Friday, May 25, 2012

My 20th Wedding Anniversary



Assalamualaikum

24 Mei 2012 Ulangtahun perkahwinan kami yang ke 20. Alhamdulilah.. semoga kami bahagia di dunia dan akhirat. Abang Luqman beli kek untuk meraikannya. Cantik dan sedap.

Selepas solat mahgrib berjemaah, kami sekeluarga baca Yasin, solat Isyak dan makan malam di luar.

Alhamdulilah.








Tuesday, May 22, 2012

CARA MENGURANGKAN RESAH GELISAH

Assalamualaikum

Hampir 10 tahun tak mengajar menyebabkan minda saya  lambat bertindak, berfikir, menganalisa dsb. Saya berminat untuk mengajar subjek yang susah ni Analisa Litar (Circuit Theory). Hanya 3 topik sahaja tetapi memerlukan kesabaran dan daya ingatan yang kuat beserta kepandaian menganalisa. Terfikir juga jika saya pun susah nak mempelajarinya semula, apa tah lagi para pelajar nanti.

Seminggu saya cuba mempelajari semula Mesh Analysis, Nodal Analysis, Thevenin and Norton Theorem, Superposition Theorem, Star-Delta Transformation . Semua dirangkumi dalam topik 1.

Minggu ini saya sedang mempelajari Laplace Transform. Wah...... peningnya. Banyak sangak ke semut yang dah saya minum maka begitu lambat saya memahaminya...... Saya terus menerus berdoa semoga ALlah membantu saya memahami subjek ini dan membantu saya mengajarkan orang lain dengan cara terbaik, mudah dan berkesan.

Minggu depan , target saya Fourier Series....

Just to share....ini cara saya mengurangkan rasa resah gelisah saya sebagaimana saranan seorang ustaz dalam satu ceramah yang saya dengar di Radio IKIM. Beliau menyatakan bahawa terdapat 3 cara disarankan untuk mengurangkan rasa resah gelish, susah hati bila menghadapi sesuatu masalah , ujian dsb.

1. Mengadulah kepada Allah secara berdoa, mendirikan solat dan bermunajat.

Firman Allah :
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat, kerana sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang sabar.” 



Firman Allah :
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang – Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
 Surah al-Ma’arij ( 70 ) : 19-23

2. Berceritalah pada orang yang kita rapat , percayai dan sayangi tentang masalah trsebut. Sekiranya anda pula menjadi orang yang mendengar masalah, jadilah pendengar yang baik  kerana Allah  menjadikan manusia itu 2 telinga dan 1 mulut. Ini bermakna kita diminta untuk lebih mendengar daripada bercakap.

3. Jika tiada orang yang kita betul-betul percaya, cara terbaik adalah dengan mencurahkan rasa resah gelisah,  kekesalan  ,  permasalahan  dalam bentuk tulisan samada dalam kertas, buku atau soft copy dsb. Luahkan rasa keresahan itu untuk melegakan ketegangan, perasaan dan Insyallah ia juga membantu menimbulkan ketenangan kepada jiwa kita.  Saya sangat bersetuju sebabnya saya selalu berbuat demikian.



Petikan di bawah adalah  dari: http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2009/12/03/ubat-hati/
 
Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash (men. 291H/904M), pernah memberi nasihat:

“Ubat hati ada lima perkara: Membaca Al Quran dengan merenungkan isi dan ertinya, berpuasa dengan mengosongkan perut, bangun malam beribadat, bermunajat/tadharru’ di waktu sahur, dan berkumpul dengan orang-orang soleh”

(dipetik dari Risalah Qushairiyah karangan Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qushairi an Naisaburi 376H-465H)

Kata-kata tersebut juga diungkapkan oleh Sunan Kalijaga yang kini dijadikan lirik lagu oleh Opick dengan judul yang sama:

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi
Semoga ianya menjadi suatu renungan berguna.

Monday, May 21, 2012

RASA KEHAMBAAN


21 Mei 2012
Sempat mencatitkan beberapa intipati dari ceramah dalam Radio IKIM semasa dalam perjalanan balik dari kerja.  Saya kongsikan di sini  diantara maklumat yang sempat saya catitkan dan ditambah dengan maklumat /bahan yang di dapati dari internet.

