Wednesday, June 26, 2013

KEMALANGAN - MUSIBAH ATAU REZEKI?

ASSALAMUALAIKUM.


Bila sebut sahaja kemalangan , pastinya semua berpendapat ia adalah musibah bagi mereka yang ditimpa kemalangan tersebut. Tetapi kadang-kadang ianya juga adalah rezeki bagi mangsa dan orang lain. Cuba fikirkan...

Baru-baru ini anak saya mengalami '  car accident' dengan sebuah motor. Mangsa luka-luka dan menurut dr tempurung lututnya cedera. Alhamdulilah anak-anak saya selamat , cuma terkejut. Disebabkan motor tersebut tidak ada insuran dan road tax maka yang empunya membuat 'deal'  dengan kami untuk settle luar ,  tidak buat laporan polis . Kami diminta untuk baiki motornya dan bayar kos perubatan, Oleh kerana kesihan dengan dia, maka saya pun bersetuju dengan syarat dia mesti buat pengakuan bertulis tidak akan membuat laporan polis. Ini sebagai 'backup' kami sekiranya mereka mngengkari perjanjian ini nanti. Risau juga kami sekiranya dia menipu kami dan membuat laporan polis sedangkan kami tidak.

Esoknya, semasa saya melawat mangsa, ceritanya dah berbeza. Dia nak claim kepada insuran kereta kami. Dan mencadangkan kepada kami bagaimana nak buat polis report supaya mereka mudah untuk membuat tuntutn. Mereka mungkin boleh dapat  bayaran yang lebih lumayan. Kami pun terus je buat laporan polis dan pastinya kami berpegang kepada prinsip diri dan ajaran Islam, jujur.

Nasihat saya, sekiranya anda mengalami 'accident' kereta dengan motor, buat lah terus laporan polis. Ini adalah kerana  apabila mereka dimasukkan sahaja ke hospital, berduyun-duyun peguam, 'runner' datang memberikan mereka nasihat dan menawarkan diri untuk membantu mereka membuat tuntutan kepada insuran kereta kita. Yang sedihnya, ada diantara mereka yang sanggup memutar belitkan fakta bagi membolehkan mereka berjaya dalam tuntutan tersebut sehingga lupa bahwa

 'niat tidak menghalalkan cara'.

Kemalangan mungkin musibah bagi sesetengah orang dan rezeki pula pada sesetengah yang lain. Buatlah dengan cara yang betul dan jujur supaya kita tidak pula ditimpa musibah yang lain...



Monday, June 24, 2013

KENANGAN MANIS BERCUTI DI KELANTAN 17 -18 JUN 2013





Assalamualaikum.

17hb Jun 2013 , saya dan Hidayah memulakan perjalanan ke KLIA pada awal pagi . Abang Luqman hantar kami ke KLIA. Sampai awal, solat suboh dan sarapan di KFC KLIA menemukan kami kepada seorang yang sangat peramah dan baik hati Kak Ton dan anaknya Fifi. Kak Ton mengajak kami menginap di rumahnya. Kami pun menerimanya memandangkan Kak Ton sangat baik. Kebetulan saya tidak booking mana-mana hotel , saya merancang untuk walk-in je nanti mana-mana hotel yang saya rasa dekat untuk ke Pasar Siti Khadijah. Alhamdulilah , bersyukur di pertemukan dengan Kak Ton , baikhati, peramah dan sangat prihatin.


Subhanallah

Alhamdulilah

Allahhu Akbar

Kami dibawa ke Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh , Pasar Khadijah dan makan di tempat-tempat popular. 



Roti Bakar Kicap yang lazat di Kopitiam Kita

Kak Ton dan saya di airport Kelantan

Kak Ton sekeluarga amat baik melayan kami. Semoga Allah memberkati hidup mereka sekeluarga , bahagia di dunia dan akhirat dan memberikan mereka rezeki yang melimpah-ruah kerana mereka memang berkongsi dengan ramai orang. Tidak ramai orang sebaik Kak Ton yang boleh menerima 'strangers' begitu sahaja.

Hidayah bersyukur dan gembira dengan pengalaman ini.

19 Jun 2013, memulakan hari seperti biasa. Pada tengahri saya menelefon Kak Ton dan sekali lagi mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga. Jawapan dari Kak Ton yang menyentuh hati saya iaitu

' Ti nak tahu tak  jawapan kepada semua yang terjadi ini. Ada satu jawapan sahaja iaitu  Ti  BAIK.'

