Friday, April 21, 2023

AKHIR RAMADHAN 1444H

Assalamualaikum

Ziarah kubur mak dgn Syukri @cucu fav mak. Bawa mak bunga kenanga yang mak suka. Wangi kubur mak. Mencangkung sambil baca doa utk mak. Tiba2 acik@syukri bawakan bangku kecil untuk keselesaan umminya. Dia memang anak yang baik. Alhamdulilah

Sebelum beredar kami ziarah kubur abng iparku yang terletak tidak jauh dari kubur mak. 


Lihat dia. Menghadang cahaya matahari  dr umminya. Anak yg baik.


APRIL 2019




Assalamualaikum

April kali ni banyak sangat kenangan.

8.4.2019  
Alhamdulilah bernafas lagi. Akan berusaha  menambah ibadah dn kebaikan. Insya Allah.

16.4.2019

Ana dapat lesen D. Dengan bangganya 'Yeay'. Alhamdulilah. Syukur dipanjatkan setelah gagal. Gagal adalah pengalaman yang membantu kita untuk menguatkan emosi dan kenangan yang berbayar. RM90 kena tambah. he he

20.4.2019
Majlis Pertunangan Nina & Najjmi. Semoga dipermudahkan hubungan ini ke fasa setersunya dan ikatan silaturahim yang di bina antara kedua keluarga berpanjangan hingga ke akhir hayat.

23.4.2019

Aha dapat lesen D. Alhamdulilah setelah airmata tumpah dan duit juga keluar lagi.

26.4.2019
Abang dapat lesen B. Alhamdulilah

26.4.2019
Syukri accident dgn kereta. Boleh lagi dia balik sendiri dengan menaiki motor dan hanya memaklumkan kami kemudiannya. Anak ini selalu mencuba untuk tidak menyusahkan kami.

27.4.2019
Akhirnya kesakitan kepala yang tidak boleh ditahan lagi memaksa dia ke  Putra Hospital. Admitted .  CT Scan dan Xray result is ok. Alhamdulilah tidak ada yang serius.

27.4.2019
 Banded Snake tiba-tiba keluar dari rimbunan semak kawasan pokok kunyit yang sedang saya bersihkan. Allahuakbar terkejutnya.  Alhamdulilah dijauhkan aku dari musibah.

28.4.2019
Hidayah memulakan tugas sebagai HO di Hospital Pakar Muar. Semoga Allah memudahkan segala urusan Hidayah dan menjadi Dr Muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat.

29.4.2019
Abang booking MyVii

30.4.2019
Abang dan Adda balik Terengganu. Otw cermin  depan Vois terkena batu. Alhamdulilah mereka selamat dan perjalanan dapat diteruskan.

Wednesday, April 19, 2023

KISAH AHA & JEPUN

ASSALAMUALAIKUM

    Cer teka mana mana satu Aha 

Bulan Mac ni macam2 cerita. Selain dari Ramadhan , anak2 berdua ni mempunyai cerita masing2 yang berbeza.

AHA
Ada cerita sedih yang amat sukar bagi dia dan kami.

Aha berusaha sungguh memohon program exchanged ke Jepun. Semua prosess telah dilaluinya. Langguage test result sangat bagus. Tp sponsorship krj Jepun dimaklumkan tak dapat. 

Ketika keluar bersama saya mendengar luahan hati dia ttg kegagalan itu. Kagum dengan kematangan aha menangani kekecewaan nya. Ya Allah bantulah anak ku mencapai cita-citanya yang baik. Dan jadikan dia seorang yang sentiasa positif.

ANNA
Stress kerana merasakan susah degree yang diambilnya sekarang

Stress kerana mencari penyusuain tinggal di rumah sewa.

Stress kerana sikap housemate 

Stress memikirkan kesukaran maintaining cga above 3

Anak2ku. 
UJIAN itu sudah pasti bagi setiap manusia di atas muka bumi ini. Cuma yang berbeza jenis dan kadar ujian itu kecil atau besar bersesuaian dengan penerimanya.

Allah menguji mengikut kemampuan.

Bersabarlah ketika diuji oleh Allah SWT. Jangan berhenti berdoa, bertawakal kepada Allah SWT kerana Allah SWT menjanjikan kepada hambaNya “SETIAP KESUSAHAN, PASTI ADA KEMUDAHAN”.

Mak.... Berehatlah

Assalamualaikum

Kami ahli keluarga dah mula terasa kehilangan mak. 

Tak ada yang kebetulan semua telah diatur Tuhan.

Mak pergi ditemani adik bongsu tanpa kami. Mak tak nak adik menghubungi kami diakhir2 nafasnya.

Pada mulanya saya merasa amat sedih memikirkan mak tak ingat saya pada saat akhir hayatnya. Hati berkata2 lupakah mak pada aku. Mak marah aku ke. Mencari jawapan yang x akan dapat. Alhamdulilah .Rezeki pemergian mak di bulan Ramadhan, syaitan terikat. Jika tidak pastinya syaitan akan meracuni hati dan pemikiran kita sehingga boleh menyebabkan kemurungan.

Setelah hari ke 3 pemergian mak, melalui adik, barulah tahu mak ingat aku dan memahami situasi. Mak sangat considerate hingga ke hujung nyawa. Mak berlaku adil kepada anak2nya hingga kehujung nyawa. Tiada yang berkecil hati kerana tidak bersama mak pada saat akhirnya.