RASA KEHAMBAAN
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. 
Firman Allah: “Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.”                                                                                                               (At Taubah: 51)
1)   Merasakan Diri Patut Diuji.

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – 
innalillah wa inna   ilaihi rajiun.
Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.”
(Al Baqarah 156)
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

2)   Merasakan Diri Adalah Peminjam Bukan Pemilik
Kita  hanyalah peminjam dan penerima amanah saja, tidak lebih dari itu, bukan pemilik. Jika anda bukan pemilik, kenapa anda mesti sangat bersedihan dan kecewa apabila barang pinjaman itu diambil balik oleh tuan empunyanya?
Sedarlah hakikat yang sebenar. Allahlah yang memiliki segala-gala. Kita tidak memiliki apa-apa. Kita hanyalah peminjam dan penerima amanah, bukan pemilik. Dengan menyedari siapa diri kita yang sebenar dan tidak rasa memiliki, kita akan tenang dan aman apabila sesuatu itu diambil dari kita, berpisah dengan kita dan kembali kepada tuannya.
Demikian juga, janganlah kita merasakan diri kita dimiliki oleh orang lain. Kita tidak dimiliki oleh ibu bapa kita, adik beradik , keluarga , suami / isteri kita, anak-anak kita. Kita dimiliki oleh Allah. Saat kita menyedari hakikat ini, kita tidak perlu sedih berlebihan apabila kita terpaksa berpisah dengan orang-orang yang kita cintai kerana menuju sesuatu di jalan Allah, umpamanya berpisah untuk merantau dan menuntut ilmu, berpisah untuk keluar berdakwah di jalan Allah, dan berpisah untuk perkara-perkara lain yang menjanjikan keredhaan Allah.
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..."
 (Surah Al-Baqarah: 284)

"...Kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi..." (Surah Al-Munaafiquun:7)
  Atas kesedaran bahawa kita adalah milik Allah, kita harus mengembalikan segala urusan kepada Allah. Hanya dia yang berkuasa memberikan keputusan terhadap diri kita. Hanya dia yang tahu apa terbaik untuk kita lalu memerintahkannya, dan apa yang buruk untuk kita lalu melarangnya.
Apabila Dia memiliki kita, adakah kita punya hak untuk menentang? Setelah seorang tuan memiliki seorang hamba, tugas seorang hamba adalah ikut dan tunduk patuh kepada tuannya dengan ketaatan yang tiada berbelah bahagi.
Maka akan tenanglah jiwa-jiwa yang merasakan dia tidak memiliki, tetapi Allah yang Maha Memiliki. Akan tenanglah jiwa-jiwa yang merasakan dia tidak dimiliki oleh sesiapa pun, kecuali dimiliki oleh Allah. Jiwa orang-orang seperti ini bebas merdeka dari menjadi hamba pemilikan dan hamba manusia.

3)   Tidak Menyalahkan Orrang Lain Apabila Diuji.

Apabila ujian didatangkan , sifat kehambaan akan mencari apa yang telah kita lakukan, apa kesalahan dan dosa kita seterusnya bertaubat dan memperbaiki diri . Apapun ujian yang datang , kita perlu mencari dalam diri bukan di luar atau menyalahkan orang lain. Rasa kehambaan menyebabkan kita tidak merasa takut dengan ujian kerana setiap ujian yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Firman Allah:
Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?
(Surah al-Baqarah: 214)

Ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) menyatakan tentang  hikmah ujian dengan berkata:

“Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

4)   Rasa Bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah tetapi memberi ketenangan sementara sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan kekuatan dimana merasa berani, mulia dan kuat.
Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. 
Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

 Wallahua'lam.

