Monday, June 4, 2012

KETENTUAN YANG PAHIT TAPI PERLU DITERIMA

Assalamualikum.

1hb Jun 2012, keputusan  PILN 2012 MARA diumumkan. Anaknda ku Hidayah tidak berjaya mendapat tempat tajaan tersebut. Ah........sebaknya rasa.

Terbaca post dia di FB:  

                                 Hidayah : too much to take

Remuk rasa hati, kesian teramat sangat dengannya.

Sebagai ibu,  kita selalu inginkan yang terbaik bagi anak-anak kita .
1. Tentunya kita tidak mahu melihat anak-anak kecewa apabila harapan tidak tercapai walaupun kita   merasakan mereka layak untuk dipilih.
2. Bermain di fikiran kita - mampukah dia menerimanya dengan hati yang terbuka.
3. Mampukah dia menanggung kesedihan ini.
4. Apa yang perlu kita lakukan bagi memotivasikan mereka.

Saya selalu berdoa memohon Allah memberikan beliau tempat pengajian yang terbaik dan seterusnya tecapai cita-citanya , dapat melaksanakan tangungjawap dengan baik ,  menjadi muslimah yang baik.

Firman Allah SWT ini mengubat kesedihan:

  “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – 
(Surah Al-Imran:139)

Ku pujuk Hidayah dengan menyatakan :

'Setiap kali berdoa , ummi tidak pernah memohon kepada Allah memberikan tempat pengajian yang Dayah pilih, tetapi ummi memohon ALLah memberikan tempat pengajian yang terbaik buat Dayah kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita. Ternyata  KMB bukan yang terbaik buat Dayah. "

Alhamdulilah,  reda tangisnya .....

Then she post to FB:

We planned.. but Allah also had His plan for us.
If what we planned is also what He planned, we should be very grateful..
But if, what we planned is not what He planned, then we should be grateful too, because Allah is the all knower, and he is the best planner, eventually, we will find what He planned is the best 

for us. 
#alhamdulillah..


Alhamdulilah Hidayah dapat menerimanya dengan baik.

Firman ALLAH SWT
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
 Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
( Surah An Nisa’ : 11 )

Apabila kita inginkan sesuatu dan telah berusaha dengan sedaya mungkin tetapi masih tetap gagal untuk mendapatkannya, itu bermakna DIA ingin memberi sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita pernah bayangkan. Bersangka baiklah dengan DIA.

 Ameen

3hb Jun 2012 - Hidayah selamat mendaftar Asasi Sains di UiTM Puncak Alam.

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...