Anak sulong ku akan memulakan tugasnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah hari Isnin 18.12.2023.
Menggunakan kelebihan yang Allah berikan kepada seorng ibu. Maka doa ku sentiasa panjatkan kepada Allah agar meletakkan dia ditempat yang disukainya jika baik untuk dia. Jika lain takdirnya, damaikanlah hatinya menerima nya dan permudahkan urusannya. Aamin
Aisya Nadraa yang manis dan mudah diuruskan.
Alhamdulilah cantiknya aturan Allah. Tinggal berdekatan dengan nenek atoknya memudahkan dia dijaga oleh tokma, tok ki dan mak2 sedara dan pak sedara.
Teringat Surah ArRahman. Nikmat Allah mana yang kau dustakan? Sungguh Allah Maha Penyanyang dan mengasihani. Syukur Alhamdulilah.
Dengan aturan Allah ini, semoga anak dan menantuku dapat memberikan perkhidmatan terbaik, menyantuni pesakit2 dgn baik dan dipermudahkan urusan mereka.
Berilah ganjaran yang baik kepada mereka dan keluarga besanku. Anugerahkan mereka rezeki dan kesihatan yang baik juga keredhaanmu ya Allah. Aamiin Ya Rabb
No comments:
Post a Comment