Wednesday, December 7, 2011

Bersyukurlah anak-anakku.

Assalamualaikum.

Pagi ni semasa mesyuarat JK Peperiksaan ahli mesyuarat di minta untuk memilih pelajar yang layak di anugerahkan Anugerah Pengarah bagi lulusan Jun 2011 yang akan menerima anugerah tersebut semasa konvo awal tahun 2012. Memandangkan pelajar jab saya telah dapat pada sesi lepas, saya kira ingin memberi peluang kepada pelajar jab lain pula. Tetapi apabila dibentangkan calon-calonnya, Nyatanya pelajar jab saya mendapat markah merit tertinggi berbeza hanya 0.6 mata dari pelajar JP.

Apabila saya semak dokumen pelajar ini sebelum  membentangkan kecemerlangan beliau, tiba2 saya  merasa sedih.......Pelajar ini amat berkelayakan untuk belajar di mana-mana  IPT tetapi memilih politeknik. Wondering ..Why???Pelajar ini mendapat PMR 8A, SPM10A, Pelajar SPM terbaik di SM Sains johor dan masih mengekalkan kecemerlangan dalam setiap semester. Dan dalam masa yang sama , dia mendapat berbagai anugerah dan sangat aktif dalam persatuan dan sukan.  Saya rasa belaiu memang layak untuk menerima anugerah ini.  Maka saya pun membentangkannya sungguh2 dan semua ahli mesyuarat sebulat suara memilih beliau.

Saya di maklumkan oleh penasihat akademiknya bhw pelajar tersebut dari keluarga yang kurang berkemampuan. Keluarganya memilih politeknik memandangkan yuran yang murah dan dekat dengan tempat tinggal mereka...

Alhamdulilah saya gembira kerana beliau terpilih tetapi saya masih memikirkannya. Saya bercerita dengan anak2. Ada orang yang telah berusaha bersungguh2 sehingga mencapai kejayaan yang amat cemerlang tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana kedudukan kewangan keluarga, sehingga kan tidak mampu untuk meneruskan pengajian di IPT. Saya amat kagum dengan pelajar ini , beliau amat matang dan positif. Semangatnya tidak luntur dan terus membara dalam memburu kejayaan . Kesusahan tidak mematikan semangatnya. Saya berdoa semoga Allah memudahkan urusan beliau dan berjaya di dunia dan akhirat. kepada anak-anak saya semoga mereka menjaadi orang yang sentiasa mensyukuri nikmat ini dan berusaha menjalankan tanggungjawap kepada Nya, dan sesama manusia . Ameen..

Friday, November 18, 2011

Sharing of thought

Assalamualaikum.


Sabtu bermakna cuti......Tapi tak ade pembantu rumah , cuti kerja tapi tidak kerja rumah.. Pagi2 dah schedule work for today. Kena gi shopping grocery, macam2 tak ade. Visit Hidayah, visit adik's children, kemas rumah dll. We make plan but what will happen...hanya Allah yang tahu.

Sempat Listen to IKIM, Prof Dr Muhaya  talks:

1. Ajar anak2 tentang Allah , instill good value dan perkara2 yang baik , insyallah ianya akan menjadi pencen akhirat kita apabila anak-anak menjadi soleh/solehah.

2. Jika kita di fitnah - just ignore . Analoginya : Seperti orang memberi hadiah, jika kita tak terima , orang itu akan dapat hadiah itu. So jika orang memfitnah , kita biarkan saje. Orang itulah yang akan mendapat balasannya. Kita akan menjadi orang yang lebih baik lagi, apabila kita mendoakan orang itu utnuk berubah .

3. Anak2 yang nak SPM, ibubapa perlu doakan bukan sahaja anak berjaya dalam akademik (dptA) tapi anak2 menjadi muslim/muslimah yang baik. So akan dapat ganjaran baik di dunia dan akhirat.


Jealous lah dengan Prof ni. Macam mana saya nak jadi macam dia. Banyak ilmu dan pandai menyampaikan...walaupun kadang-kadang sedikit harsh. Tapi perkataan2 yang digunakan dalam menyampaikan tu macam memberikan great impact  to me. Insyallah..






 

Saturday, November 12, 2011

PERJUANGAN BERMULA BAGI HIDAYAH

Assalamualaikum.


