Wednesday, August 25, 2021

Mati Itu Pasti

Assalamualaikum

Perlu sering mengingati mati agar kita berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan. Dan banyakkan mengumpul bekalan dengan berbuat kebaikan walaupun sebesar zarah. Berdoalah kepada Allah semoga pengakhiran kita adalah pengakhiran terbaik. Ameen

Tiba-tiba rasa nak menulis tentang ini kerana saya merasa terkesan dengan pemergian bekas pelajar saya yang juga merupakan bekas staf dan rakan sekerja. Pastinya dia lebih muda dari saya. Beliau seorang yang bersemangat dan penuh perancangan tersendiri. Rupanya Allah mempunyai perancangan lain baginya. 

Sempat saya berkomunikasi dengannya. Bertanya khabar dan memberi kata2 semangat padanya 2 hari sebelum dia pergi. 

Komunikasi terakhir saya dengannya.


Dia telah pergi 23.08.2021 pada pukul 3pm. Sejak itu status whatupnya " last seen Mon 10.45pagi"

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

إنا لله وإنا اليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها

Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, rahmatilah dia, lapangkan kuburnya, hapuskan segala azab kuburnya, masukkanlah dia ke dalam taman2 syurgaMu bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.
Aamiin..


Thursday, August 19, 2021

Dr Hidayah



Assalamualaikum

Screenshot dr instastory Hidayah. Rasa bersyukur sangat2 apabila anak-anak ada rasa empati dalam dirinya. Ya Allah periharalah anak-anak ku dan ilhamkan kepadanya untuk berbuat kebaikan dan terimalah amalan baik mereka. Ameen

BERBUAT BAIKLAH

Profession sebagai doktor ini paling menguji dalam masa yang sama adalah ladang pahala. Berbuat baiklah anak2ku kepada pesakitmu. Semoga ianya menambah pahala mu untuk ke syurga. Ameen

Tuesday, August 17, 2021

SiBulat

Asslamualaikum. 

Rindu sangat dengan si Bulat Hudzaifah. Semoga Hudzaifah menjadi anak yang soleh dan berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat. Peliharalah dan lindungilah dia Ya Allah. Ameen

Berpeluang memeluk dan menciumnya juga satu nikmat dari Allah. Alhamdulilah.

Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku dan zuriat keturunanku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman. Ameen Ya Rabb

Jadikan aku Sabar Ya Allah

Bukan Kita Hebat

Assalamualaikum

Sentiasa perlu ingat " Kita hambaNya yang lemah, bukan hebat mana.pum tetapi Allah yang memudahkan urusan kita". Sentiasalah bersyukur dan bersangkabaik  dengan Allah. In sya Allah hati.akan menjadi tenang dan jalan akan terbuka luas.

Monday, August 16, 2021

16.08.2021 Ammar Yusuf

Missing him 
 Rajin belajar ni . Padahal baru setahun lebih. Just like abang. Suka belajar

Semoga berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. 
Ya Allah berikanlah kami peluang berkumpul bersama.

Ya Allah selamatkan zuriat keturunanku dr pihak yang zalim. 

Ya Allah permudahkan urusan kami dan berilah kejayaan dan rezeki yang halal lagi barakah.

Ya Allah selamatkan Malaysia dari pemimpin kafir dan pemimpin yang zalim

Ya Allah pulihkan negara kami dr virus covid dan musibah yang lain

Ya Allah kesihanilah kami.
Matikan kami dalam husnul khotimah.

Ameen Ya Rabb

PERJALANAN PENUH MISTERI 15.08.2021

ASSALAMUALAIKUM

Rabbi Yassir Wala Tu Assir.



15.08.2021

Memulakan perjalanan dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Di bibir suami sentiasa membaca doa dan mengingatkaku untuk membaca doa.

La haulawala kuwata illa billah....
Tiada daya dan upaya bagiku hanya pertolongan Allah semata. Ameen

Dalam pukul 11 pagi kami memulakan perjalanan ke Gopeng, Perak. Esok kami akan membawa Tok Yah ( my FIL) mendapatkan suntikan vaksin dos ke 2 di PWTC. Jauhkan. Tinggal di Gopeng Vaksin di Kuala Lumpur. 

BIL daftarkan FIL under him as dependent. Sebab tu dia perlu divaksin di KL. 
Dos 1 done. Tiada alahan. Alhamdulilah. Kali ini BIL kena kurantin so kami perlu membantu bawa Tok Yah dapatkan suntikan ke 2 vaksin.

