Tuesday, April 7, 2020

YB



ASSALAMUALAIKUM

Panggilan yang aku ditunggu-tunggu dah tiba.

Alhamdulilah. Allah Masih memberi peluang aku bernafas dan mencari bekalan.

Peringatan Allah berkali-kali dalam Surah Ar Rahman.

“Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang ”Kamu Dustakan’?”

Sebenarnya aku tahu , aku diberi nikmat oleh Allah tetapi aku juga akur  cara aku berterimakasih kepadaNya tidak setimpal dengan nikmat yang diberikan.

Bila tersedar.. carilah ilmu dan  motivasi.

Nak kongsi di sini:

Cuba buat 4 perkara ini dalam kehidupan seharian kerana kita tidak tahu amalan yang manakah diterima Allah swt. Semoga amalan ini diangkatNya. Ameen

     1. Selawat atas nabi
2. Istighfar
3. Bacalah @ hafal surah Yassin – hati Al Quran
4. '"Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim."
    "Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."

Friday, April 3, 2020

Tempoh PKP COVID19


Assalamualikum

4 minggu tempoh PKP terasa sangat panjang. Apa pengajaran yang kita dapat. Buka mata dan minda. 

Bersyukur, berdoa dan berbuat baik. 

Masa panjang untuk kita berkurung tetapi masa untuk kematian bila- bila sahaja.

Apakah kita merasa bahawa kita akan terselamat?

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Buka mata dan hati. Apa yang boleh bantu ?

                    Yang kaya ada caranya
                    Yang kurang berada juga ada caranya.

Tambahkan ilmu, positifkan pemikiran , tingkatkan amalan.


Melihat membaca dan mendengar kisah kematian dan cara pengebumian mangsa penyakit COVID19 ini amat menakutkan aku. Aku tak mahu kematian sebegini Ya Allah. Berilah aku peluang kematian yang menenangkan.

Melihat, membaca dan mendengar kisah kesedihan  ahli keluarga mangsa COVID19 ini menginsafkan aku.

Melihat, membaca dan mendengar kisah pengorbanan  frontliner semasa dalam pandemik ini mengkagumkan aku.

Tempoh ini , ibu-ibu menjadi surirumah sepenuh masa. Tentu penat . Penat dirasa kerana membuat kerja yang sama berulang-ulang..

Dah lupa pernah rasa penat begini semasa anak-anak masiha kecil . Setiap hari kita akan menjadi superwomen dan kadang-kadang tarzan.
Kenangan ini tak mungkin dilupakan.

Allah berikan pengalaman ini sekali lagi tetapi ketika umur dah semakin senja. Anak-anak semakin dewasa pada usia. Karenah masih sama. Nak kan dimanjakan sahaja. Tapi kita nikmatilah tempoh ini dengan sabar dan laluilah dgn baik agar kita tidak akan kesal apabila tempoh ini berlalu.





Tuesday, January 28, 2020

POLISAS dihati




Assalamualaikum

Berkhidmat di POLISAS 1991-2002 . Banyak kenangan di sini. Bertemu jodoh di sini. Semua anak-anak juga dilahirkan di sini. 

Januari 2020 , aku perlu ke POLISAS untuk mendapatkan satu dokumen penting bagi tujuan persaraanku. Allah Ar-Rahmaan Ar Rahiim ,Maha Pengasih dan penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia. Dipermudahkan segalanya urusanku.

Diaturnya perjalananku dengan begitu sempurna . Alhamduliah

Kebetulan aku juga perlu ke Kuantan bagi menghantar Aha ke UIA kerana sesi kuliahnya akan bermula . Kami juga mengambil peluang menjenguk abang Luqman, Adda dan Ammar Yusuf di Terengganu. Anna pula sedang bercuti panjang. Maka kami hanya perlu menambah satu hari lagi cuti untuk urusan tersebut. Alhamdulilah

Hikmah terbesar yang dapat dirasakan adalah dapat bertemu rakan-rakan sejawat yang lama ditinggalkan. Boleh saling bermaafan lagi. Sama-sama semakin tua ..sungguhpun ceria sahaja. Ada antara rakan kami yang telah pun pergi menemuiNya. Sedih juga teringatkan mereka.

