Penangan CoVid ni sangat besar. Semua orang terkesan. Bezanya ada yg tahap terkesan sesaorang.
Suka dengan kata-kata Ustaz Pahrol. " Berdamailah dengan takdir" maka kita akan jadi positif dan tenang.
Kami sekeluarga agak pelik apabila dia disahkan positif kerana dia seorang yang sangat menjaga hygiene dan mematuhi SOP kesihatan ni.
Pada peringkat awal dia sampai di pusat kuarantin, dia menyatakan ketidak puasan hati denga suasana persekitaran, layanan, makanan dll.
Paling dia marah adalah perhimpunan politician baru2 ni menyebakan jumlah kes baru beratambah dan mungkin dia dijangkiti oleh mereka ni yg tidak bertanggungjawab.
Sehari kemudian dia berubah. Dia mula berdamai dengan takdir. Bangun awal supaya x beratur di bilik air. Banyak solat tahajud, duha dan lain. Baca quran.
Ramai pulak yang membantunya:
Jiran
Frontliner
Jiran katil sebelah
Dia sedar Allah beri dia ujian, Allah juga yang mendatangkan pertologan.
Hasilnya dia lebih tenang.
Yang terkesan dihati saya apabila dia kata jirannya offer untuk tlg belikan apa2 yang keluarga dia perlukan . Ini mengingatkan beliau terhadap saya kerana itu yang saya lakukan terhadap jiran saya apabila mereka sekeluarga bergelang pink.
Alhamdulilah selepas 3 hari dia semakin sihat dan akan discaj tidak lama kemudian.
Tentu setiap orang mengalami pengalaman semasa covid cuma ianya berbeza. Nasihat yang baik adalah " Belajarlah untuk berdamai dengan takdir" tentu hati akan tenang dan insyaallah jalan akan terbuka lebih luas. Ameen
No comments:
Post a Comment