Tuesday, April 3, 2012

My Mom

Mak dan Cicitnya Affan

Mak dah berumur 86 tahun , Alhamdulilah sihat, boleh menguruskan diri sendiri dan kadang-kadang  lebih bertenaga dari kami. Mak tak boleh duduk sahaja tanpa membuat apa2. Kadang-kadang rasa risau bila tengok mak membersihkan halaman kami, menyiram pokok2 dan membuat kerja-kerja kami. 


Mak sangat rajin, dari muda sampai sekarang. Tanpa mak dan izin Allah  mungkin kami semua tidak dapat belajar setinggi ini dan hidup selesa. Alhamdulilah bersyukur kepada Allah dan terimakasih mak.



Mak dan cucunya Nina
Rumah kami dekat dengan sawah padi buat mak selalu teringat masa lalu. Pagi mak menoreh getah dan petang , mak akan ke sawah. Walaupun dah 86 tahun , mak tak penyakit serius seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Anak-anak mak pun dah menginjak usia dan ada diantaranya yang mengidap penyakit2 itu.

Mak kata mungkin faktor pemakanan. Mak selalu makan ulam2an dan sayur yang ditanam sendiri kat tanah sekangkang kera di belakang rumah.
Mak  sangat sensitif orangnya. Jika terasa hati je, pasti merajuk dan pergi ke rumah anak yang lain. Pada usia begini, kami perlu hati-hati dari segi perkataan dan perbuatan.

Sekarang dah sebulan di rumah saya, Alhamduliah anak-anak melayan nya dengan baik. Apabila nenek menyuruh apa2 je, cepat mereka buat demi menjaga hati nenek.


Nenek 85th birthday with twin and acik.

Ini hari jadi mak yang ke 85  pada 2011. Hanya Twin Aha Anna sahaja yang ingat tarikh lahir mak. Mak sendiri pun tak ingat. Menurut mak tarikh lahir dalam IC dia tu , tak betul. tapi tarikh tulah yang kembar ingat dan selalu raikan. Kalau mak tak ada di rumah kami, twin akan telefon dan nyanyikan lagu 'Happy Birthday" to nenek.

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...