Assalamualaikum.
17hb Jun 2013 , saya dan Hidayah memulakan perjalanan ke KLIA pada awal pagi . Abang Luqman hantar kami ke KLIA. Sampai awal, solat suboh dan sarapan di KFC KLIA menemukan kami kepada seorang yang sangat peramah dan baik hati Kak Ton dan anaknya Fifi. Kak Ton mengajak kami menginap di rumahnya. Kami pun menerimanya memandangkan Kak Ton sangat baik. Kebetulan saya tidak booking mana-mana hotel , saya merancang untuk walk-in je nanti mana-mana hotel yang saya rasa dekat untuk ke Pasar Siti Khadijah. Alhamdulilah , bersyukur di pertemukan dengan Kak Ton , baikhati, peramah dan sangat prihatin.
Subhanallah |
Alhamdulilah |
Allahhu Akbar |
Kami dibawa ke Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh , Pasar Khadijah dan makan di tempat-tempat popular.
Roti Bakar Kicap yang lazat di Kopitiam Kita |
Kak Ton dan saya di airport Kelantan |
Kak Ton sekeluarga amat baik melayan kami. Semoga Allah memberkati hidup mereka sekeluarga , bahagia di dunia dan akhirat dan memberikan mereka rezeki yang melimpah-ruah kerana mereka memang berkongsi dengan ramai orang. Tidak ramai orang sebaik Kak Ton yang boleh menerima 'strangers' begitu sahaja.
Hidayah bersyukur dan gembira dengan pengalaman ini. |
19 Jun 2013, memulakan hari seperti biasa. Pada tengahri saya menelefon Kak Ton dan sekali lagi mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga. Jawapan dari Kak Ton yang menyentuh hati saya iaitu
' Ti nak tahu tak jawapan kepada semua yang terjadi ini. Ada satu jawapan sahaja iaitu Ti BAIK.'
Terharu sangat.......... dengan jawapan Kak Ton. Walaupun yang sebenarnya adalah KAK TON yang BAIK.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
إِنْ أَحْسَنتُمْ
أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ
"Apabila kamu berbuat
baik, itu bererti kamu membuat kebaikan pada diri sendiri."
( Al Isra’: 7)
ULASAN AYAT :
1.
Berbuat baik mendatangkan
kebahagiaan. Ingatlah, apabila kita melakukan kebaikan tidak kira besar atau
kecil, ORANG PERTAMA yang dapat merasai nikmat kebaikan itu adalah “diri kita
sendiri”.
2.
ORANG YANG IKHLAS tidak mereka-reka
kebaikan dan perilakunya kerana dia sedar ALLAH Maha Mengetahui segalanya
tentang perilaku, perbuatan atau tindakan yang sebenar. Orang yang ikhlas dalam
amal kebaikan akan merasa gentar hatinya serta malu untuk bersandiwara di
hadapan ALLAH SWT.
3.
HIBURAN ORANG BERIMAN ialah mentaati
perintah ALLAH dan RasulNya serta menjauhi apa yang dilarang. Mereka yang
beriman itu tahu bahawa hanya KEIMANAN yang benar amalan kebaikan (soleh) dapat
menjadi penyejuk mata hati mereka. Berimanlah, kerana iman yang benar boleh
menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. WALLAHU’ALAM
No comments:
Post a Comment