Sunday, May 17, 2020

URUSAN PERNIKAHAN NINA - PKPB

Assalamualaikum

Musim PKPB ni tidak dibenarkan merentas negeri menyebabkan Nina tidak boleh menguruskan pernikahannya. Alhamdulilah Najjmi telah dapat kebenaran bernikah dr JAIS.

 

Hari ni kami menguruskan permohonan pernikahan Nina dan Najjmi.

 

Mula2 ke rumah Imam untuk mendapatkan tandatangan dan maklumat . Alhamdulilah selesai dengan cepat.

 

Kemudian ke Pejabat Agama Jasin. Seorang sahaja dibenarkan masuk. Selesai urusan.

 

06.05.2020 : Selepas 3 hari, kami ke Pejabat Agama lagi. Alhamdulilah kebenaran nikah telah diluluskan dan lokasi nikah masjid di sebelah rumah. Tarikh nikah dimohon 06.06.2020

 

Semasa berurusan tadi ada 3 pasangan yang bernikah di situ. Kesian pulak jika Nina pun ken nikah di situ. Hanya1 wali, 1 wakil pengantin lelaki dan 1 wakil pengantin perempuan sahaja dibenarkan. Jurugambar tidak dibenarlan

 

Diumumkan pulak PKPB bersambung hingga 9 Jun 2020.  Allahu....

Harap2 Nina dapat meneruskan pernikahan di Masjid.


Bersama Nina di San Francisco.

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...