Allah juga ingin membuka mata dan hatiku. Sepanjang berkhidmat di POLISAS aku mempunyai sahabat karib yang sering ku dengar rintihannya tetapi yang membantu aku pada hari itu bukan sahabat tersebut. Rakan yang membantu aku ini bukanlah rapat sangat suatu waktu  dahulu tetapi jelas dia saorang sahabat yang sangat ikhlas dan baikhati.

Sungguh Allah ingin membuka mata dan hatiku bahawa bersahabatlah dengan semua orang. Bila membantu,  ikhlaskan hati, niatkan kerana Allah.  Jangan mengharapkan balasan dari orang yang dibantu sebaliknya ikhlaskan kerana Allah. Juga jangan menghakimi orang tetapi  bersangka baik.

Allah  Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan. Ampunkanlah aku yang banyak kekurangan ini. Sesungguhnya hanya Allah sahaja Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

Sebagai hambaNya yang lemah kita perlu ingat setiap yang berlaku ada pengajaran dan ambillah hikmahNya dan berubah menjadi lebih baik. 

Alhamdulilah selesai urusan di POLISAS. Insya Allah dengan izinnya kita bertemu lagi.

Thursday, January 23, 2020

IDEA MENULIS

Assalamualaikum

Semasa menunaikan haji pada 2017, banyak yang doakan. Alhamdulilah

Wednesday, January 22, 2020

MENCARI BEKALAN


Assalamualaikum.

Perjalanan yang panjang , menghampiri penghujung menyebabkan emosi saya agak sensitif. Mula mencongak-congak adakah bekalan yang akan di bawa ke sana apabila tiba masanya nanti.

Menakutkan......
Merisaukan ....
Sedih .....

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda
“ Jika seseoarang manusia meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, iaitu:
1.    Sedekah yang berterusan
2.    Ilmu pengetahuan yang dapat memberi manafaat kepada dirinya atau kepada orang lain.
3.    Anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”


Jom tulis buku , saya mengajak kawan2 terdekat. Insyallah ..Terinspirasi dengan penulisan Bonda Nor. 

Kumpulan dah ada. Fasilitator dah jumpa . Semoga Allah permudahkan urusan kami. 



Tuesday, January 14, 2020

BE A GOOD PARTNER


Assalamualaikum


Rutin pagi saya sarapan bersama suami adalah masa yang paling sesuai bersembang pasal anak-anak.

Tapi pagi ini rasa kecewa apabila dia menyuarakan kekesalan kerana tidak mendidik/mendisiplinkan  anak dengan baik. Padahal masalah mereka tidaklah seteruk mana.

Mengesali perkara yang telah berlalu adalah sesuatu yang tidak boleh diperbetulkan. 

Bila kita rasa anak2 kita kurang sempurna dari segi tindakan dan ilmunya sedangkan mereka dah pun dewasa - tindakan kita atau mereka?

Saya mencari jawapan terbaik...

Doa seorang ibu adalah mustajab..teruskan berdoa.
Usaha juga perlu dilakukan dengan memberikan nasihat secara berterusan.
Doa dan doa lagi. 

Jangan tinggalkan Allah dalam setiap tindakan kita.

Tanamkan di pemikiran kita bahawa tiada manusia yang sempurna.

Setiap manusia perlu memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik setiap masa.

The best word to describe - lakukan CQI - Continous Quality Improvement.
Bahasa mudah : MUHASABAH

Teringat kata-kata seorang ustazah " Mungkin ada dosa kita pada setiap anak-anak kita". Allahu....sungguh benar.

Maka kitalah yang perlu meminta maaf dan memperbaiki hubungan kita dengan mereka dan hubungan kita dengan Allah.


Semoga anak-anak ku sentiasa mengingati Allah dalam apa jua yang mereka lakukan. Dan Allah membantu mereka menjadi hambaNya  yang berjaya di dunia dan akhirat



Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...