Monday, December 21, 2020
Wednesday, November 18, 2020
Thinking
JODOH ANAK2 1, 2 dan 3
Thursday, November 12, 2020
Sunday, November 8, 2020
HIDAYAH & ALIF NAZMI 01.11.2020
Menantu kami orang Selangor. PKPB di Selangor menyebabkan kami bertukar-tukar perancangan lokasi tempat dan jumlah jemputan.
Akhirnya hanya majlis yang ringkas dijalankan . Walaupun ringkas , semua berjalan lancar dan gembira. Hanya sebilangan kecil sahaja ahli keluarga kedua-dua pihak yang dapat hadir tetapi kami bersyukur kerana matlamat utama menyatukan anak-anak dapat dilaksanakan. Alhamdulilah
Majlis Hidayah dan Alif ini lebih besar berbanding Majlis Nina dan Najjmi.
Kegembiraan terpancar di wajah kedua-duanya.
"Baraka Allahu Lakuma wa
Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair."
Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan.
Ameen Ya Rabb
Tuesday, September 22, 2020
ACIK DAFTAR UNIKL MSI 13.09.2020
Bye Acik.
ASSALAMUALAIKUM
Akhirnya acik memilih untuk menyambung pelajarannya di sini dalam program Bachelor of Eng Technology in Mechanical(Automotive) . Kami bertolak pada hari Sabtu 12.09.2020 dan bermalam di Hotel Seri Malaysia, Kulim, Kedah. Jarak hotel ke MSI hanya 10 minit.
Perjalanan selama 7 jam amat memenatkan dan menyebabkan acik terfikir, adakah dia telah membuat pilihan yang betul. Jika dia memilih MFI , perjalanan memakan masa 2jam sahaja berbanding dengan MSI. Saya biarkan sahaja acik yang dalam dilema.
Semoga Acik urusan acik dipermudahkan dan acik berjaya , bahagia di dunia dan akhirat. Ameen
- Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.
- Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
- Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.
ACIK VISIT TOK YAH 19.09.2020
ASSALAMUALAIKUM
Tiba-tiba rasa Acik dah dewasa. Acik drive sorang dr UniKL MSi, Kulim, Kedah ke Gopeng , Perak melawat Tok Yahh. Tok Yah gembira sangat.
Tok Yah : Abah dapat tido yang sangat lena dan puas , bila ada Syukri
Sedih lah pulak bila tok Yah berkata begitu. . Alhamdulilah . Terimakasih Allah atas kurniaan anak-anak yang baik dan penyayang. Bersyukur teramat sangat kerana acik membahagiakan tok yah walaupun hanya seketika. Acik Teman Tok Yah dua hari, makan dan tido dan bersembang.
Ahad acik balik semula ke Kulim.
Ya Allah bantulah dia
Ya Allah Permudahkan urusannya
Ya Allah berikan dia kejayaan dan kebahagian di dunia dan akhirat
Tuesday, August 18, 2020
SOLAT DHUHA
Solat Dhuha banyak kelebihannya. Jom amalkan . Semoga Allah menerima ibadah kita. Ameen
Antara kelebihan Solat Dhuha:
1.
Dicukupkan Rezeki.
Allah
S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk
solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam,
janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan
solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di
akhir harimu.”
(Hadis
Riwayat Abu Dawud)
2.
Rumah Di Syurga.
Rasulullah
S.A.W memberi motivasi kepada orang yang rajin memperuntukkan sedikit waktu
paginya untuk Solat Dhuha dengan sabda baginda, “Barangsiapa yang solat dhuha
sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan
sebuah rumah di syurga.”
(Sahih
al-Jami’: 634)
3.
Nilai Seperti Bersedekah.
Sesungguhnya
di dalam badan kita ini terdapat 360 sendi pinjaman Allah. Sendi inilah yang
membolehkan kita bekerja dan menjalani kehidupan. Maka sendi-sendi ini ada
hak-haknya yang perlu kita langsaikan.
Dari
Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Di setiap pagi ada kewajipan
sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah
sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap
takbir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat
memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha”
(
Hadis Riwayat Muslim )
4.
