Solat Dhuha banyak kelebihannya. Jom amalkan . Semoga Allah menerima ibadah kita. Ameen
Antara kelebihan Solat Dhuha:
1.
Dicukupkan Rezeki.
Allah
S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk
solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam,
janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan
solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di
akhir harimu.”
(Hadis
Riwayat Abu Dawud)
2.
Rumah Di Syurga.
Rasulullah
S.A.W memberi motivasi kepada orang yang rajin memperuntukkan sedikit waktu
paginya untuk Solat Dhuha dengan sabda baginda, “Barangsiapa yang solat dhuha
sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan
sebuah rumah di syurga.”
(Sahih
al-Jami’: 634)
3.
Nilai Seperti Bersedekah.
Sesungguhnya
di dalam badan kita ini terdapat 360 sendi pinjaman Allah. Sendi inilah yang
membolehkan kita bekerja dan menjalani kehidupan. Maka sendi-sendi ini ada
hak-haknya yang perlu kita langsaikan.
Dari
Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Di setiap pagi ada kewajipan
sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah
sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap
takbir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat
memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha”
(
Hadis Riwayat Muslim )
4.
Diampunkan Dosa Terdahulu.
Sesungguhnya
Allah amat rindu pada hambanya yang ingin menyucikan dosa. Sebanyak mana dosa
yang kita lakukan, pintu keampunan Allah tidak pernah tertutup. Solat Dhuha
adalah antara pintu ampunan yang disediakan oleh Allah. Rasulullah S.A.W
berkongsi kelebihan solat Dhuha yang kita lakukan di dalam sabdanya :
“Barangsiapa
yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala
dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Hadis
Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Kelebihan seterusnya, sila
Rujuk:
https://mvm.org.my/solat-dhuha-rebut-6-kelebihan-yang-dijanjikan/10203
No comments:
Post a Comment