Dia minta dibenarkan balik ke rumahnya dari doktor di hospital kerana ingin menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan aman di samping suami dan anak2.
Dia di uji dengan penyakit tersebut tetapi dia direzekikan dengan anak menantu yang baik. Menjaganya dengan sepenuh hati dan kasih sayang. Cemburu melihat apa yang direzekikan kepadanya, sambil berdoa memohon agar aku juga direzekikan dengan anak menantu yang sayang kepada aku dan suami.
Setiap perkara yang sudah berlaku dan akan berlaku, sudah Allah tentukan. Berdoa dan terus meminta serta istighfar memohon segala keburukan yang kita telah lakukan mendapat keampunan.
Pak Uteh dah bersiap nak ke masjid untuk solat Jumaat. Beliau menghampiri isterinya dan menunjukkan wang kertas RM5 kepada isterinya.
' Ini derma masjid bagi pihak engkau ye dan ini untuk aku' katanya dengan senyum
mak Uteh tersenyum sambil mengangguk.
Cantiknya apa yang mereka perlihatka kepada kami. Saling menyanyangi dan sama-sama mengumpul bekal untuk ke sana.
Balik sahaja ke rumah,
" Bang , u ada sedekah kan untuk saya tak semasa g masjid?
Berdebar menunggu jawapannnya.
" Ada. Selalu" Jawabnya
" Alhamdulilah" ... lega rasa.
Bersabarlah, Allah sediakan yang terbaik untukmu.
No comments:
Post a Comment