Pengakhiran mak yang sangat baik. Masa yang dia tunggu2 dan dia bersedia. 

Mak seorang yang bersemangat dan disiplin tinggi. Sifat mak yang patut kami contohi. InsyaAllah
Makan dan minumnya ala kadar
Rajin bersedekah
Solat di awal waktu.
Sering Puasa sunat.
Solat Tahajud dan Dhuha , solat sunat yang menjadi keutamaannya.
Zikir dan istighfar sering dibibir.
Tempat anak2 mohonkan doa ketika menghadapi situasi yang kritis..

Kami kehilangan doa dr mak, doa yang mustajab.....
Mak mengharapkan doa kami pula. Semoga kami adik-beradik dan anak cucu akan sentiasakan mendoakan mak dan ayah. Semoga Allah menempatkan mak dan ayah bersama para solihin. Aameen

Perjalanan mak telah berakhir. Kita juga akan menyusul apabila sampai masanya. Cuma adakah kita bersedia..

Lately terdengar2 suara mak menegur saya.

 "Andak kau dah tua, banyakkan ibadat. Solat sunat buat. Bangun malam tahajudd."

Ye mak semoga saya istiqamah...Ya Allah dekatkan hati ku mengingatiMu. Aameen




Sunday, April 9, 2023

Bday 2023

ASSALAMUALAIKUM

Setelah 4 hari mak pergi adalah hari lahir saya. Sungguh sedih jika saya raikan. Selama ni setiap kali pada hari ni, saya akan menghubungi mak dan mengucapkan terimakasih kerana melahir dan membesarkan saya walau dalam segala kesusahan.

Saya msg anak2 bgathu x nak celebrate bday saya kali ni sbb hari tu akan menjadikan hari paling sedih bg saya kerna mengingatkan keperitan mak melahirkan saya.

Alhamdulilah anak2 memahami dan jwb msg kata ok.

Rupanya mereka merancang sesama mereka untuk mengadakan tahlil pada hari tersebut. Mastermind nya adalah Hidayah. Dia mmg selalu bagus dalam bab2 meraikan kami pada hari2 yang bermakna.  Alhamdulilah

Dayah design kad ni.

Siap design kad yang cantik ni.

Semua anak2 memberikan hadiah. Dah lama rupanya mereka prepare sebelum mak pergi lagi.

Alhamdulilah

From Abang and Adda

Hadiah dr anak sulong ku dan isterinya @abang dan Adda. Mereka juga belikan abah hadiah .

From Dayah

Hadiah dari anak ke 2 Hidayah. Mahal sangat ni saya kata.

From Nina

Hadiah dari anak ke 3 Nina.

From Aha

From Aha

Hadiah dari anak  ke 5,   Aha. Aha memang sangat kreatif sejak kecil lg.

From Anna

Hadiah dari anak ke 6 Anna. Supaya ummi selalu wangi katanya. GET THE HINT.

Anak ke 4, Syukri Hanif.

Syukri : Ummi acik tak sempat belikan hadiah.

Ummi: Takpe cik. Acik balik pun umi dah happy.

Susah payah dia balik dari Kulim dengan menaiki bas. Perjalanan ambil masa 6-7 jam.

Anna : Acik hadihkan ummi Rm120 . Harga tiket bas pergi dan balik.

Anna mmg selalu menghiburkan. Kami semua pun ketawa.

Acik: ummi tentu penat biar acik urut kaki ummi. 

Sedapnya rasa kaki selepas diurutnya. Mereka kata itu jugak hadiah acik sambil ketawa beramai-ramai.

Alhamdulilah terimakasih Allah atas anugerahMu ini.

Selepas berbuka ringkas kami solat Maghrib berjemaah dan  tahlil untuk nenek dipimpin anak sulongku. 

Alhamdulilah kami juga Solat isyak dan Terawih bersama. Semoga Allah menerima amalan kami. Tentu mak bangga, majlis dia menyatukan kami. 








Saturday, April 8, 2023

DOA WAJIB SEORANG IBU

Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku Luqman Hafizuddin, Nur Hidayah, Nur Amanina, Syukri Hanif, Nur Faraha dan Nur Farhana dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.
Aameen Ya Rabb

Tuesday, April 4, 2023

Mak Kembali Kepada Pencipta

Mak


Hujan pagi ni. Rasa kesedihan kami

Semalam 4.4.2023 pukul 4.40pm bersamaan 13 Ramadhan 1444H, mak meninggalkan kami selamanya. 

Sampai masa yang mak tunggu walaupun kami tidak bersedia kehilangan mak. 

Alhamdulilah mak pergi dalam bulan mulia ni dengan tenang mengucap kalimah syahadah. Mak tersenyum. Setelah berkorban banyak membesarkan kami adik beradik dan melihat kami berjaya dalam hidup, itulah kebahagian yang tidak ternilai buat mak.

Semoga alam barzakh menjadi tempat istirehat mak.

Semoga  mak tercinta ditempatkan bersama orang2 beriman.


Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), pasangan yang lebih baik daripada pasangannya (di dunia), dan masukkan dia ke surga, jagalah dia dari siksa kubur dan neraka".

Aameen Ya Rabbal Alamin

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا


Rumah Baru mak

Assalamualaikum mak. 
Ya Allah jadikanlah alam barzakh ini tempat berehat mak yg terbaik. Aamiin

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...