Sunday, May 20, 2012

DIARI SABTU 19 MEI 2012

MRSM PONTIAN


Hari ini abah merancang untuk melawat Nina di MRSM Pontian. Orang lelaki pandai menentukan matlamat yang hendak dicapai. Yang pastinya pihak wanitalah yang menentukan matlamat itu tercapai ataupun tidak. Ini adalah kerana pihak wanita yang berperanan ,  mengatur strategi dan melakukan proses-proses yang perlu bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Sungguh benar  ceramah dalam Radio IKIM  yang saya dengar, menyatakan bahwa suami isteri adalah pelengkap diantara satu sama lain dan jika kita memahami akan fitrahnya itu maka Insyaalah kita akan hidup dalam suasana yang harmoni . 


Allah Maha Mengetahui akan mahluk ciptaannya, firmanNya:



"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21) 



Artikel ini boleh membantu kita memahami dan berusaha kearah kehidupan yang harmoni:

 Rujuk link ini untuk maklumat  tentang rumahtangga.
http://tayibah.com/eIslam/Artikel/falsafahkahwin.htm


Setelah kerja-kerja rumah selesai , kami bertolak ke Pontian pada pukul 3.00pm dan sampai di sekolah Nina pada pukul 5.00pm... Alhamdulilah.  Wah lajunya abah memandu.......Dia selalu nak cepat bertemu dengan anak-anaknya (matlamat) tetapi bila sampai ..............yang do the talking  ..pastinya SAYA.

Sebelum bertolak balik, begini pesanan kami kepada Nina.

Ummi : Na, try your best for the exam. Jangan gopoh, baca soalan betul2 and always check. Usaha dan  doa berterusan. Ummi love you.

Abah: Na relaks-relaks je Na . Jangan teruk-teruk... Jaga Solat.

Lihat lah perbezaaan kami tetapi anak-anak dah faham karektor kami dan pandai membuat keputusan yang terbaik buat diri mereka.

Ayat -ayat Ummi  --  typical but motivating
Ayat-ayat abah    --  soothing.

Yang pastinya , kedua-duanya mengeluarkan ayat-ayat cinta  yang  penuh rasa kasih-sayang , keprihatinan dan harapan.

Semoga Nina berjaya dalam SPM dan seterusnya mencapai cita-citanya, menjadi muslimah yang baik dan tidak melupakan kami setiap kali berdoa selepas solatnya.  Ameen.....
















No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...