas. Mekanik yang dicadangkan oleh pekerja petronas tu sangat bagus. Dia diagnos, beli barang dan baiki. Semuanya berlaku dengan cepat walaupun dalam hujan. Upah yang dikenakan juga bersesuaian dan suami memberi lebih sedikit sebagai tanda bersyukur.
Setelah siap, kami.meneruskan perjalanan ke Bangi. Tak sabar nak jumpa Ujaipah.
Sampai di rumah nina, saya terus membersihkan diri dan menukar pakaian. Risau dengan kesan virus covid ni. Ini usaha lindungi nina sekeluarga dariNya.
Terubat rindu dapat jumpa Nina dan Ujaipah. Dah makin besar dan bijak. Gelak tawanya sungguh comel dan menghiburkan. Semoga Allah perihara dan lindungi mereka sekeluarga.
Kami meneruskan perjalanan dan sampai di rumah Tok Yah sekitar 8.30pm.
16.08.2021
7.30am kami bertolak ke KL.
7.30am kami bertolak ke KL.
Suami berhenti di RnR Rawang untuk ke tandas. Tiba-tiba datang seorang lelaki menegur saya dan menunjukkan sesuatu pada tayar kereta kami.
Allahuakbar. Kami diuji lagi. Tayar pancit. Macamana ni. Appointment vaksin Tok Yah pukul 10 pagi. Sempat ke ni.
Tiba-tiba datang sesaorang yang sgt baik.
" Biar saya tengokan"
Lelaki ini bekerja di kedai tayar. Dia dalam perjalanan ke tempat kerja. Menurutnya, jarang sangat dia singgah disitu tp pagi ni panggilan alam memaksa beliau singgah. Rezeki kami...
PLUSRONDA pun lalu. Juga beri bantuan mengepam tayar dengan lebih cepat.
Allahuakbar.
Ujian diberi bantuan jua diberi. Alhamdulilah.
Dia diagnos. Tayar bocor bukan disebabkan paku tp nut. Dia mengajak kami ke kedai tempat dia bekerja untuk membaiki tayar tsbt.
Selesai baiki 10.00pg. Upah yang diminta sangat kecil tapi kami mengambil kesempatan untuk berkongsi rezeki dengannya.
Kami meneruskan perjalanan ke PWTC.
11.00 pagi Tok Yah selamat divaksin. Proses vaksin sangat teratur. Salute to KKM.
Semua pihak memainkan peranan dan sangat membantu. Alhamdulilah.
" Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"
Surah Ar Rahman
Selesai vaksin, kami menjangkakan Tok yah akan mengikut kami balik Melaka tp sangkaan kami meleset dia nak balik Gopeng juga . Kami turuti sahaja kemahuannya. Asalkan dia gembira.
Perjalanan ke Gopeng sangat selesa. Kesemua tayar telah diperiksa oleh mecanic tadi dan diisi angin sekali. Semoga Allah merahmati dia. Ameen
Sampai Gopeng kami ke kedai gambar. Print dan laminate digital cert Tok Yah.
Dia buat hal lagi. Fan aircond jammed pulak. Adoi.
Perjalanan kami diatur olehNya. Alhamdulilah kami memulakan perjalanan dengan mengingatiNya. Bacaan doa sentiasa di bibir suami. Saya juga begitu.
Kami bersyukur Allah tidak membiarkan kami dalam kesusahan. Ujian yang diberikan bersama pertolongan.
Sabda Rasulullah saw:
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di surga” (HR. Bukhari )
Anak2 sangat risau dengan keadaan kami. Alhamdulilah allah memberi kami anak2 yang baik.
Menggembirakan ibubapa adalah suatu perkara yang dituntut. Itu yang ditunjukkan oleh suami sebagai contoh kepada anak-anaknya. Semoga anak-anak kami sentiasa mengingati kami, mendoakan kami dan menyayangi kami. Ameen
No comments:
Post a Comment