Friday, June 15, 2012

DUGAAN BAGI LUQMAN

Assalamualaikum

Pagi ini 15 Jun 2012, Luqman perlu menduduki ujian IELTS di Subang Jaya. Sekitar 9.00 pagi, dia menelefon saya untuk memaklumkan bahawa dia tidak dibenarkan menduduki ujian tersebut kerana tiada IC. Dia baru sedar IC nya hilang pada hari sebelumnya , dan dia fikirkan dengan adanya Lesen Memandu sudah memadai.

Risaunya saya teramat sangat memikirkan dia tiada kenderaan dan kami tiada di situ untuk membantunya. Apa yang boleh saya buat hanyalah berdoa kepada Allah  agar dipermudahkan segala urusan abang Luqman.

Dengan menaiki teksi, Luqman membuat laporan polis dan pergi ke Pejabat Pendaftaran untuk mendapatkan IC sementara. Alhamdulilah pemandu teksi tersebut sangat membantu beliau dalam menyelesaikan urusannya dari mula sehingga selesai dan  Luqman dapat menduduki ujian tersebut sebelum 12,00tghri.

Bersyukur tidak terhingga , kerana dengan pertolongan Allah , Luqman diberikan kekuatan dan bantuan bagi menghadapi dan menyelesaikan masalah ini dengan cepat sekali. Allah huakbar. Allah Maha Besar. Semoga Luqman lulus dengan cemerlang. Ameen..



Apabila menghadapi sebarang masalah , mohonlah pada Allah swt. keringanan :


Firman Surah Al Baqarah Ayat 153 yang bermaksud:


Wahai sekalian ornag-orang yang beriman! Mintalah pertolongan ( untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat, kerana sesungguhnya Allah menyertai(menolong) orang-orang yang sabar.


Adalah menjadi sunnatullah dalam kehidupan , bahawa manusia itu mengahadapi ujian berupa kelaparan , kematian dan kesulitan , kerana dengan ujian yang berbagai itu Allah swt dapat mengetahui tahap keimanan hambaNya .

Firman Allah swt dalam surah al-kahf ayat ke 7 :

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya”.


No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...