Alhamdulilah amat mudah urusan mendapatkan kelulusan rentas negeri. 

Kami merancang untuk singgah di Bangi melawat Nina, Najjmi dan Hudzaifah. Dah rindu sangat dgn Nina dan Hudzaifah. 

Kami berhenti di RnR Seremban membeli Burger King [ fav saya] dan Top up kad touchnGo. Tiba2 saya sedar signal high temperature lit up. 

Radiator fan jammed. Sebab tu enjin menjadi panas. Mekanik yang dicadangkan oleh  pekerja petronas tu sangat bagus. Dia diagnos, beli barang dan  baiki. Semuanya berlaku dengan cepat walaupun dalam hujan. Upah yang dikenakan juga bersesuaian dan suami memberi lebih sedikit sebagai tanda bersyukur.

Setelah siap, kami.meneruskan perjalanan ke Bangi. Tak sabar nak jumpa Ujaipah.

with My lovely cucu 

Sampai di rumah nina, saya terus membersihkan diri dan menukar pakaian. Risau dengan kesan virus covid ni. Ini usaha lindungi nina sekeluarga dariNya. 

Terubat rindu dapat jumpa Nina dan Ujaipah. Dah makin besar dan bijak. Gelak tawanya sungguh comel dan menghiburkan. Semoga Allah perihara dan lindungi mereka sekeluarga.

Kami meneruskan perjalanan dan sampai di rumah Tok Yah sekitar 8.30pm. 



16.08.2021
7.30am kami bertolak ke KL.

Rabbi Yassir Wala Tu Assir



Jauh Tok Yah merenung


Suami  berhenti di RnR Rawang untuk ke tandas. Tiba-tiba datang seorang lelaki menegur saya dan menunjukkan sesuatu pada tayar kereta kami.



Allahuakbar. Kami diuji lagi. Tayar pancit. Macamana ni. Appointment vaksin Tok Yah pukul 10 pagi. Sempat ke ni.

Tiba-tiba datang sesaorang yang sgt baik. 
" Biar saya tengokan" 

Lelaki ini bekerja di kedai tayar. Dia dalam perjalanan ke tempat kerja. Menurutnya,  jarang sangat  dia singgah disitu tp pagi ni panggilan alam memaksa beliau singgah. Rezeki kami...

PLUSRONDA pun lalu. Juga beri bantuan   mengepam tayar dengan lebih cepat.
Allahuakbar. 

Ujian diberi bantuan jua diberi. Alhamdulilah.


Dia diagnos. Tayar bocor bukan disebabkan paku tp nut. Dia mengajak kami ke kedai tempat dia bekerja untuk membaiki tayar tsbt.

Selesai baiki 10.00pg. Upah yang diminta sangat kecil tapi kami mengambil kesempatan untuk berkongsi rezeki dengannya. 

Kami meneruskan perjalanan ke PWTC. 

11.00 pagi Tok Yah selamat divaksin. Proses vaksin sangat teratur. Salute to KKM. 
Semua pihak memainkan peranan dan sangat membantu. Alhamdulilah.

" Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" 
Surah Ar Rahman



Selesai vaksin, kami menjangkakan Tok yah akan mengikut kami balik Melaka tp sangkaan kami meleset dia nak balik Gopeng juga . Kami turuti sahaja kemahuannya. Asalkan dia gembira. 


Rabbi Yassir Wala Tu Assir

Perjalanan ke Gopeng sangat selesa. Kesemua tayar telah diperiksa oleh mecanic tadi dan diisi angin sekali. Semoga Allah merahmati dia. Ameen


Sampai Gopeng kami ke kedai gambar. Print dan laminate digital cert Tok Yah.




Dia buat hal lagi. Fan aircond jammed pulak. Adoi.

Perjalanan kami diatur olehNya. Alhamdulilah kami memulakan perjalanan dengan mengingatiNya. Bacaan doa sentiasa di bibir suami. Saya juga begitu. 
Kami bersyukur Allah tidak membiarkan kami dalam kesusahan. Ujian yang diberikan bersama pertolongan. 

Sabda Rasulullah saw:

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di surga” (HR. Bukhari )


Nina order KFC dr jauh. Love u Na

Anak2 sangat risau dengan keadaan kami. Alhamdulilah allah memberi kami anak2 yang baik. 




Penatnya driver ini.




