Pagi ini kami ke KL lagi menjenguk kerja2 repair rumah MIL yang dah jadi milik suami. Kos repair mmg tinggi tapi jika x repair , tak boleh duduk pulak. Harapnya ada anak2 yang akan menghuni rumah ni nanti. Acik akan habis belajar Jan 2024, Aha dan Anna akan intern around August this year. Mayb ini aturan Allah Yang Maha Mengetahui. Allah permudahkanlah urusan anak2ku. Aamin
Selesai solat dhuha kami memulakan perjalanan. Eh..jalan ke perumahan Parkland Botani dah buka. Apalagi ambil peluang ke Tol Jasin dgn cepat. Perumahan cantik dan teratur. Wow cepat betul sampai ke Tol Jasin.
Alhamdulilah.
Singgah RnR Ayer Keroh nak beli jajan. Tiba2
Stranger : Assalamualaikum Cikgu. Boleh bantu saya?
Dalam hati saya alamal scammer ke ni.
Stranger: Saya pelajar Jurusan Pemasaran dari AUFA. Saya buat FYP menjual perfume. Utk lelaki dan perempuan. Bla ........la.....
Harga RM20 sebotol. ( selalu anak2 beli RM10 je sebotol kecik ni. Sbb saya kurang suka perfume)
Saya: Oklah. Bagi 1.
Scammer ke bukan saya tak tahu. Walaupun tahu harga perfume tu tak sebegitu sepatutnya juga x kisah. Ini adalah kerana perasaan kesian mengatasi pengetahuan. Ramai yang macam saya. Tak apalah . Kita serahkan kepada Allah segalanya.
Sebelum beredar sempat saya tanya dia.
Saya: Macam mana awak tahu saya cikgu
Stranger: Kami disuruh panggil semua org begitu..
Ha ha... cikgu mmg selalu perasan mereka akan dihormati selalu.
Terfikir pulak...Sapa Suruh dia...Hmmm
Bila cerita dgn suami. Relaks je dia jawap , i dah terkena. 😄
Suami pulak dia bergegas ke Dunkin' nak beli sandwich kegemaran saya. Tiba2 dia call.
Suami : Mi boleh ke beli Dunkin'. Masuk tak dia dalam list kena boikot.
Saya: Tak tahulah. Jab ummi call dayah. She knows.
Kita bukan selalu beli. Jadi x sure patut boikot ke tak.
Saya: x leh Bah..
Kita mencuba sedaya yang kita mampu. Menahan nafsu makan sandwich tak lah seteruk mereka menahan seksaan yang tidak berperi kemanusiaan tu. Semoga Allah membuka jalan dan melindungi semua umat Islam. Aamiin
Jajan ni pun ok. Halalan Toiyiban
No comments:
Post a Comment