Minggu depan 14 Nov 2011, SPM akan bermula. Perjuangan Hidayah bermula. Bukan Dayah je risau dan panic , ummi dan abah  pun sama. Doa kami tak putus-putus kepada ALLAH.


Ya Allah, berilah Hidayah kesihatan yang baik, tenangkan hatinya  dalam menghadapi peperiksaan ini , berjaya menjawap dengan baik dan berjaya memperolehi keputusan yang SPM yang cemerlang seterusnya mencapai cita-citanya. Ya Allah  hanya pada Mu kami berserah dan meminta pertolongan, perkenankan permintaan hambaMu yang lemah ini. Ameen.


Kepada semua ibubapa yang anak-anaknya akan menghadapi peperiksaan SPM , marilah kita sama-sama menjalankan tanggungjawap kita dengan mendoakan perkara terbaik buat anak-anak kita, sebagaimana hadis berikut.


Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
“Tiga doa yang mustajab, tanpa syak lagi; doa orang dizalimi, doa orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


Semoga Allah memakbulkan doa kami buat puteriku Nur Hidayah.

Ameen........................

Thursday, November 10, 2011

Hadiah Untuk Abah


Anak kembar saya , pandai mengambil hati kami. Baru-baru ini , mereka menghadiahkan sejambak bunga untuk abahnya beserta satu nota comel. Very nice words and touch our heart. Semoga kami sentiasa di hati mereka,

Ini nota dari Aha untuk abah yang diberikan bersama jambangan bunga.



ini nota dari ana untuk abah



inilah jambangan bunga dari mereka



Inilah anak kembar kesayangan kami. Aha dan Ana. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi anak2 solehah. Boleh lihat blog mereka: ahamuslim.blogspot.com dan go-ana-go.blogspot.com.

Album 1

Abang Luqman dan Ana


My Children

Assalamualaikum,

Terasa sunyi  dan rindu pada anak-anak selepas mereka balik ke asrama. Apa pun... we have to sacrifice in order to success...Insyallah.

Monday, October 24, 2011

Musim haji datang lagi.

Assalamualaikum,


Tahun ini ramai nampaknya ahli keluarga saya yang mendapat jemputan Allah menunaikan haji . Akak, Kak Idah, Abng Fawzal, Ct Husna , Nu'man, Adik dan anaknya Khaleed, acik suami isteri. Semoga mereka diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan mendpat haji yang mabrur.



Labbaik Allahumma Labbaik. Labbaik, La Shareek Laka, Labbaik. 
Innal Hamdah, Wan Nematah, Laka wal Mulk, La Shareek Laka Labbaik.


Here I am at Thy service O Lord, here I am. Here I am at Thy service and Thou hast no partners. Thine alone is All Praise and All Bounty, and Thine alone is The Sovereignty. Thou hast no partners, here I am.




In the name of Allah, the most compassionate, the Merciful.
And pilgrimage to the House is incumbent upon men for the sake of Allah, (upon) every one who is able to undertake the journey to it;
 Holy Quran, (3:97)



Bila giliran saya dan suami?. Hanya DIA yang Maha Mengetahui....



Sunday, October 23, 2011

Kisah Nina

Assalamualaikum,


Nina adalah anak kami yang ketiga. Sekarang bersekolah di MRSM Pontian . Minggu ini , dia bertungkus lumus bersedia untuk bertanding didalam program tunas Scientis di MRSM transkrian. Nina having difficulties in handling her stress. Abah always trying to be on his kids side while they are having problem. Walaupun sekadar mendengar , anak2 merasa tenang. Dia rushed ke pontian dan bawa nina keluar untuk cool her off.


Technical matters... as usual , saya lah yang handle. i become her advisor for the project. Giving her ideas and motivation.  It is true, Allah said. Kita diberi pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Alhamdulilah 


bbb

“Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS Ar-Rahman 13)


Semoga Nina dapat  membentangkan projek nya dengan baik. Selebihnya saya serahkan kepada Allah , kerana Dialah yang mengetahui apa yang baik untuk 
nina. Apapun saya berdoa semoga anak2 saya memahami Allah yang menentukan segalanya selepas mereka berusaha dan berdoa , memohon kepadanya. Dan mereka dapat menerima ketentuanNya dengan rasa syukur kerana Allah sahaja mengetahui yang terbaik untuk kita. 


