Wednesday, March 6, 2024

Mak Ramadhan coming


Assalamualaikum

Nampak Dayah post pic ni kat Insta dia. Semua anak-anak juga rindu dengan mak. Dayah memang expressive so kita tahulah perasaaan dia.

Semoga Allah tempatkan roh mak bersama org2 beriman. 

13 Ramadhan ni genap 1 tahun mak meninggalkan kami. Terasa baru lagi mak pergi. 

Allahummaghfirlaha warhamha wa'aafihi wa'fu'anha .

 Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah ia, sejahterakan ia & ampunilah dosa dan kesalahanya.

Aamiin Ya Rabb




Mak dan Hidayah di rumahnya, Beria-ia mak nak pergi . Alhamdulilah  sampai niatnya





Mak dan Sofia


 

Sunday, February 25, 2024

2 weeks TErenggaNu Feb2024

Assalamualaikum.

Writting using my cheep hp otw back home. Jgn buang masa. 

Isnin 12.2.24
Sampai rumah abang@Luqman di Terengganu lepas maghrib

Everyday Activity
Pagi: Hantar Aisya ke Taska.
 Abng atau Adda akan hantar Ammar Ke Taska.
Free and easy activity. 
Kami g bfast, g jln di pantai Batu Buruk, Pantai Ketapang
Pantai Batu Buruk

Pantai Ketapang

Pantai Kuala Ibai
 
Pantai Kuala Ibai
Pantai Kuala Ibai sahaja yang boleh mandi. Pantai lain semuanya curam dan berbahaya.

Lunch and Dinner: kadang2 beli, kadang2 masak.

Aisya always sporting. Alhamdulilah


Ammar bijak but demanding



Kami Bfast dgn Aiysa budak baik.



Aisya sangat baik and sporting. Dinner at Benteng.



Abah exercise naik bukit di Batu Besar while ummi walking at the park.

Ptg: Ambil Aisya dan Ammar
Tok Abah n Aisya Comel

Tuesday, January 16, 2024

Once Upon A Time

Assalamualaikum.
Pagi ni En Google remind this pic.

Aduhai teringat kisah ini pada tahun 2004 rasanya. Abang terpilih mewakili sekolah dalam Pertandingan Doktor Muda ni. Kami tumpang gembira dan berdoa yg baik2 utk dia dan sekolah. Tp kami tidak push him. 

Masa dia berlatih di rumah saya yang selalu menjadi penonton. Tengok skrip yg cikgu buat ...hm boleh tahan juga nak menghafalnya.

Sedang dia berlatih..
Abang : Umi ayat2 yg cikgu sediakan ni tinggi sangatlah. Boleh tak abang guna ayat abang sendiri.

Ummi: Boleh bang. Itu lebih baik.

Dia pun rasa gembira sgt sbb saya menyokong pendapatnya.

Sampailah masa pertandingan peringkat Negeri Melaka. Saya pun rasa berdebar....Dah lewat petang tapi masih belum dapat maklumat lagi keputusan abang dr gurunya. Rasa  tak sabar menunggu keputusan tsbt tapi tak mahu menganggu guru pengiringnya.

Lewat petang saya call guru  pengiring tersebut Cikgu Sabariah. Menjerit cikgu excited bagitahu abang berjaya menjadi Johan pertandingan ini. 

Cikgu Sabariah: Alhamdulilah. Tadi saya dah fikir tak ada harapan sebab Luqman kata dia tak nak ikut skrip yang Cikgu Ayu. Dia nak guna ayat dia sendiri. Nampaknya dia lebih confident dengan ayat sendiri. Tambahan lagi soalan prompt tu dia dapat jawab dgn baik. 

Alhamdulilah.

Next pertandingan peringkat kebangsaan di adakan di Kota Bharu Kelantan dan abang juga mendapat Johan.

Dia memang berminat nak.menjadi doktor. Now dia Dr Luqman di Hospital Kuala Terengganu. Semoga dipermudahkan urusan abang dan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan sempurna. Aamiin Ya Rabb
 

Tuesday, January 2, 2024

3.1.24 Pendirian atau Perasaan

Assalamualaikum

Pagi ini kami ke KL lagi menjenguk kerja2 repair rumah MIL yang dah jadi milik suami. Kos repair mmg tinggi tapi jika x repair , tak boleh duduk pulak. Harapnya ada anak2 yang akan menghuni rumah ni nanti. Acik akan habis belajar Jan 2024, Aha dan Anna akan intern around August this year. Mayb ini aturan Allah Yang Maha Mengetahui. Allah permudahkanlah urusan anak2ku. Aamin

Selesai solat dhuha kami memulakan perjalanan. Eh..jalan ke perumahan Parkland Botani dah buka. Apalagi ambil peluang ke Tol Jasin dgn cepat. Perumahan cantik dan teratur. Wow cepat betul sampai ke Tol Jasin.
 Alhamdulilah.

Singgah RnR Ayer Keroh nak beli jajan. Tiba2 

Stranger : Assalamualaikum Cikgu. Boleh bantu saya?

Dalam hati saya alamal scammer ke ni.

Stranger: Saya pelajar Jurusan Pemasaran dari AUFA. Saya buat FYP menjual perfume. Utk lelaki dan perempuan. Bla ........la.....
Harga RM20 sebotol. ( selalu anak2 beli RM10 je sebotol kecik ni. Sbb saya kurang suka perfume)

Saya: Oklah. Bagi 1. 

Scammer ke bukan saya tak tahu. Walaupun tahu harga perfume tu tak sebegitu sepatutnya juga x kisah. Ini adalah kerana perasaan kesian mengatasi pengetahuan. Ramai yang macam saya. Tak apalah . Kita serahkan kepada Allah segalanya.

Sebelum beredar sempat saya tanya dia.

