Assalamualaikum
Perlu sering mengingati mati agar kita berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan. Dan banyakkan mengumpul bekalan dengan berbuat kebaikan walaupun sebesar zarah. Berdoalah kepada Allah semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran terbaik. Ameen
Tiba-tiba rasa nak menulis tentang ini kerana saya merasa terkesan dengan pemergian bekas pelajar saya yang juga merupakan bekas staf dan rakan sekerja. Pastinya dia lebih muda dari saya. Beliau seorang yang bersemangat dan penuh perancangan tersendiri. Rupanya Allah mempunyai perancangan lain baginya.
Sempat saya berkomunikasi dengannya. Bertanya khabar dan memberi kata2 semangat padanya 2 hari sebelum dia pergi.
Komunikasi terakhir saya dengannya.
Dia telah pergi 23.08.2021 pada pukul 3pm. Sejak itu status whatupnya " last seen Mon 10.45pagi"
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.
إنا لله وإنا اليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, rahmatilah dia, lapangkan kuburnya, hapuskan segala azab kuburnya, masukkanlah dia ke dalam taman2 syurgaMu bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.
Aamiin..
No comments:
Post a Comment