Pagi ni En Google remind this pic.
Aduhai teringat kisah ini pada tahun 2004 rasanya. Abang terpilih mewakili sekolah dalam Pertandingan Doktor Muda ni. Kami tumpang gembira dan berdoa yg baik2 utk dia dan sekolah. Tp kami tidak push him.
Masa dia berlatih di rumah saya yang selalu menjadi penonton. Tengok skrip yg cikgu buat ...hm boleh tahan juga nak menghafalnya.
Sedang dia berlatih..
Abang : Umi ayat2 yg cikgu sediakan ni tinggi sangatlah. Boleh tak abang guna ayat abang sendiri.
Ummi: Boleh bang. Itu lebih baik.
Dia pun rasa gembira sgt sbb saya menyokong pendapatnya.
Sampailah masa pertandingan peringkat Negeri Melaka. Saya pun rasa berdebar....Dah lewat petang tapi masih belum dapat maklumat lagi keputusan abang dr gurunya. Rasa tak sabar menunggu keputusan tsbt tapi tak mahu menganggu guru pengiringnya.
Lewat petang saya call guru pengiring tersebut Cikgu Sabariah. Menjerit cikgu excited bagitahu abang berjaya menjadi Johan pertandingan ini.
Cikgu Sabariah: Alhamdulilah. Tadi saya dah fikir tak ada harapan sebab Luqman kata dia tak nak ikut skrip yang Cikgu Ayu. Dia nak guna ayat dia sendiri. Nampaknya dia lebih confident dengan ayat sendiri. Tambahan lagi soalan prompt tu dia dapat jawab dgn baik.
Alhamdulilah.
Next pertandingan peringkat kebangsaan di adakan di Kota Bharu Kelantan dan abang juga mendapat Johan.
Dia memang berminat nak.menjadi doktor. Now dia Dr Luqman di Hospital Kuala Terengganu. Semoga dipermudahkan urusan abang dan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan sempurna. Aamiin Ya Rabb
No comments:
Post a Comment