Sunday, April 9, 2023

Bday 2023

ASSALAMUALAIKUM

Setelah 4 hari mak pergi adalah hari lahir saya. Sungguh sedih jika saya raikan. Selama ni setiap kali pada hari ni, saya akan menghubungi mak dan mengucapkan terimakasih kerana melahir dan membesarkan saya walau dalam segala kesusahan.

Saya msg anak2 bgathu x nak celebrate bday saya kali ni sbb hari tu akan menjadikan hari paling sedih bg saya kerna mengingatkan keperitan mak melahirkan saya.

Alhamdulilah anak2 memahami dan jwb msg kata ok.

Rupanya mereka merancang sesama mereka untuk mengadakan tahlil pada hari tersebut. Mastermind nya adalah Hidayah. Dia mmg selalu bagus dalam bab2 meraikan kami pada hari2 yang bermakna.  Alhamdulilah

Dayah design kad ni.

Siap design kad yang cantik ni.

Semua anak2 memberikan hadiah. Dah lama rupanya mereka prepare sebelum mak pergi lagi.

Alhamdulilah

From Abang and Adda

Hadiah dr anak sulong ku dan isterinya @abang dan Adda. Mereka juga belikan abah hadiah .

From Dayah

Hadiah dari anak ke 2 Hidayah. Mahal sangat ni saya kata.

From Nina

Hadiah dari anak ke 3 Nina.

From Aha

From Aha

Hadiah dari anak  ke 5,   Aha. Aha memang sangat kreatif sejak kecil lg.

From Anna

Hadiah dari anak ke 6 Anna. Supaya ummi selalu wangi katanya. GET THE HINT.

Anak ke 4, Syukri Hanif.

Syukri : Ummi acik tak sempat belikan hadiah.

Ummi: Takpe cik. Acik balik pun umi dah happy.

Susah payah dia balik dari Kulim dengan menaiki bas. Perjalanan ambil masa 6-7 jam.

Anna : Acik hadihkan ummi Rm120 . Harga tiket bas pergi dan balik.

Anna mmg selalu menghiburkan. Kami semua pun ketawa.

Acik: ummi tentu penat biar acik urut kaki ummi. 

Sedapnya rasa kaki selepas diurutnya. Mereka kata itu jugak hadiah acik sambil ketawa beramai-ramai.

Alhamdulilah terimakasih Allah atas anugerahMu ini.

Selepas berbuka ringkas kami solat Maghrib berjemaah dan  tahlil untuk nenek dipimpin anak sulongku. 

Alhamdulilah kami juga Solat isyak dan Terawih bersama. Semoga Allah menerima amalan kami. Tentu mak bangga, majlis dia menyatukan kami. 








No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...