Menggembirakan ibubapa adalah suatu perkara yang dituntut. Itu yang ditunjukkan oleh suami sebagai contoh kepada anak-anaknya. Semoga anak-anak kami sentiasa mengingati kami, mendoakan kami dan menyayangi kami. Ameen




Friday, August 13, 2021

MAK SEDANG MENGUJI KITA

ASSALAMUALAIKUM

12.8.2021 Saya dan akak bawa mak dapatkan suntikan dos ke 2 vaksin. Alhamdulilah semua urusan berjaln lancar. Mak pun happy dan bersemangat.

Selepas tu bawa mak ke rumah adik kedua bongsu. Mak happy jumpa cucu2nya. 

Ada diantara ahli keluarga yang tidak setuju mak dapat vaksin kerana mereka takut mak alah. Tp mak sendiri yang kuat semangat untuk mendapatkan vaksin maka saya berani against them.

Semoga mak tidak alami sebarang alahan

Malam saya teman mak di rumah adik sbb mak tidak mahu tinggal dengan di rumah saya. Mak ada alasannya tersendiri. Saya memahaminya. Memandangkan adik sangat sibuk , maklumkan pakar sakit puan,nytime ada patients yang nak bersalin maka saya mengambil keputusan meneman mak malamnya. Takut juga jika mak alah dengan vaksin ni. Tetapi Mak memang menguji adik. Walaupun adik balik agak lewat malam tu sekitar 12 mlm dia masih nak adik mengurutnya. Alasan dia adik pandai urut berbanding saya. Rasanya siapa yang patut kecil hati dgn statement mak.   Sayalah kan...tapi saya selalu fikir positif. Mak berhak memilih siapa yang dia nak kerana dia telah pun berkhidmat dengan anak2nya sejak kecil lagi. Kita tidak ada hak untuk berkecil hati dengan mak. Cuma kesian dengan adik, mak menguji lagi hebat. Dalam kepenatan dan lewat malam dia diminta mak untuk  mengurut. Adik buat juga.  Agak kerap mak buat perangai begini. Harap2 adik bersabar melayan mak kerana pahalanya besar dapat menggembirakan mak. 

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya..Surah Al Ahqaf: 15

Monday, August 9, 2021

Duhai Anak

ASSALAMUALAIKUM

Menjadi ibubapa suatu pengalaman yang menakjubkan dan suatu rezeki. 

Walaupun penat , anak mesti diberi layanan dan kasih sayang. 

Ammar Yusuf memanjakan diri bila abinya balik dr oncall.  

Permudahkan urusan anakku Ya Allah. Semoga keluarga mereka sentiasa bahagia  dan dalam rahmat Allah. Ameen

Abang luqman direzekikan bertugas di Hopital Kuala Terengganu, kampong isterinya. Alhamdulilah keluarga mertuanya sangat mengambil berat dan menyayanginya. 

" Maka nikmat yang  mana kau dustakan" Ar Rahman..

Kematian yang menghidupkan.

Assalamualaikum

Smlm 9.8.2021 seorang artis tempatan meninggal dunia. Ramai yang terkesan dengan kematiannya termasuk saya. Walaupun tak pernah kenal rapat tetapi setiap kebaikan yang dilakukan semasa hayatnya disebarkan oleh ramai orang. Social media penuh dengan cerita tentangnya. Beruntungnya dia. Alhamdulialh

Segala kebaikan akan menjadi ikutan bagi lain. Pahala dia akan berterusan nampaknya kerana meninggalkan ilmu yang bermanafaat bagi manusia lain.

Semoga kita juga direzekikan dengan pengakhiran yang baik. Ameen

Sunday, August 8, 2021

Ya Allah.

Ramadhan 2021

Pengalaman melalui Ramadhan dalam tempoh PKP ni perlu kita simpan sebagai kenangan manis dalam pahit.
Mesaj anak2 yang jauh saya screenshot. Tentu mereka teringin berbuka bersama tp keadaan tidak mengizinkan. 

Sikembar dapat berpuasa bersama kami. 

Semoga Ramadhan 2022 suasana lebih baik. Kita dapat berkumpul sekeluarga lagi. Ameen



Mak dan Vaksin COVID19

ASSALAMUALAIKUM
Mak dah berumur 95 tahun tahun ni. Mak dapat tarikh untuk divaksin agak awal tp memandangkan anak dan cucu-cucu frontliner nya yang mengalami alahan setelah divaksin menyebabkan beliau takut untuk divaksin

Setelah ramai anak cucu yang lain tidak mengalami alahan selepas vaksin, beliau pun rasa semangat untuk menerima vaksin.

