Alhamdulilah.
Percutian keluarga kali ini dapat dibuat di Adena Beach Resort, Kuantan,
Pahang. Macam anak-anak balik kampung. Semua anak-anak lahir di sini ketika kami bekerja di POLISAS.
Alhamdulilah. Direzekikan semua anak-anak diberi kelapangan dan dapat berkumpul termasuk cucu Ammar Yusuf dan kedua menantu
Adda dan Najjmi.
Agak kesian dengan sikembar kerana tidak dapat menikmati percutian ini sepenuhnya kerana sibuk dengan kelas dan assessment online.
Kembar kata kena percutian akan datang mesti plan masa mereka betul-betul cuti.
Abang dan Dayah dapat cuti sebab dah tamat posting ke 3 dan akan mula posting ke 4. Dayah akan masuk Dept Peads sementara abang akan masuk dept Ortho. Adda di Dept Surgery. Dapat bersama begini satu nikmat.
Semoga Allah rezekikan kami lagi dapat berkumpul bersama-sama dengan gembira. Ameen.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang ingin agar rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan,
maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim." (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
No comments:
Post a Comment