Diampunkan Dosa Terdahulu.
Sesungguhnya
Allah amat rindu pada hambanya yang ingin menyucikan dosa. Sebanyak mana dosa
yang kita lakukan, pintu keampunan Allah tidak pernah tertutup. Solat Dhuha
adalah antara pintu ampunan yang disediakan oleh Allah. Rasulullah S.A.W
berkongsi kelebihan solat Dhuha yang kita lakukan di dalam sabdanya :
“Barangsiapa
yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala
dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Hadis
Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Kelebihan seterusnya, sila
Rujuk:
https://mvm.org.my/solat-dhuha-rebut-6-kelebihan-yang-dijanjikan/10203
Wednesday, August 12, 2020
FLOW NIKAH
ASSALAMUALAIKUM
Bukan senang nak jalankan tanggungjawab mengahwinkan anak.
Pengalaman pertama , majlis anak lelaki. Kami hanya uruskan resepsi. Ini pun dah rasa nervous sgt. Alhamdulilah.
Pengalaman kedua, Majlis Nikah anak perempuan semasa PKPP. Majlis ringkas tapi masih nervous. Nikah di Pejabat Agama Jasin dan jamuan ringkas di rumah. Alhamdulilah
Akan datang ni, 1 Nov 2020 juga pengalaman baru . Majlis ke 3 , dimana nikah dan resepi bagi 2 pasang pengantin.
Bila kita rasa macam dah mahir, rupanya Allah bagi kita pengalaman yang lain. Sesungguhnya Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Semoga Allah memudahkan urusan pernikahan Hidayah& Alif dan Resepi Hidayah& Alif dan Nina & Najjmi.
Rugilah segala informasi yang kita cari jika tidak di kongsi. So saya share Info Flow Nikah yang saya dah edit untuk kegunaan kami nanti supaya bermanafaat bagi yang memerlukan.
Flow Proses Majlis Nikah
1. Bacaan
Doa
2. Jurunikah
bagi khutbah ringkas pasal tanggungjawab suami isteri, niat berkahwin dan
hukum-hukum. Pengantin lelaki kena sebutkan rukun nikah [ sesetengah tempat kadi/jurunikah akan bertanya]
3. Pengantin
Lelaki dan wali mengucap dua kalimah syahadah
4. Percubaan
untuk akad nikah. Abah dan Alif.
5. Akad
nikah berlangsung.
6. Bacaan
doa selepas akad nikah
7. Pengantin
Lelaki tanda tangan dokumen-dokumen yang perlu.
8. Pengantin
Lelaki bacakan taklik.
9. Pengantin
Lelaki buat solat lepas nikah
10. Pengantin
Lelaki sarung cincin dan bagi mas kahwin. Cth
Mas kahwin seutas rantai tangan.
11. Salam
Pengantin Lelaki. Kemudian Pengantin lelaki melaksanakan sunnah Rasulullah
s.a.w. iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini
yang maksudnya :
“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”.
[Abu Daud, Ibn Majah- Hadis sahih-]
12. Bersalaman
dengan ibu bapa kedua pihak .
13. Bergambar
Monday, July 6, 2020
FAMILY REUNION 3-5 JULAI 2020
Alhamdulilah.
Percutian keluarga kali ini dapat dibuat di Adena Beach Resort, Kuantan,
Pahang. Macam anak-anak balik kampung. Semua anak-anak lahir di sini ketika kami bekerja di POLISAS.
Alhamdulilah. Direzekikan semua anak-anak diberi kelapangan dan dapat berkumpul termasuk cucu Ammar Yusuf dan kedua menantu
Adda dan Najjmi.
Agak kesian dengan sikembar kerana tidak dapat menikmati percutian ini sepenuhnya kerana sibuk dengan kelas dan assessment online.
Kembar kata kena percutian akan datang mesti plan masa mereka betul-betul cuti.
