Wednesday, June 26, 2013

KEMALANGAN - MUSIBAH ATAU REZEKI?

ASSALAMUALAIKUM.


Bila sebut sahaja kemalangan , pastinya semua berpendapat ia adalah musibah bagi mereka yang ditimpa kemalangan tersebut. Tetapi kadang-kadang ianya juga adalah rezeki bagi mangsa dan orang lain. Cuba fikirkan...

Baru-baru ini anak saya mengalami '  car accident' dengan sebuah motor. Mangsa luka-luka dan menurut dr tempurung lututnya cedera. Alhamdulilah anak-anak saya selamat , cuma terkejut. Disebabkan motor tersebut tidak ada insuran dan road tax maka yang empunya membuat 'deal'  dengan kami untuk settle luar ,  tidak buat laporan polis . Kami diminta untuk baiki motornya dan bayar kos perubatan, Oleh kerana kesihan dengan dia, maka saya pun bersetuju dengan syarat dia mesti buat pengakuan bertulis tidak akan membuat laporan polis. Ini sebagai 'backup' kami sekiranya mereka mngengkari perjanjian ini nanti. Risau juga kami sekiranya dia menipu kami dan membuat laporan polis sedangkan kami tidak.

Esoknya, semasa saya melawat mangsa, ceritanya dah berbeza. Dia nak claim kepada insuran kereta kami. Dan mencadangkan kepada kami bagaimana nak buat polis report supaya mereka mudah untuk membuat tuntutn. Mereka mungkin boleh dapat  bayaran yang lebih lumayan. Kami pun terus je buat laporan polis dan pastinya kami berpegang kepada prinsip diri dan ajaran Islam, jujur.

Nasihat saya, sekiranya anda mengalami 'accident' kereta dengan motor, buat lah terus laporan polis. Ini adalah kerana  apabila mereka dimasukkan sahaja ke hospital, berduyun-duyun peguam, 'runner' datang memberikan mereka nasihat dan menawarkan diri untuk membantu mereka membuat tuntutan kepada insuran kereta kita. Yang sedihnya, ada diantara mereka yang sanggup memutar belitkan fakta bagi membolehkan mereka berjaya dalam tuntutan tersebut sehingga lupa bahwa

 'niat tidak menghalalkan cara'.

Kemalangan mungkin musibah bagi sesetengah orang dan rezeki pula pada sesetengah yang lain. Buatlah dengan cara yang betul dan jujur supaya kita tidak pula ditimpa musibah yang lain...



No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...