10 -20 Oktober 2011

Assalamualikum,

Hampir 10 hari diberi tanggungjawap menjalankan validasi bagi calon kenaikan pangkat di Johor Bahru. Ini bermakna saya terpaksa meninggalkan suami dan anak2 dalam tempoh yang agak lama, tambahan lagi tanpa pembantu rumah. Wah... tak sangka , mereka dapat menerima ini dengan baik. Suami dah semakin cekap dalam melakukan kerja-kerja rumah. Kami semakin dekat dan merasakan tidak memerlukan pembantu bagi melaksanakan kerja2 ini . Insyallah semoga Allah permudahkan segalanya. Terimakasih suamiku. Semoga kita  kekal bahagia , hari ini, esok dan selama-lamanya sehingga akhirat.


Firman ALLAH SWT bermaksud : “ dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.”( Al Baqarah : 216 )
Kesedaran dan pengetahuan terhadap kebaikan yang ALLAH SWT lakukan membuat seseorang hamba mengerti bahawa ALLAH SWT berbuat baik kerana Dia bersifat dengan Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Semoga kita akan lebih bersyukur terhadap segala nikmatNya dan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari masa ke semasa.

Ameen..................................................

Friday, October 7, 2011

Ketentuan dan KekuasaanNYA.

Assalamualaikum,

Sesungguhnya peringatan dari ALLAH  kerap didatangkan kepada mereka yang membuka minda dan muhasabah diri

KISAH 1.

Semalam abang kawan baik saya meninggal dunia. Arwah meninggal semasa  balik daripada berjogging, tiba2 diserang sakit jantung dan meninggal - Dia dijumpai terbaring dijalanraya ....Ini adalah  peringatan bagi saya dan orang2 disekelilingnya dari Allah.

 Walaupun kita menjaga kesihatan kita dengan baik, apabila tiba masanya , tidak sesaatpun dicepat atau dilewatkan ajal kita. Astarghfirullah hal azim. Mohon kepada Nya kita dikembalikan dalam taqwa dan iman. Ameen

KISAH 2.

Kita dikejutkan pemergian Steve Jobs, seorang yang pintar, genius dan kaya raya. Apa peringatan ALLAH bagi kita yang dapat saya simpulkan adalah: bagaimana pintar dan genius seorang hamba Allah itu, ia masih belum dapat menandingi kekuasaan penciptanya. dia tidak berupaya untuk mencipta alat bagi membantu dia memanjangkan usianya. Dan sekaya mana pun manusia itu, dia tidak akan berupaya membeli kesihatan yang dipinjamkan ini bagi terus sihat.

Lihatkan kekuasaan Allah menerusi apa yang berlaku disekeliling kita. Ini akan menjadikan kita Insaf bahawa semua yang kita miliki adalah sementara. Berusaha, berdoa dan bertawakkal lah kepdaNya sepanjang masa. Semoga kita dipanggil dalam keadaan yang paling sempurna dan dalam keimanan. Seterusnya bahagia di dunia dan akhirat. Ameen.

Tuesday, September 27, 2011

Mufti Ismail Menk

The common cold, influenza & all ailments are tests from the 


Almighty to build our patience, to turn to Him, to ponder & 


reflect, to pray much more & to have hope in His Mercy! It 


also acts as a cleanse for sins & elevates our spirituality if we 


deal with it correctly. 


Seeking medical treatment is an obligation together with 


prayer as the body is entrusted to us only for a while! 


Getting sick due to negligence is wrong! 


The terminally ill have a greater reward if they go through it 


patiently!

Kehidupan Tanpa Pembantu Rumah

Àssalamualikum.

Dah 10 hari pembantu rumah yang ke 3 balik ke Indonesia. Ini bermakna saya dan keluarga perlu mengatur strategi dan berganding bahu dalam melakukan kerja-kerja rumah bagi memastikan semua nya in order. Alhamdulilah anak2- acik, ana dan aha sangat memahami dn membantu walaupun kadang-kadang lebih banyak lagi tambahan kerja apabila mereka membantu.

Acik - sangat membantu dan selalu memastikan rumah dalam keadaan bersih. Bersyukur sangat.

Hari ini dan semalam saya cuti disebabkan keracunan makanan. Itulah tandanya Allah kasih. Kejab-kejab ditimpakan kesakitan. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku.

