12.8.2021 Saya dan akak bawa mak dapatkan suntikan dos ke 2 vaksin. Alhamdulilah semua urusan berjaln lancar. Mak pun happy dan bersemangat.
Selepas tu bawa mak ke rumah adik kedua bongsu. Mak happy jumpa cucu2nya.
Ada diantara ahli keluarga yang tidak setuju mak dapat vaksin kerana mereka takut mak alah. Tp mak sendiri yang kuat semangat untuk mendapatkan vaksin maka saya berani against them.
Semoga mak tidak alami sebarang alahan
Malam saya teman mak di rumah adik sbb mak tidak mahu tinggal dengan di rumah saya. Mak ada alasannya tersendiri. Saya memahaminya. Memandangkan adik sangat sibuk , maklumkan pakar sakit puan,nytime ada patients yang nak bersalin maka saya mengambil keputusan meneman mak malamnya. Takut juga jika mak alah dengan vaksin ni. Tetapi Mak memang menguji adik. Walaupun adik balik agak lewat malam tu sekitar 12 mlm dia masih nak adik mengurutnya. Alasan dia adik pandai urut berbanding saya. Rasanya siapa yang patut kecil hati dgn statement mak. Sayalah kan...tapi saya selalu fikir positif. Mak berhak memilih siapa yang dia nak kerana dia telah pun berkhidmat dengan anak2nya sejak kecil lagi. Kita tidak ada hak untuk berkecil hati dengan mak. Cuma kesian dengan adik, mak menguji lagi hebat. Dalam kepenatan dan lewat malam dia diminta mak untuk mengurut. Adik buat juga. Agak kerap mak buat perangai begini. Harap2 adik bersabar melayan mak kerana pahalanya besar dapat menggembirakan mak.
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya..Surah Al Ahqaf: 15
No comments:
Post a Comment