Abang dan Dayah dapat cuti sebab dah tamat posting ke 3 dan akan mula posting ke 4. Dayah akan masuk Dept Peads sementara abang akan masuk dept Ortho. Adda di Dept Surgery. Dapat bersama begini satu nikmat.
Semoga Allah rezekikan kami lagi dapat berkumpul bersama-sama dengan gembira. Ameen.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang ingin agar rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan,
maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim." (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Monday, June 29, 2020
MATI ITU PASTI
Mati itu pasti....
Mati tidak mengenal
usia...
Mati bukan bagi yang
tua....
Masanya kan tiba
tanpa kita ketahui..
Bersedialah...
Sediakan bekalan
sebanyak mungkin...
Sediakan bekalan
selagi mampu...
Berkorbanlah...
Berkorban harta mu ke jalan Allah.
Berkorban waktu
tidormu untuk Tahajud kepadaNya...
Berkorban masa
untuk ibadah....
Berkorban kegembiraan
dunia untuk akhirat...
Semoga Jannah
balasannya. Ameen
alhamdulilah .Teruskan perjalanan |
Sunday, June 28, 2020
BERSARA - MENCARI MAKNA
Beberapa dekad bekerja menjadikan fokus utama adalah pekerjaan dan kebajikan keluarga.
Setelah bersara anda perlu menetapkan tujuan dan matlamat baru. Membayangkan bagaimana anda akan menghabiskan masa persaraan dengan lebih memberikan makna pada keadaan semasa dan di alam yg kekal nanti.
Merasa beruntung dan bersyukur jika bersara , kita masih punya teman hidup yg boleh bersama- sama memberi makna kpd penghujung kehidupan kita.
Aku sedang mencari makna...
Rabbi Yassir Wala Tu Assir
Saturday, June 27, 2020
BERSEDEKAHLAH
Antara pusat tahfiz dan kebajikan :
1. Yayasan Al - Amin MBB: 5622 7260 3690
2. Pertubuhan kasih Umat malaysia -Ebit Liew . CIMB: 8603546376
3. Maahad Tahfiz Al Bahiyah. MBB: 5520 2262 1355
4. Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Sabah . Bank Islam : 1005 2010 1183 08
5. Tahfiz Darul Rahman. MBB : 5630 4631 8953
Thursday, June 25, 2020
REUNION PLAN JULAI 2020
Nina & Syed Najjmi 12.06.2020
"Baraka Allahu Lakuma wa
Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair."
Mudah²an
ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,
dan
Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
dan
Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan
Sunday, May 17, 2020
URUSAN PERNIKAHAN NINA - PKPB
Assalamualaikum
Musim PKPB ni tidak
dibenarkan merentas negeri menyebabkan Nina tidak boleh menguruskan pernikahannya.
Alhamdulilah Najjmi telah dapat kebenaran bernikah dr JAIS.
Hari ni kami
menguruskan permohonan pernikahan Nina dan Najjmi.
Mula2 ke rumah Imam
untuk mendapatkan tandatangan dan maklumat . Alhamdulilah selesai dengan cepat.
Kemudian ke Pejabat
Agama Jasin. Seorang sahaja dibenarkan masuk. Selesai urusan.
06.05.2020 : Selepas
3 hari, kami ke Pejabat Agama lagi. Alhamdulilah kebenaran nikah telah
diluluskan dan lokasi nikah masjid di sebelah rumah. Tarikh nikah dimohon
06.06.2020
Semasa berurusan tadi
ada 3 pasangan yang bernikah di situ. Kesian pulak jika Nina pun ken nikah di
situ. Hanya1 wali, 1 wakil pengantin lelaki dan 1 wakil pengantin perempuan
sahaja dibenarkan. Jurugambar tidak dibenarlan
Diumumkan pulak PKPB
bersambung hingga 9 Jun 2020. Allahu....
Harap2 Nina dapat
meneruskan pernikahan di Masjid.
Bersama Nina di San Francisco. |
Ramadhan 2020
Friday, May 1, 2020
Monday, April 27, 2020
NZ
Assalamualaikum Tulis sini.... Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya. TIdak ikut mana2 pakej Meloncat happy. Tp n...