10 hari rasa macam dah lama sangat tanpa pembantu rumah ni. Mungkin disebabkan pembantu rumah tersebut seorang yang baik dan rajin serta melayan anak-anak dengan baik.

Semoga Allah mempermudahkan semua urusan bagi ku dan anak2.

Amin....

Thursday, September 1, 2011

Hari Raya Aidil Fitri 2011





 
Abah, Acik dan Aha didepan Masjid Al Ghaffar, Jasin, Melaka selepas menunaikan solat sunat Aidil Fitri


 
                                         Abang Luqman dan sepupunya Special Adam. Abang tiru Adam????





Ana buat perangai , merajuk dan menyorok. Ana always testing me....

Kat bawah ni , dia dah ok.  
My princess. Semoga mereka menjadi anak2 yang solehah,  menjadi muslimah yang baik 
dan dilindungi Allah selalu.



Friday, August 26, 2011

Ramadhan 2011

Assalamualaikum,,,,,,,


Alhamdulilah dipanjangkan umur dan dapat menjalani ibadah puasa  dll di ramadhan ini. Dah penghujung.. mulai 25 Ogos , semua anak2 dah ada di rumah. Rumah dan bertambah riuh dan seronok. hari ini shopping last kot...


ummi

Sunday, July 24, 2011

Hujung Minggu di Penghujung Benua Asia

 
Inilah gaya Nina setiap kali datang melawat dia di MRSM Pontian. Dia kata macam musim bunga kat Korea. macam filem Winter Sonata.

Monday, July 18, 2011

JIKA BERITA KEMATIAN ITU ADALAH KITA....

