Assalamualaikum
Kami ahli keluarga dah mula terasa kehilangan mak.
Tak ada yang kebetulan semua telah diatur Tuhan.
Mak pergi ditemani adik bongsu tanpa kami. Mak tak nak adik menghubungi kami diakhir2 nafasnya.
Pada mulanya saya merasa amat sedih memikirkan mak tak ingat saya pada saat akhir hayatnya. Hati berkata2 lupakah mak pada aku. Mak marah aku ke. Mencari jawapan yang x akan dapat. Alhamdulilah .Rezeki pemergian mak di bulan Ramadhan, syaitan terikat. Jika tidak pastinya syaitan akan meracuni hati dan pemikiran kita sehingga boleh menyebabkan kemurungan.
Setelah hari ke 3 pemergian mak, melalui adik, barulah tahu mak ingat aku dan memahami situasi. Mak sangat considerate hingga ke hujung nyawa. Mak berlaku adil kepada anak2nya hingga kehujung nyawa. Tiada yang berkecil hati kerana tidak bersama mak pada saat akhirnya.
Pengakhiran mak yang sangat baik. Masa yang dia tunggu2 dan dia bersedia.
Mak seorang yang bersemangat dan disiplin tinggi. Sifat mak yang patut kami contohi. InsyaAllah
Makan dan minumnya ala kadar
Rajin bersedekah
Solat di awal waktu.
Sering Puasa sunat.
Solat Tahajud dan Dhuha , solat sunat yang menjadi keutamaannya.
Zikir dan istighfar sering dibibir.
Tempat anak2 mohonkan doa ketika menghadapi situasi yang kritis..
Kami kehilangan doa dr mak, doa yang mustajab.....
Mak mengharapkan doa kami pula. Semoga kami adik-beradik dan anak cucu akan sentiasakan mendoakan mak dan ayah. Semoga Allah menempatkan mak dan ayah bersama para solihin. Aameen
Perjalanan mak telah berakhir. Kita juga akan menyusul apabila sampai masanya. Cuma adakah kita bersedia..
Lately terdengar2 suara mak menegur saya.
"Andak kau dah tua, banyakkan ibadat. Solat sunat buat. Bangun malam tahajudd."
Ye mak semoga saya istiqamah...Ya Allah dekatkan hati ku mengingatiMu. Aameen
No comments:
Post a Comment