Alhamdulilah mak telah mendapat vaksin dos pertama pada 31.7.2021. Nurse yang menyuntik mak sangat lembut dan mesra menyebabkan mak merasa pengalaman suntikan yang bahagia. Dengan nada gembira mak memberitahu anak dan cucunya pengalaman tersebut. Saya sangat2 happy for her.

Lately mak tak berapa sihat. Suntikan vaksin dos ke dua dijadualkan khamis 12.08.2021. Saya merasa risau dengan keadaan mak walaupun dia masih bersemangat untuk mendapat suntikan tersebut
 
Ya Allah. Permudahkanlah  dan sihatkan mak. Ameen Ya Rabb

COVID . Apa hikmah?

ASSALAMUALAIKUM

Penangan CoVid ni sangat besar. Semua orang  terkesan. Bezanya ada yg tahap terkesan sesaorang.

Suka dengan kata-kata Ustaz Pahrol.  " Berdamailah dengan takdir" maka kita akan jadi positif dan tenang.

Abang saya didapati positif dan dikurantin di Pusat Kusta Sg Buloh. 

Kami sekeluarga agak pelik apabila dia disahkan positif kerana dia seorang yang sangat menjaga hygiene dan mematuhi SOP kesihatan ni. 

Pada peringkat awal dia sampai di pusat kuarantin, dia menyatakan ketidak puasan hati denga  suasana persekitaran, layanan, makanan dll.

Paling dia marah adalah perhimpunan politician baru2 ni menyebakan jumlah kes baru beratambah dan mungkin dia dijangkiti oleh mereka ni yg tidak bertanggungjawab.

Sehari kemudian dia berubah. Dia mula berdamai dengan takdir. Bangun awal supaya x beratur di bilik air. Banyak solat tahajud, duha dan lain. Baca quran. 
Ramai pulak yang membantunya:
Jiran
Frontliner
Jiran katil sebelah

Dia sedar Allah beri dia ujian, Allah juga yang mendatangkan pertologan. 

Hasilnya dia lebih tenang. 

Yang terkesan dihati saya apabila dia kata jirannya  offer untuk tlg belikan  apa2 yang keluarga dia perlukan . Ini mengingatkan beliau terhadap saya kerana itu yang saya lakukan  terhadap jiran saya apabila mereka sekeluarga bergelang pink.

Alhamdulilah selepas 3 hari dia semakin sihat dan akan discaj tidak lama kemudian.

Tentu setiap orang mengalami pengalaman semasa covid cuma ianya berbeza. Nasihat yang baik adalah " Belajarlah untuk berdamai dengan takdir" tentu hati akan tenang dan insyaallah jalan akan terbuka lebih luas. Ameen

Surah Al A'raf Ayat 56

Morning Views

ASSALAMUALAIKUM

PKP ni menjadikan aktiviti terbatas. Untuk jaga kesihatan dan hilangkan kebosanan , cycling amat baik. Alhamdulilah bersama my life partner berbasikal hingga ke tepi laut. 
Kami cycling merentas sawah padi. Jalan sawah yang kami lalui amat kecil. Sangat berbahaya bila berselisih dengan kereta.  Kesian suami tergolek me dalam sawah pada suatu ketika kerana cuba mengelak dr kereta yang datang. Alhamdulilah tiada kecederaan serius. 

Saturday, August 7, 2021

RINDU HUDZAIFAH NI

 



Rindu dengan Ujaipah . Ni video dia semalam07.08.2021

MENULIS...


 ASSALAMUALAIKUM


Rasa kagum dengan orang-orang muda yang boleh menulis dengan lancar. Rasa cemburu dengan kebolehan mereka

Saya pun nak menulis tetapi selalu rasa malas, tidak istiqamah, malas membaca, bertangguh.

Terasa nak juga meninggalkan sesuatu yang bermakna setelah pergi selamanya. Sesuatu yang memberi manfaat bagi orang lain....memberi motivasi dan dakwah kecil-kecilan...

Selalu  berdoa memohon Allah membuka jalan bagi ku menulis sesuatu yang baik dan bermakna tetapi belm juga nampak jalannya


Semasa menunaikan haji pada 2017 selalu saya berdoa di tempat mustajab...

Mungkin usaha saya

Tidak cukup

Tidak consisten

Doa dan amalan pun tidak seberapa

Ilmu menulis yang kurang


Setelah berfikir sejenak... sebenarnya mungkin saya tidak SERIUS mahu menulis maka usaha-usaha tidak dibuat untuk menjadikan saya menjadi penulis.



NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...