Sunday, April 8, 2012

Suatu Catatan Sempena Hari Lahir

Hari ini adalah hari lahirku. Alhamdulilah ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana menganugerahkan aku kesihatan yang baik, kehidupan yang selesa , keluarga yang bahagia. Semuga ianya kan berterusan hingga aku dipanggil kembali.

Sayu juga  rasa hati bila mengenangkan usia semakin menginjak senja, adakah bekalan telah mencukupi. Ya Allah bantulah aku mengingatiMU.

Suami dan anak-anak meraikan hari lahir ku sebagaimana aku lakukan setiap kali hari lahir mereka. Abang dan Nina di asrama. Sedih juga bila dah sampai petang, tiada panggilan atau SMS dari abang Luqman . Ah............penting ke ucapan tu.. Yang penting, dia tidak melupakan aku dalam doanya selepas solat  setiap hari..


Hadiah dari Syukri Hanif

Wah....... rasa tak percaya bila membuka beg plastik yang dihulurkan oleh  syukri "Ini hadiah untuk Ummi dari achik".  Cantiknya hadiah yang achik bagi..... bagus juga citarasa acik. Bertuah siapa yang jadi isteri achik suatu hari nanti kerana achik pandai menghargai wanita.

Hadiah dari Nur Faraha (aha)
 Minyak wangi Gucci dan Teddy bear yang cute dari Aha. Smell goooooood. pandai Aha pilih minyak wangi ini, sesuai dengan orang yang berumur macam Ummi.

Hadiah dari Nur Farhana (Anna)
 Selendang warna hijau adalah hadiah dari ana . Islamic sikit Anna ni.. Cantik sangat.......

Hadiah dari Hidayah .



Cincin berbentuk 'love'yang sangat cantik dan simboliknya nak abah yang sarungkan ke jari ummi. Tentu mahal harganya.

Card yang cute dari Nina

ucapan dari Nina. We miss you very much on this occasion.

Walaupun nina kat asrama tapi sempat lagi dia beli hadiah small note book beserta kad ucapan yang cute dan dia minta Hidayah berikan pada hari ini.

Bersyukur tak terhingga dan rasa gembira teramat sangat melihat  telatah anak-anak dan suami yang sporting. Semoga anak-anak saya akan terus saling sayang-menyayangi, menghargai dan dihargai. Alhamdulilah ku panjatkan syukur sekali lagi kepada Alllah di atas kurniaanNYa yang tidak terhingga ini. Lindungilah anak-anak ku yang baik ini dan bantulah mereka mengingatiMU .

Nikmat Allah  mana yang kamu dustakan


Firman Allah S.W.T: 


"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." 
(Surah an-Nahl, ayat 18)




No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...