Saturday, June 16, 2012

DIARI SABTU 16 JUN 2012


Assalamualikum

Hujung minggu adalah  masa untuk mengembara bagi kami. Pagi - menyelesaikan semua kerja-kerja rumah. Selepas solat zohor, kami mulakan perjalanan ke Penghujung Benua Asia , melawat anak ke tiga kami Nina. Kami hanya sempat menghabiskan masa bersama selama 1 jam. Pukul 6.15pm kami bertolak balik ke Melaka. Sampai di Tol Pagoh hampir Maghrib dan kami solat magrib di Masjid IKBN Pagoh. Cantik dan selesa solat di masjid ini.


Di sini sempat saya berkenalan dengan seorang wanita  yang juga musafir seperti saya. Dia bersama 2 orang anak perempuannya. Mereka dalam perjalanan ke Hospital Kem Terendak, Kami bersembang tentang keluarga masing-masing. Sayu rasa hati bila beliau menyatakan bahawa 2 orang anak lelakinya telah pun meninggal dunia pada usia 14 dan 12 tahun kerana mati lemas. Si Abang cuba menyelamatkan adiknya tetapi malangnya dia pun turut lemas. Innalilah...

Kagumnya saya dengan wanita ini, sungguh tabah dan redha menerima takdir ini. katanya : Allah beri saya pinjam mereka buat seketika. Kini mereka telah diambil semula.......

Semoga Allah memberikan ia kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun.” 
 (Hadith riwayat Imam Tirmizi)


No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...