Sunday, April 15, 2012

Sajak Pertama Aha : Nikmat



Ini sajak my lovely Aha, 11 tahun; Saya terjumpa sajak ini semasa mengemas bilik. So proud Aha boleh menulis sajak jadi saya paparkan di sini untuk kenangan tanpa pengetahuannya. Pls Nina jangan bocorkan rahsia. Aha pasti marah kalau dia tahu ummi share with the wholw world.

NIKMAT

Tidaklah aku mengirim bunga,
kerana takut ianya layu

Tidaklah aku mengirim coklat,
kerana takut ianya cair,

Tidaklah aku mengirim senyuman,
kerana takut tidak dipandang.

Tidaklah aku mengirim rindu,
kerana takut tidak dibalas

Jadi,
Ku kirimkan doa agar dirimu sentiasa dirahmati oleh Allah/Tuhan,
Dan ingatlah, bahawa doa itu lebih baik dari yang lain.


Nur Faraha Abdul hadi
Merlimau Melaka.
15 April 2012


No comments:

Post a Comment

18.11.2025 Acik Making History

Assalamualaikum Lama tidak menulis. Hari ni acik membuat satu keputusan yang besar. Kami berdua turut sama memberi sokongan. Sep...