ASSALAMUALAIKUM
Cer teka mana mana satu Aha
Bulan Mac ni macam2 cerita. Selain dari Ramadhan , anak2 berdua ni mempunyai cerita masing2 yang berbeza.
AHA
Ada cerita sedih yang amat sukar bagi dia dan kami.
Aha berusaha sungguh memohon program exchanged ke Jepun. Semua prosess telah dilaluinya. Langguage test result sangat bagus. Tp sponsorship krj Jepun dimaklumkan tak dapat.
Ketika keluar bersama saya mendengar luahan hati dia ttg kegagalan itu. Kagum dengan kematangan aha menangani kekecewaan nya. Ya Allah bantulah anak ku mencapai cita-citanya yang baik. Dan jadikan dia seorang yang sentiasa positif.
ANNA
Stress kerana merasakan susah degree yang diambilnya sekarang
Stress kerana mencari penyusuain tinggal di rumah sewa.
Stress kerana sikap housemate
Stress memikirkan kesukaran maintaining cga above 3
Anak2ku.
UJIAN itu sudah pasti bagi setiap manusia di atas muka bumi ini. Cuma yang berbeza jenis dan kadar ujian itu kecil atau besar bersesuaian dengan penerimanya.
Allah menguji mengikut kemampuan.
Bersabarlah ketika diuji oleh Allah SWT. Jangan berhenti berdoa, bertawakal kepada Allah SWT kerana Allah SWT menjanjikan kepada hambaNya “SETIAP KESUSAHAN, PASTI ADA KEMUDAHAN”.
No comments:
Post a Comment