Saya: Macam mana awak tahu saya cikgu

Stranger: Kami disuruh panggil semua org begitu..

Ha ha... cikgu mmg selalu perasan mereka akan dihormati selalu. 

Terfikir pulak...Sapa Suruh dia...Hmmm

RM20 sebotol. Dior u..

Bila cerita dgn suami. Relaks je dia jawap , i dah terkena. 😄

Suami pulak dia bergegas ke Dunkin' nak beli sandwich kegemaran saya. Tiba2 dia call. 

Suami : Mi boleh ke beli Dunkin'. Masuk tak dia dalam list kena boikot.

Saya: Tak tahulah. Jab ummi call dayah. She knows.

Kita bukan selalu beli. Jadi x sure patut boikot ke tak. 

Saya: x leh Bah..

Kita mencuba sedaya yang kita mampu. Menahan nafsu makan sandwich tak lah seteruk mereka menahan seksaan yang tidak berperi kemanusiaan tu. Semoga Allah membuka jalan dan melindungi semua umat Islam. Aamiin

Jajan ni pun ok. Halalan Toiyiban

Friday, December 29, 2023

PELUANG BERADA DI RAUDHAH...

Assalamaualaikum

Hari ni 30.12.2023, 3.15pm waktu Malaysia, adik call saya dari Madinah. Dalam Raudhah.

Allahuakhbar. Alhamdulilah. Saya pun kelam kabut berdoa. Sebuat sahaja apa yg terlintas di hati saya. 
Alhamdulilah doa untuk mak dan ayah pun dapat saya panjatkan. Doa untuk Adam juga sempat saya nyatakan. Doa untk suami dan anak2 juga.

Semoga Allah menerimaNya. Tak tahu bila lagi saya dijemput Allah kesana menjadi tetamuNya. Tp doa sentiasa. 

Semoga Adik dan suaminya sihat dan dapat mengerjakan ibdah sebanyak mungkin dan diterima Allah. Amiin


Sunday, December 24, 2023

Rindu Mak...

 

Assalamualaikum

Pagi ini rajin sikit so mengemas file dalam komputer. Terjumpa catatan lama saya semasa PKP yang saya namakan mencari IBrah PKP tapi coretan tersebut tidak habis. Hanya ada catatan perbualan saya dan mak. Semasa membaca tulisan tu terbayang semula situasi tersebut. Pada awal tempoh PKP, mak tinggal bersama kami disebabkan adik berkerja sebagai doktor maka mak berisiko untuk tinggal bersamanya. Tidak lama kemudian saya pula terkena jangkitan COVID maka mak perlu diselamatkan memandangkan dia berisiko tinggi. Dia bersetuju untuk tinggal sementara di rumah abng sulong kami.

Saya salinan semula disini catatan tersebut.


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN  1 [ sehingga 31 Mac 2020]

Mak dengar nasihat kali ni. Dia  bersetuju untuk tinggal bersama Bang Long di Lagong, Selayang sepanjang tempoh PKP ini. Jauh sikit dari orang ramai. Tapi macam biasa dia akan mengeluarkan arahan dari masa ke semasa kepada anak-anaknya. Mak akan call saya dari masa ke semasa. 

 

Mak:

Andak, jangan pergi mana-mana. Bahaya . Jika perlu keluar pakai topeng muka dan basuh tangan dengan sabun

 

Saya:

Ye mak.

 

Jawab saya supaya dia senang hati

 

Mak:

Andak, Nina pun dapat cuti kan?

 

Saya:

Dia tak dapat cuti mak.

 

Mak:

Eh, mana boleh. Kerajaan dah perintah cuti semua orang.

 

Saya:

Ada bidang pekerjaan yang dibolehkan kerja mak. Doktor, bank dan lain-lain.

 

Nina anak ke tiga saya bekerja sebagai Programmer di sebuah bank. Dia diarahkan bekerja seperti biasa.

 

Mak:

Ala kesian Nina. Macamana dia nak makan nanti.

 

Mak memang rapat dengan Nina. Risau dia memikirkan keadaan Nina yang akan berseorangan menghadapi gejala  ini

 

 

 


 

Mak:

Andak, cepat beli beras, telor dan lain-lain barang dapor. Abang long kata banyak barang-barang dah habis kat kedai

 

Saya:

Ok mak.


Mak:

Andak, Bang long kau beritahu mak, dah ada yang meninggal akibat penyakit di Hospital Muar.

 

Saya:

Ye ke mak. Saya pun tak tahu.

 

Mak:

 

Ye betul. Dah keluar berita dah.

Mak saya nampaknya sentiasa mengikuti perkembangan ini.

 

Mak:

Andak, semua baju yang Dayah pakai mesti rendam dengan air panas dan jangan campor dengan baju orang-orang lain semasa mencucinya .

 

Hidayah anak kedua saya merupakan seorang doktor di Hospital Muar.

 

Mak:

Buat macam Kak Idah kau buat baju-baju Uni dan suami dia begitu.

 

Uni @ Husniah adalah anak saudaraku yang bertugas sebagai Doktor di Hospital Selayang. Begitu juga dengan suaminya.

 

Saya:

Ok Mak. 


Pada mak selagi kita adalah anak dia, kita tak makan usia, masih  lagi perlu dinasihatkan seperti remaja. Sayangnya mak kepada saya dan anak2 saya. Alhamdulilah.

Kita yang tak pandai bersyukur kadang2 akan merasakan kita telah berumur dan pandai menjaga diri dan keluarga.

Sekarang mak dah tiada....terasa rindu semuanya, ketawa dia, bebelan dia dan semuanya. Semoga Allah menempatkan mak bersama orang2 beriman dan menjadikan Alam Barzakh tempat rehatnya. Aamin Ya RABB



Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...