Lebih lanjut layarilah :
2)      http://ayuhkitamaju.wordpress.com/2011/07/13/awas-apabila-merasa-memiliki-dan-dimiliki/
 3) http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1791-pemilikan-hakiki.html


Sunday, May 20, 2012

DIARI SABTU 19 MEI 2012

MRSM PONTIAN


Hari ini abah merancang untuk melawat Nina di MRSM Pontian. Orang lelaki pandai menentukan matlamat yang hendak dicapai. Yang pastinya pihak wanitalah yang menentukan matlamat itu tercapai ataupun tidak. Ini adalah kerana pihak wanita yang berperanan ,  mengatur strategi dan melakukan proses-proses yang perlu bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Sungguh benar  ceramah dalam Radio IKIM  yang saya dengar, menyatakan bahwa suami isteri adalah pelengkap diantara satu sama lain dan jika kita memahami akan fitrahnya itu maka Insyaalah kita akan hidup dalam suasana yang harmoni . 


Allah Maha Mengetahui akan mahluk ciptaannya, firmanNya:



"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "
(ar-Ruum:21) 



Artikel ini boleh membantu kita memahami dan berusaha kearah kehidupan yang harmoni:

 Rujuk link ini untuk maklumat  tentang rumahtangga.
http://tayibah.com/eIslam/Artikel/falsafahkahwin.htm


Setelah kerja-kerja rumah selesai , kami bertolak ke Pontian pada pukul 3.00pm dan sampai di sekolah Nina pada pukul 5.00pm... Alhamdulilah.  Wah lajunya abah memandu.......Dia selalu nak cepat bertemu dengan anak-anaknya (matlamat) tetapi bila sampai ..............yang do the talking  ..pastinya SAYA.

Sebelum bertolak balik, begini pesanan kami kepada Nina.

Ummi : Na, try your best for the exam. Jangan gopoh, baca soalan betul2 and always check. Usaha dan  doa berterusan. Ummi love you.

Abah: Na relaks-relaks je Na . Jangan teruk-teruk... Jaga Solat.

Lihat lah perbezaaan kami tetapi anak-anak dah faham karektor kami dan pandai membuat keputusan yang terbaik buat diri mereka.

Ayat -ayat Ummi  --  typical but motivating
Ayat-ayat abah    --  soothing.

Yang pastinya , kedua-duanya mengeluarkan ayat-ayat cinta  yang  penuh rasa kasih-sayang , keprihatinan dan harapan.

Semoga Nina berjaya dalam SPM dan seterusnya mencapai cita-citanya, menjadi muslimah yang baik dan tidak melupakan kami setiap kali berdoa selepas solatnya.  Ameen.....
















FOOD FOR THOUGHT :1


Never look at others & think that they will never attain the Mercy of the Almighty.

None of us are perfect. The struggle is to improve our link with our Maker daily. This should continue until we meet our Maker in the best condition we had ever been upon.

Those who move slowly up the ladder but determined, may be better than those higher up who dwindle by taking a few steps down.

The end result of the overall picture is what really matters, so be focused & make sure you improve as time passes rather than go back on your spiritual achievements.

Friday, May 18, 2012

FOOD FOR THOUGHT : 7


After having tried our best, our failure in examinations, in marriage, in a business or in any test is not the end of the world. 

Countess people have been there before us, picked up the pieces, tried again and succeeded. Some have even succeeded after many attempts and have gone a very long way thereafter. 

It is those who refuse to come to terms with reality who punish themselves by believing that such losses are eternal. This leads to their lives coming to a standstill whilst others progress, and causes depression which results in further loss. 

Most people have tasted loss or failure in some aspect of their lives to different degrees. This can be a gift at times as the Almighty gives us something far better in return or helps us to mature and draw closer to Him, understanding our purpose in life better.

Never allow failure or loss to deter you, depress you or make you feel unworthy. Give it your best and try again and again, and if need be......again! 

With the help of the Almighty comes true success! Ameen....

FOOD FOR THOUGHT: 6


Visiting the sick, assisting them in any way, inquiring about them and praying for them has many benefits, hence it is considered a great act of worship.

It boosts the morale of the sick, making them feel much better, giving them a sense of belonging which contributes to their recovery.

The psychological impact of a kind word, a prayer and a visit is so great that the sick begin to feel much better and the greatest of miracles can occur even after medicine has given up.

It also makes us realize the gift of health that the Almighty has bestowed upon us and gives us the opportunity to be thankful.

Taking care of the sick can result us being protected from such sickness as well as easy entry into paradise.

