Sunday, December 24, 2023

Rindu Mak...

 

Assalamualaikum

Pagi ini rajin sikit so mengemas file dalam komputer. Terjumpa catatan lama saya semasa PKP yang saya namakan mencari IBrah PKP tapi coretan tersebut tidak habis. Hanya ada catatan perbualan saya dan mak. Semasa membaca tulisan tu terbayang semula situasi tersebut. Pada awal tempoh PKP, mak tinggal bersama kami disebabkan adik berkerja sebagai doktor maka mak berisiko untuk tinggal bersamanya. Tidak lama kemudian saya pula terkena jangkitan COVID maka mak perlu diselamatkan memandangkan dia berisiko tinggi. Dia bersetuju untuk tinggal sementara di rumah abng sulong kami.

Saya salinan semula disini catatan tersebut.


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN  1 [ sehingga 31 Mac 2020]

Mak dengar nasihat kali ni. Dia  bersetuju untuk tinggal bersama Bang Long di Lagong, Selayang sepanjang tempoh PKP ini. Jauh sikit dari orang ramai. Tapi macam biasa dia akan mengeluarkan arahan dari masa ke semasa kepada anak-anaknya. Mak akan call saya dari masa ke semasa. 

 

Mak:

Andak, jangan pergi mana-mana. Bahaya . Jika perlu keluar pakai topeng muka dan basuh tangan dengan sabun

 

Saya:

Ye mak.

 

Jawab saya supaya dia senang hati

 

Mak:

Andak, Nina pun dapat cuti kan?

 

Saya:

Dia tak dapat cuti mak.

 

Mak:

Eh, mana boleh. Kerajaan dah perintah cuti semua orang.

 

Saya:

Ada bidang pekerjaan yang dibolehkan kerja mak. Doktor, bank dan lain-lain.

 

Nina anak ke tiga saya bekerja sebagai Programmer di sebuah bank. Dia diarahkan bekerja seperti biasa.

 

Mak:

Ala kesian Nina. Macamana dia nak makan nanti.

 

Mak memang rapat dengan Nina. Risau dia memikirkan keadaan Nina yang akan berseorangan menghadapi gejala  ini

 

 

 


 

Mak:

Andak, cepat beli beras, telor dan lain-lain barang dapor. Abang long kata banyak barang-barang dah habis kat kedai

 

Saya:

Ok mak.


Mak:

Andak, Bang long kau beritahu mak, dah ada yang meninggal akibat penyakit di Hospital Muar.

 

Saya:

Ye ke mak. Saya pun tak tahu.

 

Mak:

 

Ye betul. Dah keluar berita dah.

Mak saya nampaknya sentiasa mengikuti perkembangan ini.

 

Mak:

Andak, semua baju yang Dayah pakai mesti rendam dengan air panas dan jangan campor dengan baju orang-orang lain semasa mencucinya .

 

Hidayah anak kedua saya merupakan seorang doktor di Hospital Muar.

 

Mak:

Buat macam Kak Idah kau buat baju-baju Uni dan suami dia begitu.

 

Uni @ Husniah adalah anak saudaraku yang bertugas sebagai Doktor di Hospital Selayang. Begitu juga dengan suaminya.

 

Saya:

Ok Mak. 


Pada mak selagi kita adalah anak dia, kita tak makan usia, masih  lagi perlu dinasihatkan seperti remaja. Sayangnya mak kepada saya dan anak2 saya. Alhamdulilah.

Kita yang tak pandai bersyukur kadang2 akan merasakan kita telah berumur dan pandai menjaga diri dan keluarga.

Sekarang mak dah tiada....terasa rindu semuanya, ketawa dia, bebelan dia dan semuanya. Semoga Allah menempatkan mak bersama orang2 beriman dan menjadikan Alam Barzakh tempat rehatnya. Aamin Ya RABB



No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...