Bila sakit kita seolah-olah diberi peringatan tentang kematian. Cukup ke bekalan .....risau, takut dan bersyukur diberi peluang. Gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin,
Berkongsi artikel dari sebuah blog yang amat menyentuh hati saya :
Biasanya, apabila kita mendengar berita kematian, maka secara tidak langsung kita akan mengirimkan ucapan takziah. Kita akan berusaha menzahirkan kesedihan yang teramat sangat semampu kita kepada keluarga si mati. Kalau yang mati itu ahli keluarga kita, tambahlah kita terasa akan kesedihannya.
Memang, kesedihan itu satu perkara yang normal. Maka bersedihlah seadanya, selagi kesedihan kita itu berada dalam lingkungan keredhaan kepada ALLAH SWT.
Tapi, setiap kali mendengar berita kematian, pernah tak kita terfikir satu perkara?
“ Kalaulah yang mati tu aku, macam mana?”
Apa perasan anda, kalau berita kematian itu bukan berita kematian orang lain, tetapi merupakan berita kematian anda?
Bagaimana?
Persoalan itu, dilontarkan oleh sahabat karib saya. Bila difikir balik, perntanyaan itu nyata menusuk kalbu.
Mati, bukanlah pengakhiran bagi segala-galanya.
Manusia yang menganggap bahawa mati adalah penyelesai segala masalah, dan penamat bagi segala sengsara, merupakan manusia yang cetek akalnya. Mati, hanyalah sebuah pintu untuk kita menembusi sebuah alam lain.
Selepas mati, kita akan masuk ke alam barzakh. Di alam barzakh inilah, kita disukat awal berdasarkan soalan-soalan yang akan disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir. Di alam barzakh inilah, beberapa amal kita, akan menjadi peneman menjalani kehidupan di sini. Andai kita merupakan seorang yang beramal soleh, maka akan dibukakan untuk kita pintu-pintu syurga agar kita sentiasa rindu kepadanya dan berlapang dada untuk menunggu di alam barzakh. Andai kita merupakan seorang yang beramal buruk, maka akan dibukankan untuk kita lubang-lubang neraka, agar kita sentiasa resah dan rasa terseksa untuk menunggu datangnya hari kebangkitan, hari perhitungan.
Selepas alam barzakh, akan berlaku saat kebangkitan. Manusia akan dipindahkan pula ke alam perhitungan, di padang mahsyar. Hari itu, adalah hari perhitungan atas segala amal yang dibuat oleh manusia. Tiada siapa yang akan mendapat naungan, melainkan naungan yang dibenarkan oleh ALLAH SWT sahaja. Tiada siapa yang selamat, melainkan yang datang kepada ALLAH dalam keadaan hatinya yang sempurna.
“ Hari yang tidak berguna harta dan anak pinak, kecuali yang datang kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera” Surah Asy-Syu’ara’ ayat 88-89.
Selepas saat perhitungan, manusia akan bergerak ke salah satu dari dua tempat. Itulah dia Neraka dan Syurga. Salah satunya akan menjadi tempat tinggal kita.
Nah, mati adalah pintu untuk kita memasuki alam-alam itu.
Kalau kita perhatikan, alam selepas mati amat berbeza sekali dengan alam sebelum mati. Pada alam selepas mati, sudah terpadam ikhtiar daripada manusia. Manusia tidak lagi dibenarkan berusaha, beramal, jauh sekali hendak berbuat keburukan. Selepas melangkah pintu kematian, amal sahaja yang menjadi teman. Seperti mana yang didendangkan oleh Opick di dalam lagunya:
“ Bila waktu memanggil, teman sejati hanyalah amal. Bila waktu telah terhenti, teman sejati
tinggal lah sepi”
Apa yang dilakukan semasa di dunia itulah yang menemani perjalanan seorang HAMBA selepas melangkahi pintu kematian ini. Maka, tersedarlah manusia ketika itu betapa dia telah membazirkan satu-satunya peluang yang dia ada untuk berusaha, iaitu semasa kehidupannya. Diceritakan di dalam Al-Quran, ada golongan yang merayu-rayu meminta untuk ALLAH memulangkan mereka semula ke dunia. Tetapi, semuanya sia-sia sahaja.
“ Dan alangkah ngerinya jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang menderhaka itu menundukkan kepala mereka di hadapan RABB mereka, mereka berkata: Wahai RABB kammi, kami telah melihat dan mendengar(siksaan-siksaan yang disediakan), maka kembalikanlah kami(ke dunia), nescaya kammi akan mengerjakan kebaikan. Sungguh kami adalah orang-orang yang benar-benar yakin” Surah As-Sajdah ayat 12.
Bagaimana agaknya, kalau berita kematian yang kita dengar itu adalah berita kematian kita?
Bagaimana agaknya, kalau kematian orang yang kita dengar itu, adalah kematian kita?
Saya, terfikirkan perkara ini. “ Kalau waktu tu bukan dia yang mati, tapi aku, macam mana?”
Memang satu sentapan keras terasa di dalam hati. Rasa takut yang menusuk terasa di dalam diri ini. Bila mati, tertutuplah pintu amal, terkuncilah pintu taubat.
“ Maka pada hari ini tidak akan diterima tebusan(berupa amal dan taubat) daripada kamu, mahupun daripada orang-orang kafir. Tempat kamu adalah di neraka. Itulah tempat kamu berlindung, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali” Surah Al-Hadid ayat 15.
Bagaimana agaknya kalau yang mati itu kita?
Tiadalah mati itu datang dengan amaran. Mati datang bila-bila masa sahaja. Tidak akan cepat sesaat, tidak akan lewat sesaat. Bila saat tiba, maka tanpa ternanti-nanti, nyawa kita akan terus ditarik. Tiada notis seminggu awal, atau pun tidak rayuan akhir yang boleh dibuat. Bila mati, maka mati sahaja pilihan yang ada. Bagaimana segala dosa? Bagaimana dengan amal yang tidak dilakukan selama ini dengan tidak bersungguh-sungguh?
“ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” Surah An-Nahl ayat 61.
Bagaimana agaknya itu?, bagaimana agaknya ini? Kita akan terfikir segala perkara. Mati yang menyakitkan tambah mengingatkan kita segala kesilapan dan kesalahan kita selama hidup, baik yang kita ingat mahupun yang kita lupa.
Bagaimana agaknya, kalau bukan orang lain yang kita dengar beritanya itu mati, tetapi kitalah yang mati? Bagaimana agaknya?
Sesak. Memang sesak. Takut. Memang menakutkan.
Maka, bersyukurlah dengan kehidupan yang masih bersambung ini.
Bersyukurlah nyawa kita yang masih banyak kesilapan ini tidak ditarik.
Maka, dengan ‘bonus’ hayat yang masih disambungkan ALLAH ini, apakah yang anda hendak lakukan?
Apakah anda hendak mempersiakan?
sumber:langitilahi.com

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...