The day WE fall ill, we will be surprised at the number of people who inquire about us, pray for us and visit us over and above those who take care of us. This is what makes us one big family.

The genuine concern for one another is a vital component of a happy community.

When was the last time you visited the sick, assisted them in any way, prayed for their cure or inquired about them? Make it a regular feature in your weekly routine.

FOOD FOR THOUGHT :5


If we would like to achieve success and gain greater blessings in what we have or earn, we must learn to share whatever we have with others. The Almighty has a special Mercy upon those who share their possessions with others.

Never let the heart be so deeply attached to wealth or other belongings because the day we are tested in those things, we will find it very difficult to overcome such tests or even to understand the wisdom in the Almighty's Plan.

From childhood we should train our offspring to share their toys, food and other belongings where possible so that as they grow they learn to love this great habit and feel very happy and blessed to share.

Some take sharing as a burden whereas others claim not to have enough to be able to share when in fact they have more than enough. The Great Companions shared even at times of their own desperate need for the same item - which was sometimes food and drink. Although we may not get to that level of selflessness, if we aim there, we will be able to get nearer.

 The Almighty says, "You will never achieve true righteousness until you spend from that which you love most." S 3:92

FOOD FOR THOUGHT: 4


Putting ourselves in the shoes of others momentarily in order to try to understand them better before commenting or acting against them is very important. 

Many people condemn others without trying to see where they are coming from or why they have acted in a specific way or said something. 

If we are sincere, we will understand one another better & possibly reduce much unwanted scepticism, hatred & enmity.

FOOD FOR THOUGHT : 3

Early to bed and early to rise are habits taught by the Messenger pbuh. 

Those who unnecessarily or habitually delay going to bed may not realise the harm to their mental, physical, spiritual & social well being. 

Similarly those who get up very late each day, allowing laziness to overpower them would have their share of obstacles & negativities as a result. 

FOOD FOR THOUGHT: 2



Sometimes it takes a very big mistake we make in life to transform us into the best of people. 

When people make mistakes, react positively. 

When we make mistakes, reflect correctly and draw lessons. Don't repeat a mistake.

Monday, May 14, 2012

Hutan Lipur Lata Mengkuang

Air Terjun di Hutan Lipur Lata Mengkuang

 Dalam perjalanan ke Baling dari Sik , kami melalui kawasan rekrasi ini.  Kami berhenti dan memberi peluang kepada anak-anak untuk menikmati kesejukan air terjun ini. Mereka sangat gembira dan really enjoy themself.




Ladang Anggor Tasik Beris




Assalamualaikum.                   

Kami meninggalkan KMKN pada pukul 2.00ptg menuju ke Sik, Kedah bagi menghiburkan Hidayah dan adik-adiknya. Teringat Abang Luqman dan Nina. Insyaallah kami akan datang lagi dgn mereka suatu hari nanti.




Pada hari Ahad, rakyat Negeri Kedah bekerja jadi tiada ramai pelawat di sini. Terasa aman dan anak-anak boleh 'explore slowly'. Masyallah seronoknya ddapat melihat bua-buah anggor dari dekat. Lihat keseronokan mereka dan pemandangan yang indah ini.

Aksi Anna memang selalu over
Anggor yang belum masak lagi berwarna hijau



Hidayah nampak happy sangat?

Abah yang selalu sporting...


Nampak sedap......





Abah masih senyum walau penat memandu


Duduk  berhampiran cafe yang menjual air anggor sambil menikmati pemandangan Tasik Beris yang cantik. Alhamdulilah.









Abah merasa puas dapat membawa anak-anak melihat anggor ' real' dari dekat. Selalunya anggor dari supermarket je yang mereka tengok. Mereka asyik cakap ' Terimkasih Abaah". Aha mesti ada lukisan selepas ni.
Tasik Beris yang cantik

Alhamdulialh perjalanan lebih kurang 1jam setengah dari Kuala Nerang ke Sik memberi kami  peluang menikamti pemandangan yang cantik dan tanaman anggor di Malaysia.  Bersyukurlah anak-anak ku atas segala nikmat Alllah kurniakan. Untuk Hidayah ... :Everything happen for a reason....

13 Mei 2012 (Ahad)

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...