Friday, December 29, 2023
PELUANG BERADA DI RAUDHAH...
Sunday, December 24, 2023
Rindu Mak...
Assalamualaikum
Pagi ini rajin sikit so mengemas file dalam komputer. Terjumpa catatan lama saya semasa PKP yang saya namakan mencari IBrah PKP tapi coretan tersebut tidak habis. Hanya ada catatan perbualan saya dan mak. Semasa membaca tulisan tu terbayang semula situasi tersebut. Pada awal tempoh PKP, mak tinggal bersama kami disebabkan adik berkerja sebagai doktor maka mak berisiko untuk tinggal bersamanya. Tidak lama kemudian saya pula terkena jangkitan COVID maka mak perlu diselamatkan memandangkan dia berisiko tinggi. Dia bersetuju untuk tinggal sementara di rumah abng sulong kami.
Saya salinan semula disini catatan tersebut.
PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN 1 [ sehingga 31 Mac 2020]
Mak
dengar nasihat kali ni. Dia bersetuju
untuk tinggal bersama Bang Long di Lagong, Selayang sepanjang tempoh PKP ini.
Jauh sikit dari orang ramai. Tapi macam biasa dia akan mengeluarkan arahan dari
masa ke semasa kepada anak-anaknya. Mak akan call saya dari masa ke semasa.
Mak: |
Andak, jangan pergi
mana-mana. Bahaya . Jika perlu keluar pakai topeng muka dan basuh tangan
dengan sabun
|
Saya: |
Ye mak.
|
Jawab saya supaya dia
senang hati
|
|
Mak: |
Andak, Nina pun dapat cuti
kan?
|
Saya: |
Dia tak dapat cuti mak.
|
Mak: |
Eh, mana boleh. Kerajaan
dah perintah cuti semua orang.
|
Saya: |
Ada bidang pekerjaan yang
dibolehkan kerja mak. Doktor, bank dan lain-lain.
|
Nina anak ke tiga saya
bekerja sebagai Programmer di
sebuah bank. Dia diarahkan bekerja seperti biasa.
|
|
Mak: |
Ala kesian Nina. Macamana
dia nak makan nanti.
|
Mak memang rapat dengan
Nina. Risau dia memikirkan keadaan Nina yang akan berseorangan menghadapi
gejala ini
|
|
|
|
|
|
Mak: |
Andak, cepat beli beras,
telor dan lain-lain barang dapor. Abang long kata banyak barang-barang dah
habis kat kedai
|
Saya: |
Ok mak. |
Mak: |
Andak, Bang long kau
beritahu mak, dah ada yang meninggal akibat penyakit di Hospital Muar.
|
Saya: |
Ye ke mak. Saya pun tak
tahu.
|
Mak:
|
Ye betul. Dah keluar berita
dah. |
Mak saya nampaknya sentiasa mengikuti perkembangan ini.
|
|
Mak: |
Andak, semua baju yang
Dayah pakai mesti rendam dengan air panas dan jangan campor dengan baju
orang-orang lain semasa mencucinya .
|
Hidayah anak kedua saya
merupakan seorang doktor di Hospital Muar.
|
|
Mak: |
Buat macam Kak Idah kau buat baju-baju Uni dan suami dia begitu.
|
Uni @ Husniah adalah anak
saudaraku yang bertugas sebagai Doktor di Hospital Selayang. Begitu juga
dengan suaminya.
|
|
Saya: |
Ok Mak. Pada mak selagi kita adalah anak dia, kita tak makan usia, masih lagi perlu dinasihatkan seperti remaja. Sayangnya mak kepada saya dan anak2 saya. Alhamdulilah. Kita yang tak pandai bersyukur kadang2 akan merasakan kita telah berumur dan pandai menjaga diri dan keluarga. Sekarang mak dah tiada....terasa rindu semuanya, ketawa dia, bebelan dia dan semuanya. Semoga Allah menempatkan mak bersama orang2 beriman dan menjadikan Alam Barzakh tempat rehatnya. Aamin Ya RABB |
Tuesday, December 19, 2023
Pasangan Yang Baik
NZ
Assalamualaikum Tulis sini.... Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya. TIdak ikut mana2 pakej Meloncat happy. Tp n...