ASSALAMUALAIKUM
Mak dah berumur 95 tahun tahun ni. Mak dapat tarikh untuk divaksin agak awal tp memandangkan anak dan cucu-cucu frontliner nya yang mengalami alahan setelah divaksin menyebabkan beliau takut untuk divaksin
Setelah ramai anak cucu yang lain tidak mengalami alahan selepas vaksin, beliau pun rasa semangat untuk menerima vaksin.
Alhamdulilah mak telah mendapat vaksin dos pertama pada 31.7.2021. Nurse yang menyuntik mak sangat lembut dan mesra menyebabkan mak merasa pengalaman suntikan yang bahagia. Dengan nada gembira mak memberitahu anak dan cucunya pengalaman tersebut. Saya sangat2 happy for her.
Lately mak tak berapa sihat. Suntikan vaksin dos ke dua dijadualkan khamis 12.08.2021. Saya merasa risau dengan keadaan mak walaupun dia masih bersemangat untuk mendapat suntikan tersebut
Ya Allah. Permudahkanlah dan sihatkan mak. Ameen Ya Rabb
No comments:
Post a Comment