Terharu sangat.......... dengan jawapan Kak Ton. Walaupun yang sebenarnya adalah KAK TON yang BAIK.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ
"Apabila kamu berbuat baik, itu bererti kamu membuat kebaikan pada diri sendiri."
 ( Al Isra’: 7)

ULASAN AYAT :
1.    Berbuat baik mendatangkan kebahagiaan. Ingatlah, apabila kita melakukan kebaikan tidak kira besar atau kecil, ORANG PERTAMA yang dapat merasai nikmat kebaikan itu adalah “diri kita sendiri”.

2.    ORANG YANG IKHLAS tidak mereka-reka kebaikan dan perilakunya kerana dia sedar ALLAH Maha Mengetahui segalanya tentang perilaku, perbuatan atau tindakan yang sebenar. Orang yang ikhlas dalam amal kebaikan akan merasa gentar hatinya serta malu untuk bersandiwara di hadapan ALLAH SWT.

3.    HIBURAN ORANG BERIMAN ialah mentaati perintah ALLAH dan RasulNya serta menjauhi apa yang dilarang. Mereka yang beriman itu tahu bahawa hanya KEIMANAN yang benar amalan kebaikan (soleh) dapat menjadi penyejuk mata hati mereka. Berimanlah, kerana iman yang benar boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. WALLAHU’ALAM





Wednesday, June 19, 2013

Sweet Thought on Father's Day 16 Jun 2013

Assalamualaikum.

Anak2 meraikan father's Day. Mereka masak kek (walaupun mungkin rasanya kurang) tetapi abah really appreciate it. Dia makan sampai habis. macam biasa kembar akan membuat kad yang kreatif dan gaya bahasa yang sangat menyentuh hati bah. Cair abah..

Notes untuk abah yang sangat touching.




Dear Abah,

I’m always been the trouble maker, the rebellious child and constantly testing your patience all these 19 years. 
But you never get mad and still love me so much.

I remembered the days when I was a little girl and I can’t sleep and you were very kind to sleep with me, read me a book and listen to my weird imaginations. Every-single-night.

I remembered you came to us one night, I was pretending to be sleeping and I saw you killed the evil mosquitoes that bite us.

I remembered that Wednesday when you came to meet me at school but you don’t know I had Taekwondo training and you waited for hours! 
You didn’t get mad, you just said I’ll come again this weekend"

I cried like a child. Because I hate waiting and you waited for me that long, it just break my heart.

I remembered when I was sick, you take good care of me. You give me medicine on time, buy my favourite food, concern about me until I feel better. 

I may be a doctor one day, Abah, insyaAllah. But you are my doctor! I’m your apprentice. Hehe

You always want to hear me. Even with my weird thoughts, and questions.

There are so many good things about you that I remembered, Abah.

If there is anyone who show me, in real life, a few of sunnah Rasulullah SAW, I should say it is you.

You are the strongest person,dad! You never get mad. Easily.

You didnt laugh out loud, you just smile.

And you and Ummi show me the greatest love in the world. 

You are the best, Abah.

And I love you so much, I hope Allah will let us all be together forever.

HAPPY FATHER'S DAY!

Love,
Hidayah

the-good-dauthter, insyaAllah.


Monday, June 10, 2013

SELASA YANG SELESA

Assalaumalikum.

Monday dah berlalu. Selasa .......  datang  dan  saya terima khabar gembira pada pagi ini , suami saya dinaikkan
ke gred DH52. Alhamdulilah.  ....syukur tidak terhingga.




Petang pula,  mendapat khabar gembira apabila anak kedua Hidayah mendapat result Foundation nya :


Syukur Alhamdulilah....... 
Semoga  Allah memberikan anak-anak ku kejayaan didunia dan akhirat. 
Doaku dan suami pada setiap masa dan ketika. Ameen...




PROGRAM CUTI SEKOLAH JUN 2013



                                                                  Assalamualaikum

Cuti sekolah kali ini , kami tak merancang nak ke mana-mana kerana achik dan twin akan menghadapi peperiksaan. Sekolah mereka mengadakan kelas tambahan dan homework yang banyak. Tapi bila kami fikir balik, pada  cuti sekolah yang akan datang  abang  Luqman mungkin tidak dapat  bersama dan tak tahu pula bila semua anak-anak dapat berkumpul sebegini… lalu kami becadang ke tempat yang dekat  sahaja iaitu KL dan Shah Alam.

Gambar-gambar di i-city, Shah Alam 7 Jun 2013.







































Luqman 

Abah yang sporting

Aha 

Syukri @achik

Ana

Hidayah

Aha - paling sporting dan really enjoy herself



Anna


Nina





NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...