Sunday, November 8, 2020

HIDAYAH & ALIF NAZMI 01.11.2020


AHAD, 01.11.2020 [ 15 RABIUL AWAL,1442H]

Alhamdulilah, Dayah dan Alif selamat bernikah dan bersanding pada 01.11.2020 di kediaman kami sahaja. Majlis yang dirancang pada awalnya di Dewan PMM kemudian bertukar tempat di Dewan Japerun Serkam, akhirnya berlansung di kediaman kami.

Menantu kami orang Selangor. PKPB di Selangor menyebabkan kami bertukar-tukar perancangan lokasi tempat dan jumlah jemputan. 

Akhirnya hanya majlis yang ringkas dijalankan . Walaupun ringkas , semua berjalan lancar dan gembira. Hanya sebilangan kecil sahaja ahli keluarga kedua-dua pihak yang dapat hadir tetapi kami bersyukur kerana matlamat utama menyatukan anak-anak dapat dilaksanakan. Alhamdulilah

Majlis Hidayah dan Alif ini lebih besar berbanding Majlis Nina dan Najjmi. 

Kegembiraan terpancar di wajah kedua-duanya. 









 "Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair."

 Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan.

Ameen Ya Rabb


No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...